Kucing Saya Dari Neraka

Maaf jika saya katakan tajuk entri kali ini adalah terjemahan dari siri ‘Animal Planet’ iaitu ‘My Cat From Hell’. Tidak sesekali bermaksud kucing saya betul-betul berasal dari neraka. Tetapi ia memberi makna, kucing yang dulunya jinak berubah dan memberontak sehingga boleh mencederakan tuannya. Kucing merupakan haiwan yang unik didunia. Hanya kucing sahaja yang boleh tinggal bersama-sama manusia dan alam sekitarnya tanpa paksaan atau mengubah tabiinya. Pada zaman Mesir purba kucing sudah tinggal bersama-sama manusia berasimilasi malah membantu manusia menangkap tikus yang ketika itu memusnahkan hasil tanaman. Haiwan ini juga diangkat sebagai dewa-dewi oleh orang Mesir Purba. Malah di Jepun mereka percaya 招き猫 (Maneki Neko) adalah haiwan yang membawa tuah.

kucing saya dari neraka
Jackson Galaxy : My Cat From Hell

Kucing Saya Dari Neraka : Bahasa Kucing
Ketika saya menonton rancangan ini, kebanyakkan kucing tiba-tiba agresif adalah disebabkan oleh manusia sendiri. Haiwan ini begitu sensitif dan jika kita tidak faham ‘bahasa kucing’ kita mungkin akan ada konflik yang berlarutan sehinggakan boleh mencederakan diri kita dan ahli keluarga yang lain. Kucing-kucing agresif ini akan bertindak di luar kawalan apabila kucing mengalami tekanan, ketakutan yang melampau ataupun faktor kesihatan. Kadangkala, jika kita berpindah rumah, kucing turut akan menunjukkan tanda-tanda tertekan disebabkan persekitaran yang baru. Bahasa dan maksud gaya badan kucing yang memberi isyarat kepada kita :-
Duduk sambil membelakangkan kita : Tidak mahu diganggu.

  • Baring di sudut atau kawasannya, ekor melibas dengan pantas : Menunjukkan dia adalah tuan punya kawasan, hati-hati mungkin tindakan agresif akan menyusul
  • Telinga dan mata tajam kehadapan : Jika ianya melihat kita, kita mungkin akan diserang.
  • Baring, mendedahkan kawasan perut : Selesa dan percaya kepada persekitarannya / tuannya.
  • Bunyi ‘purr’, kakinya tidak mengeluarkan kuku : Meminta perhatian.

Kucing Saya Dari Neraka : Tanggungjawab kita
Ramai antara kita yang minat dengan kucing eksotik seperti kucing parsi, British Princess, Sphynx, Maine Coone dan lain-lain baka. Walhal yang sebenarnya banyak kucing terbiar yang boleh diambil untuk dibela. Kadang kala sedih juga apabila melihat kucing terbiar ini dibuang dan terdedah kepada bahaya dan penyakit. Tanggungjawab membela haiwan peliharan ini sangatlah besar, tetapi manfaat kepada kita khususnya sangat membantu dalam mengurangkan tekanan kerja, meningkatkan kesabaran kita malah didikan awal bagi kanak-kanak mengenal hidupan dan haiwan sekeliling yang perlu mereka jaga. Saya boleh katakan ia mendidik perikemanusiaan sesama makhluk.

Saya pasti hanya tuan kepada kucing peliharaan itu lebih memahami kucingnya sendiri kerana lain kucing lain personalitinya. Haiwan ini ada juga ‘perasaan’ dan jika difikirkan ianya mirip-mirip kepada manusia pula. Konflik akan berlaku jika bahasa atau komunikasi yang disampaikan tidak sama. Manusia boleh berkomunikasi dengan kucing dengan hanya memberi perhatian yang cukup. Kucing bukan sekadar haiwan biasa.

JebengOtai™
kalo dpt british princess mmg best la..tp kucing kampung pon ok.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 6 Comments

  1. pahan

    Kucing Saya Dari Neraka : Apa kau perlu tahu ?

    Belum tengok ct ni.hehe. Aku boleh je pegang kucing tapi kalau part nak bagi makan tu. haram je.haha

    1. jebengotai

      huhu..kene bg makan..tnggungjwb tu.. 🙂

  2. Naziman Azlye

    Bunyi “purr” tu macam mana ya?

    1. jebengotai

      keluarga kucing je ade bunyik ni..mcm bunyi nafas tapi dri dalam..kucing akan buat bunyik ini bila ia relax dgn tuan die.. 🙂

  3. titan

    aku pernah tengok cerita nih. Memang ganas kucing-kucing tu..

    1. jebengotai

      mmg ganas..tp x mustahil utk dijinakkan.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.