Kuasa Osmotik : Jana Kuasa Baru

Pelbagai cara penghasilan tenaga elektik di Malaysia antaranya melalui jana kuasa hidro, arang batu, gas, angin, solar dan beberapa cara lagi yang menyumbang kepada bekalan tenaga elektrik negara ini. Walaupun begitu permintaan bekalan tenaga elektrik meningkat dari tahun ke tahun disebabkan beberapa faktor seperti perkembangan industri, permintaan konsumer, polisi rezab bekalan tenaga untuk menarik pelaburan asing dan beberapa faktor yang lain. Penjanaan tenaga alternatif hijau seperti solar atau angin terutamanya yang sesuai untuk negara kita masih tidak digunakan secara meluas. Kajian penjanaan tenaga elektrik melalui loji osmotik mungkin akan menjadi pilihan untuk negara kita kelak.

Kuasa Osmotik : Air tawar, air masin

Secara ringkasnya tenaga elektrik yang dijana menggunakan kuasa osmotik ini adalah melalui proses osmosis air sungai dan air laut. Proses osmosis adalah proses dimana cecair akan mengalir melalui membran separa telus dari larutan berkepekatan rendah ke kepekatan tinggi. Untuk jana kuasa osmotik, air sungai akan ditakung bersama air laut dan dipisahkan menngunakan membran separa telus. Air sungai yang kurang larutan garam akan mengalir dan meningkatkan tekanan air laut didalam tangki tersebut. Tekanan tersebut akan dilepaskan dan melalui turbin untuk memusingkan janakuasa lalu menghasilkan elektrik.

Kuasa Osmotik : Statkraft osmotic power, Hurum

Model contoh loji jana kuasa osmotik ini teletak di Hurum, Norway. Melalui prototaip ini terdapat beberapa kebaikkan menggunakan teknologi ini. Antaranya disebabkan kurang melibatkan sistem mekanikal, jangka hayat sistem ini lebih panjang dan bermaksud ‘maintenance’ adalah kurang. Disebabkan kurang sistem mekanikal, perkakasan yang perlu diganti di sebabkan sudah haus atau rosak juga dapat dikurangkan. Ia juga boleh dioperasikan serta merta untuk menampung permintaan ‘tambahan’ lebih-lebih lagi ketika fenomena El-Nino.

kuasa osmotik

Kuasa Osmotik : Kekurangan

Terdapat juga beberapa kekurangan kuasa osmotik ini. Salah satu antaranya ialah kos yang tinggi untuk membeli atau mengganti membran tersebut. Untuk pengeluaran tenaga elektrik yang tinggi, membran yang lebih luas atau banyak perlu untuk proses ini. Selain itu juga, kadar pengeluaran tenaga tidaklah setinggi jana kuasa yang menggunakan gas atau arang batu. Mungkin untuk masa akan datang dengan rekaan membran yang efisien, kos yang murah kuasa osmotik akan menjadi pilihan kepada negara kita.


The main issue is to improve the efficiency of the membrane from around 1 watt per square meter now to some 5 watts, which Statkraft says would make osmotic power costs comparable to those from other renewable sources.

The prototype, on the Oslo fjord and about 40 miles south of the Norwegian capital, has about 2,000 square meters of membrane.
Cnet.com

Jebeng Otai™
dulu tau reverse osmosis je..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 4 Comments

  1. titan

    ehh..

    ada juga eh kuasa osmotik.

    baru tau.

  2. kak yatiadam

    info yang sangat bagus.. boleh digunakan sendiri jika ada rm sahaja..

    1. jebengotai

      utk masa skng ni mungkin kekangan harga yang menjdi faktor pembinaannya di malaysia..kot2 2-3 thun ag.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.