Komentator Tegar Januari 2013

Hampir sebulan saya tidak menulis di laman sesawang saya. Saya ingin meminta maaf terutamanya bro HairulHafiz kerana terlewat menghantar baju M7 Dragon kerana beliau menjadi komentator tegar untuk bulan November dan juga Disember berturut-turut. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada bro HafizMD kerana setia meninggalkan komen kepada laman sesawang saya pada Januari yang lepas. Saya menghilang sebentar dari dunia blogging atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Prazision Enterprise memerlukan perhatian rapi dan saya membuat sedikit pengorbanan untuk bercuti dari menulis. Walaupun banyak perkara semakin mudah seperti pendaftaran syarikat secara online, namun ia masih memerlukan usaha untuk mendirikannya. Selain pengurusan akaun yang mantap, halatuju syarikat juga hendaklah jelas supaya kita sentiasa semangat untuk bekerja keras menjayakannya. Mungkin syarikat saya lebih tertumpu kepada perniagaan pakaian secara online tetapi dari masa ke semasa mencari ruang dan cabang perniagaan yang baru yang boleh saya jalankan untuk meningkatkan sumber pendapatan syarikat. Cabang baru yang ingin saya ceburi ialah membuat ‘tester’ atau ‘jig’ kepada produk yang telah siap dipasang sebelum diedar dan dijual kepada pelanggan. Potensi sangat besar tetapi saya masih mempelajari untuk mencari barangan yang lebih murah untuk meningkatkan margin keuntungan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan yang sudi menziarah saya walaupun tiada entri terbaru yang ditulis. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat berbalas kunjungan rakan ke laman sesawang masing-masing dan saya akan kembali seperti biasa setelah selesai beberapa perkara yang perlu disiapkan sebelum Tahun Baru Cina. Berikut merupakan rakan-rakan yang menduduki senarai Komentator Tegar Januari 2013 :-

Komentator Tegar Januari 2013

1. HafizMd
2. HairulHafiz
3. Daddydee
4. OnLajer
5. DjdanChef
6. Titan
7. Hafizul
8. Nurmisnan
9. Azman
10. Manan Qayim

JebengOtaiβ„’
tahniah bro HafizMd..leh emel sy nama ngan alamat serta saiz ya.. πŸ™‚ [email protected]

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 30 Comments

  1. anif

    Ooo.. Menghilang tapi tetap produktif. Itu bagus! πŸ˜€

    1. hairulafiz

      tula dah agak mesti tengah menguruskan bisnesnya…

  2. Katak Comel

    wow! ni yg membuatkn nk kumen bebanyak kt cni..
    hihi

  3. djdanchef

    tahniah buat para pemenang.. boleh buat koleksi baju m7 byk2.. hehe

  4. hatiputera

    Tidak mengapa kalau menghilang untuk meraih keuntungan jangka panjang. Semoga berjaya bro. Tahniah kepada top komentator.

  5. akubiomed

    Oh lama menghilang kerana menguruskan perniagaan yang menuntut komitmen. Tanniah kepada komentator tegar bulan Januari.

  6. lewisdotmy

    tahniah buat pengkomen yang hebat,
    menghilang sebentar tu takpe bro, jgn berhenti je πŸ™‚

  7. Shasha Mohamed

    Begitulah tuntutan masa.
    Semoga perniagaan yang dijalankan semakin maju dan mendapat untung yang lumayan.
    Tahniah kepada komentator tegar πŸ˜‰

  8. hairulafiz

    tahniah kepada hafizmd, baju dah sampai bro, kedai di saujana yek, jalan yg selalu gunakan utk balik ke rumah mentua di kota…apa2 pun good luck dalam bisnes

  9. hafidz

    takpe, setelkan dulu apa yang patut. Kemudian lepas raya cina sambung blogging semula ya!

  10. gamep01nt

    peh dapat baju! aku nak jugak weh hahahaha

  11. azman

    Ingat dah merajuk dari dunia blog,buat yg penting dulu soal blog ni…no 2.Periuk nasi diutamkan dulu.

  12. zuan

    masyuk gak klu jadi top komen kat sini πŸ˜€

  13. zool

    lamanya tak singgah sini.. apa macam kawan?

  14. nurmisnan

    Tahniah utk pengomen tegar Jebeng..

    brother.. aku tgh mencari widget top komen
    utk blogspot tapi banyak widget yg jumpa tak
    sesuai.. ada idea lain?

  15. muazfaris

    cam kurang saingan je jumlah komen, rugi tak rebut peluang.. hihi

  16. WRizuan

    Tahniah pada yg tersenarai…:)

  17. azura

    wah terbaiklah

  18. Norizwan

    wow….tahniah kepada komentar…selamat kembali aktif berblog nnt bro… πŸ™‚

  19. Irsah

    Senasib nampak gayanya bro… komitmen dan on-line… tunggang langgang jadinya.. anyway tahniah perkembangan baru.. dgn daya kreativiti yg ada, tak mustahil dapat tercapai…

  20. Pondok Papan

    Emm selamat bercuti dari menulis..dan semoga pernigaan mudah untuk sebarang urusan..semoga kembali dalam dunia blogging scepat mungkin..hehe

  21. Juadah

    Bisnes perlulah diutamakan dulu πŸ™‚

  22. BUATBEST

    sibuk dgn bisnes xpe bro..janji masyuk..hihi..

  23. titan

    hang sibuk sangat maa..

  24. iAwani

    waaah! Ada 3 “hafiz” di situ – Hafiz MD, Hairul Hafiz, Hafizul.

  25. Rina

    Selamat ya buat komentator tegar
    sukses selalu buat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.