Sejak akhir-akhir ini, timbul pula rasa minat bergiat aktif dalam fotografi. Bukanlah untuk perniagaan, tetapi sekadar hobi sahaja. Pada awalnya dulu saya pening memikirkan kamera mana yang sesuai untuk digunakan, aksesori apa yang perlu dibeli, jenis-jenis lens dan sebagainya. Akhirnya, tekadkan hati untuk membeli kamera terpakai kerana bertujuan untuk belajar sendiri dan sekadar hobi sahaja. Pelbagai laman sesawang seperti Mudah, Carousell dan saya memilih untuk membeli di Ebay kerana perbezaan harga untuk kamera Fujifilm X-E1 di luar negara adalah rendah dan berbaloi. Seingat saya, saya membeli kamera tersebut dengan harga RM700+ sahaja termasuk kit lens, charger, bateri, kabel data dan kotak.

lensa kamera lama

Lens Fujifilm Kualiti Tinggi, Mahal

Ya, lens keluaran Fujifilm berkualiti tinggi begitu juga dengan harganya. Jenama Fujifilm memang gah, dan membuat comeback dan ketika ini mendapat tempat bagi mereka yang minat dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Namun, kekangan bajet bagi mereka yang mempunyai hobi fotografi mungkin akan terbantut malah lama-kelamaan akan pudar. Pada ketika itu saya tidak tahu yang kamera moden seperti X-E1 boleh menggunakan lens kamera lama yang harga pasarannya agak murah dibawah lingkungan RM 200 kebawah bergantung kepada keadaan lensa tersebut. Kita perlu bijak menilai.

Cat

Lens Kamera Lama

Sehingga ke hari ini, saya pernah dan masih menggunakan beberapa lensa kamera lama yang “legend” kerana hasil gambar yang unik dan menarik yang sukar didapati pada lensa moden pada masa kini. Salah satu contoh lensa kamera lama seperti Helios 44-2 58mm F2.0 menghasilkan “bokeh” yang berpusing (swirly) yang memang menakjubkan. Selain itu, nilai-nilai sejarah pada lensa kamera lama mungkin boleh dijadikan hobi kedua untuk mengumpul barangan antik fotografi. Berikut antara lensa kamera lama yang saya miliki :

  • Helios 44-2 58mm F2.0
  • Helios 44m-4 58mm F2.0
  • X-Fujinon 50mm F1.9
  • Kalimar MC 28mm F2.8
  • SMC Takumar 50mm F1.4
  • Sears 135mm F2.8
  • 7artisans 25mm F1.8 – lens manual moden

Bagi mereka yang selalu menggunakan “auto focus”, lens kamera lama ini tidak sesuai untuk anda. Anda perlu mengambil masa untuk “peak focus” kerana tiada hubungan elektronik antara lensa dan kamera. Tetapi sehingga ke hari ini, hanya lensa Canon EF sahaja yang boleh menggunakan “adapter” khas untuk menggunakan “auto focus” pada lens.

Jebeng Otaiā„¢
#vintagelens..

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan.

– Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta )
– Part-Time Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.