Kucing Bernama Joni

Lebih kurang hampir setahun yang lepas ( ketika berhibernasi dalam menulis blog ), maka terjumpalah seekor anak kucing terjatuh kedalam parit yang agak dalam berdekatan dengan kawasan perumahan. Sukar untuk mengambil atau menyelamatkan kucing itu, isteri saya telah menelefon Balai Bomba untuk meminta bantuan. Sejurus beberapa minit kemudian sebuah lori Bomba datang dan mereka menghulurkan bantuan. Ketika itu Joni sangat kecil dan menggigil kesejukan. Kasihan. Dan pada ketika itu, nekad untuk mengambil Joni sebagai kucing peliharaan kami.

Jpeg

Nama Joni
Pada awalnya buntu untuk memberikan nama timangan kepada anak kucing itu. Ibu mertua saya pula pernah membela seekor kucing dan diberi nama Joni. Jadi kami sependapat untuk memberikan nama anak kucing itu Joni. Joni ialah seekor kucing baka biasa sahaja atau kucing kampung cuma yang uniknya ekornya sangat panjang berbanding dengan kucing-kucing yang lain. Gemar melihat luar tingkap dan suka bermain di persekitaran rumah. Cuma Joni amat jarang mengiau dan akan berbuat demikian jika lapar dan ingin bermain di luar.

Diagnosis awal
Beberapa minggu kemudian, Joni muntah dan cirit birit ketika makan makanan ‘wet food’. Besar kemungkinan makanan tersebut dihinggap lalat atau memang makanan itu sudah tidak elok. Pembentukan tompok putih dimata juga kelihatan. Kami terus membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut. Hingga ke beberapa bulan rawatan dan ujian dijalankan dan akhirnya diagnosis doktor mendapati Joni mempunyai penyakit kebiasaan kucing iaitu FIP dan masalah pada matanya yang menyebabkan cecair didalam mata tidak dapat dikeluarkan secara semulajadi atau Uveitis dan Glaucoma. Doktor menasihatkan menjaga Joni dengan baik dan memberi apa-apa makanan yang ingin Joni makan kerana ianya tidak dapat disembuhkan. Hanya boleh mengurangkan kesakitan yang di alami Joni dan berkemungkinan kedua-dua mata dan sarafnya akan dijangkiti virus akhirnya.

Sedih dan Pasrah
Mendengar nasihat dan penerangan dari doktor, kami berasa sedih kerana segala usaha tidak dapat menyembuhkannya. Walaupun Joni hidup seperti kebiasaannya seperti bermain, makan dan bergurau ia tidak menampakkan sakit yang dialaminya. Mungkin sesuatu yang boleh dipelajari ketika memerhati hidupan dan makhluk lain disekeliling kita. Sejujurnya memang sangat menyedihkan dan berharap usia Joni panjang sehingga tua.

Jebeng Otaiā„¢
siannya.. T T

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.