Uhuk-uhuk, sudah berhabuk laman blog JebengOtai dibiarkan seketika. Pada mulanya ingin mencari rentak memulakan entri dan artikel blog tetapi akhirnya tidak kesampaian kerana mengikuti rombongan keluarga mencari jejak asal usul keluarga moyang JebengOtai. Sejak dari kecil hinggalah sekarang saya tidak pernah menjejaki kaki ke kampung halaman nenek saya di Serom 3 dan Serom 6 yang terletak di Muar. Kadang-kadanag bila difikirkan bagus juga dibuat rombongan seperti ini. Saudara-saudara yang tidak pernah jumpa dan berkenal mesra dapat dieratkan melalui aktiviti seperti ini. Apa yang pasti skil ‘ngobrol-ngobrol’ jawa saya telah lama hilang sama sekali apabila mereka berborak sesama mereka. Satu patah perkataan pun saya tidak faham dan tercengang-cengang kerana tahap bahasa perantara jawanya sangat ‘pekat’ dan susah untuk saya tangkap isi-isi bualan mereka. Rasa iri hati juga apabila suasana kediaman mereka sangat terpencil dan sunyi dari hiruk pikuk bandar tetapi terkejut juga jika mereka selalunya dikunjungi khinzir hutan, harimau dan buaya ketika ketika banjir di sana. Alah bisa tegal biasa, apa-pun mereka seperti tenang berbeza dengan saya yang duduk di bandar.
Sebelum ini saya pernah meletakkan gambar ‘snapshot’ Google Webmaster saya. Saya berjaya untuk verify kesemua langkah-langkah untuk ‘verifikasi’ Google Webmaster. Sebenarnya kita hanya perlu melakukan salah satu sahaja untuk mengesahkan kita adalah pemilik laman web tersebut tetapi ada kebaikkannya kita melakukan kesemua langkah yang disyorkan oleh Google. Kebaikkannya adalah apabila laman web atau blog bermasalah, kita tidak perlu melakukan verifikasi berulang-ulang kali. Ini kerana 3 langkah yang disyorkan seperti verifikasi melalui Meta Tag, muat naik fail html dan meletakkan kod Google Analytic tidak akan berfungsi jika laman web kita ‘down’. Kita akan melakukan verifikasi ini semula selepas masalah itu selesai. Google telah mengesyorkan satu langkah menggunakan ‘domain name provider’ untuk mengelakkan masalah ini. Caranya amatlah mudah dan mengambil masa tidak sampai 10 minit.
Langkah-langkah untuk tetapan verifikasi Google Webmaster ‘Domain Name Provider’.
- Login kedalam Google Webmaster.
- Pilih Manage Site -> Add or Remove Owner di domain yang dikehendaki.
- Hover cursor mouse ‘owner’ berada disebelah emel anda, tool tip akan keluar dan pilih ‘owner verification page’.
- Terdapat 4 pilihan -> pilih ‘Domain Name Provider’.
- Pilih other di ‘Select your registrar or provider’.
- Pilih CNAME atau TXT Record. Untuk langkah ini saya gunakan CNAME.
- Selepas itu paparan di bawah akan kelihatan :-
Tetapan CPANEL Google Webmaster
- Login ke CPANEL -> pilih Simple DNS Zone Editor
- Pilih domain yang dikehendaki.
- Masukkan tetapan seperti didalam gambar mengikut nama atau label ( langkah 1) dan CNAME ( langkah 2).
- Save dan siap.
tu jer kelebihan nya..hehe
aku verify pakai meta tag jer…apa kelebihan pakai verify domain provider.
kalo website down..xperlu nk verify ag..huhu
Selalu kita terlupa ketika menukar tema bila verify guna koding. Kira langkah selamat JO syorkan verifikasi Google melalui Cpanel domain.
ohh.. verify guna cpanel domain lg slamat lah
JO-sekurangnya ada ilmu di situ, verify guna meta tag mudah, copy paste je code yang telah diberikan di header..kalau ada info guna google webmaster lagi banyak membantu..
guna webmaster?..ade masa boleh sy cuba buat entri nnt..
