Oktober berlalu pergi. November datang menanti. Masa memang tidak menunggu kita. Banyak pengalaman yang saya dapati semenjak menulis blog ini. Ada yang suka, duka dan bermacam-macam lagi yang saya dapat. Sejak kebelakangan aktiviti blogging agak terganggu sedikit disebabkan dengan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Sekali sekala ada juga penyakit malas datang melanda selain demam dan selsema. Walaupun mencatit idea tetapi momentum untuk menulis tiada. Daripada memaksa, baik bercuti seketika untuk mengembalikan mood blogging. Saya juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan kerana tidak dapat melawat kerap seperti dahulu. Untuk mendapatkan konsitensi menulis memang amat sukar. Apa-pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah memberikan komen di laman sesawang JebengOtai ini. Tahniah diucapkan kepada komentator tegar bulan ini iaitu HatiPutera kerana sekali lagi berjaya mendapat sehelai lagi T-shirt M7 Dragon untuk dijadikan koleksi beliau. Tetapi kali ini saya akan hadiahkan M7 Dragon putih untuk digayakan ketika berjalan-jalan di Jusco Tebrau. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada HatiPutera.
Kepada rakan-rakan yang lain, saya mengucapkan terima kasih dan teramat bersyukur mempunyai rakan-rakan semua. Walaupun berbeza pendapat dan idea, pada saya itu tidak bermasalah dan ianya memberi perspektif baru dan informasi yang berguna untuk dijadikan panduan. Berikut merupakan komentator tegar November 2012 :-
- HatiPutera
- Rahman
- Daddydee
- PuteriKasih
- Akubiomed
- Adam
- Shraq
- Titan
- Dulu Lain Sekarang Lain
- Naziman
Mantap…. hatiputera kembali berjaya. Tahniah.
hati putera memang mantap..
76 komen dan bro rahman jugak hampir menang…mantap seh!
tahniah2
Bila kesibukkan melanda tiada apa yang boleh dilakukan selain tunggu apabila merasa lapang.
yela..kdg2 ade urusan yg lebih penting..x dpt dielakkan..
Wah! dapat masuk ranking… Tahniah buat diri sendiri.. Finally Van Persie menjaringkan gol di stadium jebengotai.com … Yes Yes…
hehe..terima kasih DLSL π
hehe…tu yg syok tuh! hohoho
susah betul nak potong hatiputera tu……
kene main taktik bro..
HP tersenarai jugak kat sini, Terima kasih JO..semua orang boleh melakukannya.
aah btul bro..terima kasih bro, teruskan momentum.. π
tahniah semua.. bulan ni leeza slow sikit.
:::sorry lama tak berkunjung… exam + demam.. thx sbb terus support. :::
oowh..x mengapa..janji dah semakin sihat..
kalau 3 kali berturut..hang belanja bagi cendol selama 1 bulan ajela..lepas tu..ban terus hatiputera. haha..orang lain pun nak menang gak. haha..jahatnya aku..
Hahahaha..ideal bab belanja cendol tu memang kemas doh..susun rapi jer..bab yang akhir tu yang tak mampu nk baca..hahaha..en titan jeles kot…hahaha
haha…yela..tp x kisah rasanya..boleh jer jdik komentator tegar byk kali..mungkin hadiah design lain pula.. π
hahaha…mmg kejam…hahahaa
Tahniah kepada semua yang tersenarai..Teringin juga sesekali tersenarai nih..Nak cuba bulan oktober lah..
boleh..byk lagi tshirt yg nk diberi.. π
lahhh, aku xda ker bro, x tegar ker aku nih
skit ag tu bro..hampir dh nk tegar dah..
tahniah pada semua pengomen2 tegar utk october.
diorg mmg terbaek..
Tahniah kepada pengomen tegar. Memang hebat diorang ni…
rajin dan sporting gak.. π
sempat juga menyelitkan diri..cam mana nak pintas HP ni..takpe kalau kali ketiga HP menang, tshirt tu pass kat puteri jelah π hehe
tahniah HP dan juga tahniah kepada semua yang tersenarai π
Thanks JO π
sama2..terima kasih utk puteri jugak..
tahniah Hatiputera π
tahniah utk beliau.. π
emm tahniah pada HP/..hehe..emm tu la sy pun pening jugak nk fikirkan apa nk bagi pada top komen yang 3 kali berturut-turut..haha..kenabagi juga tanda penghargaan kan?
aah la..mungkin kene special prize agknya.. π
kasi buku special ok jugak =)
tak masuk carta
saya juga, Zool. Samalah. Ada peluang untuk bulan 11.
boleh cuba utk bulan ini.. π
Tak sangka saya pun masuk dalam senarai. haha. Sekarang ni jarang nak blogwalking, sibukkan. huhu
sama la..agak sedikit sibuk..hehe
untuk bulan November, saya cuba untuk masuk ke senarai pemberi komen terbanyak.
terima kasih bro.. π
tahniah semua pengomen tegar tu
auc belum dpt tembus lagi kat sini π
boleh tu..ag skit jer..hehe
lepas ini boleh kuarkan statistik komentar paling tegar untuk tahun 2012. Memandangkan kita akan menghampiri tahun 2013 ngee π
idea yg bgus jugak tu.. π
Salam bro jebeng, dah lama saya tak singgah sini almaklumlah baru habis kursus 2 bulan, blog sendiri pun tak sempa jengah. Rasanya nak start kerap jalan2 sini pula. π
Tahniah pada yang dapat baju free tu.
lama jugak kursus tu..kerap2 la dtg sini..boleh dpt free tshirt..hehe
da lama nama chii xde kat sini…skrg ni da agak susah sket..ehehe..xpe la..rezeki HP π tahniah
tahniah pd top komentar..xtersenarai lgsg sbb busy..hehe
dah tak terkejar aku
tahniah buat semua yang tersenarai…mood blogging ni memang ada naik turunnya..macam saham la plak kan..hehe..
Tahniah pada bro HP. Dua bulan berturut dah tu…mmg power. Nak kena guna tektik gerila lepas ni kalau nak dapat baju free…hehehe
har3,.. tahniah hatiputera.. nama pun hati
sentiasa bertahta dihati.. hik3
Waaaah!
x perasan pon adam.. Jadi top komentator lak.. LOL
tersenarai….tapi tak mampu nak kalahkan hatiputera…
Tahniah hatiputera…