Komentator Tegar Disember 2012

Selamat tahun baru diucapkan kepada rakan-rakan blogger sekalian. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Bro HairuHafiz dan jutaan maaf kepadanya kerana lambat menghantar baju M7 Dragon untuk komentator tegar November 2012. Oleh itu saya akan menunaikan janji saya dengan menghantar baju M7 Dragon versi hitam dan putih sebagai menghargai beliau kerana kerap melawat dan meninggalkan komen di laman sesawang JebengOtai pada bulan Disember 2012. Saya ingin meminta maaf dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menziarah saya tetapi saya tidak berkesempatan untuk membalas kunjungan tersebut kerana menguruskan syarikat Prazision Enterprise, syarikat baru saya. Banyak perkara berlaku pada hari ini dimana proses untuk memohon pinjaman yang disediakan kerajaan hampir berjaya dihantar. Hanya tinggal satu dokumen sahaja untuk menyiapkan permohonan saya. Sebelum ini saya rasakan perkhidmatan mendaftar syarikat amat melecehkan. Ternyata tanggapan saya meleset sama sekali. Kemudahan yang disediakan SSM sangat membantu saya dan proses pendaftaran berjalan dengan begitu baik sekali. Semua perkhidmatan pendaftaran ini boleh dilakukan secara online. Sangat mudah. Tidak dinafikan Malaysia antara negara yang mudah menjalankan perniagaan. Saya tidak perlu memohon cuti apatah lagi keluar pejabat untuk mendaftar. Tidak perlu mengupah ‘runner’ untuk proses ini.

Sistem yang efisien ini menggalakkan orang ramai untuk membuat lesen untuk perniagaan yang dijalankan. Cuma sedikit penambahbaikkan boleh dilakukan terhadap jenis-jenis perniagaan dikelaskan mengikut kategori yang sesuai. Secara keseluruhannya saya boleh berikan 4/5 bintang untuk sistem yang disediakan kerajaan ini. Mungkin tahun 2013 lebih ramai blogger berkecimpung didalam perniagaan online untuk meraih pendapatan tambahan. Berikut merupakan senarai rakan-rakan yang rajin meninggalkan komen di laman sesawang ini.

komentator tegar

  1. HairulHafiz
  2. Daddydee
  3. HafizMd
  4. Akubiomed
  5. Papamifz
  6. Tehr
  7. Titan
  8. Blog Keperawatan
  9. DLSL
  10. DjChef
Jebeng Otaiβ„’
sori bro hairulhafiz..lmbat skit..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 21 Comments

  1. TehR

    kemudahan yang disediakan untuk semua
    memang patut sangat ambil peluang
    moga2 tahun 2013 ni bisnes makin maju, bro

  2. nurmisnan

    Tahniah untuk semua pengomen tegar..
    aku tak masuk list lagi nampaknya.. hik3..

  3. zuan

    terus success bro! kekalkan entry berkualiti supaya komentator pun kekal membaca πŸ˜‰

  4. akubiomed

    Memang tidak dinafikan proses pendaftaran SSM semakin mudah dan efisien.

  5. nazra

    dulu naz pun ingat nak daftar SSM tu susah. tapi bila dah daftar, alah mudahnya. hahaha. daftar Disember lepas best sebab bayar murah untuk tempoh 5 tahun. woot!

  6. azman

    Dah ada online senang lah sikit,tak yah nak beratur panjang.

  7. hafidz

    Siapa pula ya yang bakal menjadi komentor tegar Januari 2013, heh πŸ˜€

  8. titan

    tahniah sebab dah ada syarikat. hoho..

  9. hairulafiz

    terima kasih JO. company yang daftar tu utk bisnes online tu ker.. semoga terus maju bro

  10. hatiputera

    Tahniah hairulafiz,,,nanti bolehla JO kongsikan cara memulakan perniagaan. Teringin jugak nak belajar.

  11. papa mifz

    yeah terselit jugak nama den di situ…:)

  12. auc

    tahun 2013 ni cuba menempatkan diri kat sini πŸ™‚

  13. onlajer

    rasa macam aku dah tak setegar dahulu la bro

  14. titan

    baru aku perasan no.7. aku suka. Nombor eric cantona tuuu..

  15. daddydee

    Semoga perniagaan tuan terus maju.

  16. daddydee

    Bilalah nak jadi top komenter pula. hahahhaa

  17. donnyien

    hai jebeng,
    tahniah bro memiliki syarikat baru Prazision Enterprise, semoga sukses perniagaan bro tahun ini.

    Tahniah juga kepada semua top commentator, bulan lepas agak sibuk sedikit, harap-harap bulan ini akan selalu berkunjung ke sini, mudah-mudahan πŸ™‚

  18. Hafizul

    Emm bulan dis pondok kecil tak tersenarai..adoii…selamat menguruskan syarikat baru tu yer..hehe

  19. zool

    Lama tak singgah sini.. memang tak dapat le nak jadi top commentator

  20. hairulafiz

    tq JO, baju dah selamat sampai. kedai kat kota ke, nanti kalau saya balik kota boleh singgah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.