@jebeng.. klu ada masa buat entri tu bro, djchef pun xpert part2 ni lg
saya tak pandai pakai coding mende alah ni lagi.. =)
hehe..copy paste jer bro..hehe
@kid.. haha samalah dgn djchef
barang percuma ni rugi kalau tak ambil
tak gitu, bro?
hehe
Memang betul bro tehr,,,,
btul2..hehe
@tehr.. haha info percuma dan berguna ni π
nak kena try nie hehehe..tq bro
cuba la..mmg x ssh..kompem leh buatnya… π
@bf.. haha kena try ni
rupanya dunia ICT ni bukan main byk lagi cadangnya. leeza tak pernah tahu benda ni.
mmg byk sgt..huhu
@leeza.. cadang ker cabang? hehe gurau je
π Kena manfaatkan semua perkhidmatan Google untuk optimumkan kesannya.
yela..rasanya diorg ade tmbh fungsi baru di google webmaster…
tiap2 hari mesti ada error bila djchef login webmaster tu
Terima kasih di atas perkongsian maklumat yang cukup bermanfaat ini.. π
sama2 bro.. π
thanks bro jebeng π
Antara langkah terbaik kaedah Google dalam membuat verifikasi terhadap pemilik laman web dan blog. Langkah Google sejak 2007 juga dalam menangani masalah pemilik sebenar dan bukan tumpangan bagi mengelakkan masalah “Anonymous” yg bermaharajalela. Dari segi hacking sehingga mengeluarkan artikel berbaur hasutan.
Penting bagi pemilik laman web dan blog, masa kini dan akan datang, supaya artikel mereka sentiasa di hadapan. insya-Allah. Selamat mencuba.
btul..utk menghapuskan terus anonymus..mslh terbesar duni internet..
owh…baru paham..boleh cuba la nati..thanks 4 info π
oh.. baru paham, yg dh verify mesti google sayang punya
saya pon dah buat sblm ni, terbaik, bro nak tanya skit, bro org johor ka, kalau bro org johor, maknanya sama la kita, hehe
Juan tuh org Johor tp tak reti ketuk pintu beraya kampung Aku.. Hik3
haha..nnt die sampai la tu..hehe
@nurmisnan.. haha terok sungguh juan ni
tak pernah buat pun lagi….
Penting dan memudahkan update web DD dengan Google. Jangan lupa verifikasi top search engine lain Bing, Alta Vista, MSN, Dmoz dsbnya
aah btul bro irsah ckp tu..jgn lupa search engine len lak walaupun 60% populasi dunia guna google..hehe
Baru smlm Aku duk gentel2 benda ni
Tp x buat lg..
hehe..leh godek2 ag.. π
Sudah ada akaun Google Webmaster dan Google Analytical tapi masih gagal menguasainya dengan baik sekadar melihat nombor-nombor trafik sahaja. π
fungsi google webmaster tu mmg bnyk..google analytic ni byk membantu juga.. π
Emm ilmu yang berguna ni..tapi nak tanya..kalau kita remove dan add balik url blog kita dalam google webmaster, adakah impressions dan click akan hilang dan start dari awal balik ke JO??index blog aku last di index pada 23.08.2012..sebelum ni ok jer index hari ke hari..ni jadi lambat sikit lepas aku tukar themes hari tu..please help me..huhu
Rasanya bro dah terkena time “honeymoon” dengan Google, lebih2 lagi untuk domain baru. Biasa belaku untuk laman bertukar tema dan struktur laman secara keseluruhan.
Langkah mudah, update dengan mengeluarkan posting artikel secara konsisten. Hari2 pun takpe. Janji kontens ori.
Mungkin bro JO ada langkah lebih strategik?
p/s: webmaster Google ada archiving data domain. masih disimpan ikut masa tertentu. Kalau tukar nama domain pun takpe, buat redirect. Ada dalam posting JO yang lalu.
erm..sy x pasti la..tp rasanya die x buang impression atau semua data..kecuali remove dari google analytic..die akan update data baru..
bro boleh resubmit balik sitemap kat google webmaster..lepastu suro die crawl guna fetch as google bot..utk beritahu web kita dh update..
thanks berkongsi info..leh cuba ni π
kene cuba puteri.. π
Blog ko bro memang aku dah bookmark ! Terbaik
aha..hehe
Oik kampung kat Muar jugak ehhh? Dah lama tak pegi Serom.. time skul dulu ada ke sana utk MSSD he he..
uih..mssd ker?..dsyt2 π
Perkongsian yg bagus untuk org baru macam saya..
harap2 leh membantu.. π
Pening pula, ada akaun facebook tak bro? nak add..
ade2..hehe
hmmm kena banyak belajar lagi kat sini nih
tq bro π
Masih kelabu lg kenapa nak reg google webmaster nih…huhuhu