Lion Dance di Cenang Mall

Beberapa hari yang lepas telah diadakan tarian tradisional singa masyarakat cina sempena menyambut tahun baru di Cenang Mall, Langkawi. Mungkin ramai yang tidak tahu saya telah berhijrah bekerja di sini. Boleh dikatakan pada setiap tahun, Cenang Mall akan mengadakan pertunjukkan tarian singa ini di pintu masuk pusat beli belah mereka. Ia juga salah satu tarikan para pelancong untuk melihat perayaan masyarakat majmuk di negara kita. Bagi mereka yang tiada kesempatan untuk melawat Langkawi bolehlah merancang perjalanan anda pada tahun hadapan untuk melihat suasana sambutannya di Pantai Cenang.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.

Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.
Wikipedia

Jebeng Otaiā„¢
meriah juga…huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.