LIMA 2017 : Jom Pi Langkawi

LIMA 2017 atau Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition adalah salah satu acara 2 tahun sekali yang diadakan di Langkawi. Sejak dari permulaan dilancarkan pada tahun 1991, pameran ini semakin lama semakin mendapat tempat di kalangan pengeluar terutamanya syarikat persenjataan dan tidak kurang juga syarikat awam. Berbanding 100 syarikat sahaja yang berminat pada tahun 1991, kini pada edisi 2013 telah mencatatkan 433 syarikat yang turut sama membuat pameran di setiap edisi LIMA.

lima 2017

The event is one of the largest maritime and aerospace exhibitions in the Asia-Pacific, and is focused mainly on the defence industry, but also supports civilian industries. In 2013, LIMA recorded an overall growth of 10%, with 433 exhibitors from 31 countries, 333 defence delegations from 38 countries, 632 media personnel from 127 agencies, 68 ships and 78 aircraft attending the show. The 5 day event also saw 38,421 trade visitors from both defense and commercial sectors from all around the world,[1] as well as 135,691 public visitors.Wikipedia

LIMA 2017 : Rancang Perjalanan Anda

Entri ini sebenarnya adalah untuk berkongsi pengalaman bagi mereka yang ingin ke Langkawi pada waktu pameran diadakan. Seperti yang sedia maklum, pameran LIMA 2017 akan diadakan pada 21hb March hingga 25hb March 2017. Pameran untuk orang awam pula akan dibuka pada 24hb hingga 25hb March. Bagi mereka yang pernah melawat Langkawi pada ketika waktu puncak contohnya Tahun Baru Cina, ketika ini adalah lebih sesak dengan pelancong dalam dan luar negara.

LIMA 2017 : Tempah awal

Apa yang saya boleh cadangkan, ialah membuat tempahan awal untuk hotel, homestay ataupun kereta sewa di Langkawi nanti. Jika boleh, elakkan dari membuat tempahan saat akhir untuk mengelakkan penipuan. Selain itu juga, janganlah mudah terpedaya dengan tawaran pakej yang agak murah yang mungkin tidak masuk akal di saat-saat ‘peak season’ di Langkawi. Tidak semua mengambil kesempatan, cuma berhati-hati sahaja.

LIMA 2017 : Cuti atau Bekerja

Saya masih lagi tidak pasti ingin memohon cuti ataupun tidak. Ini kerana ‘bos’ sudah mengingatkan untuk bekerja terutamanya di waktu-waktu seperti ini. Tetapi jika saya tidak pergi ke LIMA 2017, mungkin tiada bahan untuk membuat ‘design’ banner dan sebagainya. Apa pun, kena tunggu dari kebenaran pihak pengurusan dahulu.

Jebeng Otai™
rugi pula kalo x pi..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 11 Comments

  1. ema

    tak pernah sampai ke Langkawi musim Lima ni..mesti hotel pun dah fully booked dah…barang-barang pun naik harga time ni kan..

    1. jebengotai

      btul tu…bila difikirkan rezeki org langkawi kot..hehe

      1. izal

        Saya sokong dapat rezeki pada orang tempatan Langkawi tetapi kenaikan tu biarlah berpada2. Ni kenaikan harga hotel, kereta dan makanan terutamanya tersangat2 tinggi semasa pameran LIMA, berkali2 ganda daripada purata hari lain. Memang dah ramai yang dulu2 datang LIMA dah set tak nak datang tengok LIMA dah sekarang. LIMA tukar ke bulan Mac pun hampir sama macam masa bulan Disember dahulu, masih terlau mahal. Rasanya pihak penganjur dan agensi2 kerajaan kena ada kontingensi untuk menurunkan harga hotel, kereta sewa dan makanan semasa LIMA. Lebih baik lagi kalau LIMA tidak dibuat masa cuti sekolah.

        1. jebengotai

          sbnarnya agensi kerajaan atau penganjur x boleh tentukan harga ‘market’ hotel atau bilik…mmg kebykkan akan naik harga dgn alasan ‘peak season’…jika dibuat diluar waktu sekolah nanti sambutannya hambar pula…jualan kecilan2 x jalan…ssh kan…huhu

          tp pada sy..tips nya kene book awal…sbb ada juga homestay 4 bilik yg fix price harga samada LIMA atau peak season…cth RM 275 utk low dan peak season…rasanya paling budget dah tu..

          tips yg lain..jgn pilih tempat yg ‘hotspot’ mcm pantai cenang atau kuah..

  2. Megat

    Berapa harga tiket free or RM 100?
    Saya tak pernah pi lagi boleh bagi budget keseluruhan ?

    1. jebengotai

      Mksd encik tiket masuk ker? LIMA berlangsung 21-25 Mac…kebiasaannya 2 hari iaitu 24-25 hb akan dibuka kepada orang awam..tiket percuma

      1. jebengotai

        maaf tiket masuk rm10 seorang utk org awampada 24-25 mac

        1. Amirul mukminin

          Kalau 22/3 harga tiket berape..utk anggota yg tidak terlibat lima17

        2. izzati

          salam En Jebengotai. tiket 2 hari terakhir tu memang rm10 ja ka? sebab tengok online mcm seratus lebih ja. plan nk p yg tahun ni punya. survey2 dulu. tq 🙂

          1. jebengotai

            utk tahun 2019 RM 15.00, kalo x silap la..huhu

  3. intan

    wow…inshaallah plan to go LIMA 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.