SSD M.2 Sata Dan NVME

Sebenarnya, saya baru tahu apa beza antara SSD M.2 Sata dan NVME. Biasalah, orang sudah tua dan ketinggalan zaman sedikit. Pengetahuan seperti ini agak penting juga bagi mereka yang ingin membina atau DIY komputer mereka sendiri. Ketika zaman saya, yang popular atau kebiasaannya ialah PATA dan SATA. Sekarang, ada papan induk atau motherboard yang mempunyai fungsi baru sokongan SSD M.2 Sata dan NVME.

SSD M.2 Sata dan NVME : Apa bezanya?

Secara ringkasnya SSD atau ‘solid state drive’ adalah storan terbaru tanpa menggunakan fungsi mekanikal berbanding HDD biasa yang lain. Inovasi adalah untuk menampung kekurangan HDD kerana ianya tahan lasak, saiz yang kecil dan lebih laju dari pada HDD biasa. Namun, pada waktu sekarang, SSD masih lagi boleh dikatakan agak mahal berbanding dengan HDD biasa.

m.2 sata dah nvme

SSD M.2 Sata dan NVME : Beza M.2 Sata dan NVME

Secara fizikalnya memang terdapat perbezaan di bilangan lekuk pada kedua-duanya. Seperti didalam gambar, SSD M.2 mempunyai 2 lekuk manakala SSD NVME mempunyai 1 lekuk sahaja. Selain itu juga, slot di papan induk ada yang hanya menyokong salah satu dan ada juga yang menyokong kedua-duanya sekali tetapi tetapan lanjut perlu dibuat di BIOS untuk menggunakan 100% kelebihan SSD ini. Jadi apa bezanya?

m.2 sata vs nvme

m.2 sata dan nvme

NVMe is the latest high performance and optimized host controller interface which supersedes AHCI and compliments PCIe technology. It offers an optimised command and completion path for use with NVMe based storage. It was developed by a consortium of manufacturers specifically for SSDs to overcome the speed bottleneck imposed by the older SATA connection. It is akin to a more efficient language between storage device and PC: one message needs to be sent for a 4GB transfer instead of two, NVMe can handle 65,000 queues of data each with 65,000 commands, instead of one queue that with the capacity for 32 commands, and it only has seven major commands (read, write, flush etc). NVMe delivers better performance and reduced latency and is a scalable, but at a price! Take a look at Samsung’s offering of this technology in the 950 Pro to see how performance and price compares. This particular drive relies upon a new M.2 internal mount on the PC motherboard, as presumably will other future NVMe based SSDs. NVMe will also be the protocol of choice for the next generation of storage technologies such as 3D XPoint.userbenchmark.com

Kesimpulannya, kelajuan NVME adalah 3-4 kali lebih pantas dari M.2 Sata. Sekaligus boleh memendekkan lagi masa untuk ‘boot’ komputer. Ianya lebih tahan lasak, walaupun harganya agak mahal adalah lebih bagus dari kehilangan data secara tiba-tiba disebabkan kerosakkan hard disk.

[product_page id=”12210″]
Jebeng Otai™
xpalah, hold dulu tunggu next tech pula..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.