Kelantan Catat Kejuaraan Berganda

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mencatat kejayaan berganda. Walaupun didenda RM40,000 atas kesalahan penyokong Kelantan membaling botol kedalam padang ia tidak menggugat sedikit pun penyokong-peyokong negeri itu turun ke stadium. Hampir 3/4 stadium dipenuhi dengan baju merah penyokong Red Warriors. Apa-pun tahniah juga diucapkan kepada pasukan ATM kerana memberi saingan yang agak sengit kepada Kelantan. Sayangnya, pasukan ATM terlalu banyak melepaskan peluang dihadapan gol. Peluang terlalu banyak di sayap kiri tetapi tidak disempurnakan dengan baik. Mungkin jika prestasi ATM konsisten dalam 2 hingga tahun lagi boleh merangkul kejuaraan.

kelantan
Gambar : SinarHarian

Terdapat beberapa babak yang kurang enak dilihat dipadang. Insiden yang dikatakan tiada semangat kesukanan membuatkan perlawanan semalam sedikit tegang apabila pemain pasukan ATM meneruskan permainan ketika salah seorang pemain Kelantan tercedera dan menunggu untuk mendapatkan rawatan. Jika hendak diikutkan, bola tersebut hendaklah dikeluarkan dahulu dan bukannya ‘hold’ ditengah padang. Pemain ATM secara teknikalnya tidak salah dan ada sedikit pertengkaran berlaku kerana pada pasukan Red Warrior ia tiada semangat kesukanan. Pada saya mungkin ada benarnya juga, tetapi melambat-lambatkan permainan juga sebenarnya langsung tiada semangat kesukanan. Ianya seperti tidak menghormati semangat juang pasukan lain. Walaupun tidak semuanya begitu, tapi tidak seronok pula menonton perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam tadi.

Pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan. Adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah. Saya percaya pasukan ATM telah berusaha bersungguh-sungguh dan begitu juga dengan pasukan Kelantan. Ternyata pengalaman Kelantan lebih banyak berbanding ATM mengatur serangan yang agak berbisa dan akhirnya menghukum penjaga gol pasukan ATM. Gol terakhir Kelantan dari Indra Putra penentu kemenangan Kelantan. Gol yang dijaringkan sangat cantik dan menarik.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=DOOYYd2iyzE” width=”600″ height=”400″]

Jebeng Otai™
Tahniah Kelantan 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 24 Comments

  1. SDC

    Tahniah utk team kelantan!

  2. iAwani

    Tahniah buat pasukan Kelantan. Malam kemarin sempat tengok perlawnan ni.

  3. sara

    tahniah kelantan!u r da best!

  4. azura

    haha Mat Yo dapat anugerah kan

  5. titan

    kelantan memang kacak kuasa tigalah! haha..

  6. tehr

    sepatutnya bola ditendang keluar bila ada pemain memerlukan rawatan

    tahniah juga kepada atm kerana memberikan tentangan yang hebat

    1. rahman

      semangat kesukanan sangat penting

  7. hairulafiz

    game final tu memang best…sama2 kuat…..

  8. Amirez

    tahniah kepada TRW. tahniah juga kepada ATM. adat perlawanan, kalah menang memang tak boleh dipisahkan

  9. Hafizul

    tahniah kelantan..tunggu dapat habuan yang paling best je la..hehe

  10. akubiomed

    Tanniah buat Kelantan. Pertemuan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan ATM memang seronok ditonton kerana kedua-dua berbalas serangan.

    1. jebengotai

      aah bro..mmg fight..sama2 kuat..mungkin pengalaman yg memisahkan mereka..

  11. zool

    kelantan memang hebat tahun ni

  12. azwan

    ATM kalah bermaruah. itu yang boleh dikatakan. tapi aku pelik, ada sesetengah orang yang kata perlawanan itu langsung tak best dan tak dramatik…boleh baca di fb/boladaily

    1. jebengotai

      mungkin terbiasa dgn liga2 omputih agknya..

    2. Adam

      ATM still terbaik juga… Dyeorang fight abis baik tu…

      Kedua2 goal keeper x berapa perform sebab hujan.. glove licin..

      1. rahman

        keeper atm nampak lebih gugup

  13. Adam

    Tahniah kelantan.. Gomo selalu ler…

  14. hatiputera

    kelate memang the best kini dan selamanya.

  15. rahman

    keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 yang baru diumumkan:

    1. Persatuan Bolasepak Terbaik – Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa)

    2. Pasukan Kelab Terbaik – Sime Darby FC

    3. Kelab Penyokong Terbaik – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

    4. Pengadil Terbaik -Nafeez Abd Wahab

    5. Penjaga Gol Terbaik – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan )

    6. Pemain Pertahanan Terbaik – Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak

    7. Pemain Tengah Terbaik – Safiq Rahim (Selangor)

    8.Penyerang Terbaik – Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan )

    9. Pemain Import Terbaik – Marlon Alex James (ATM)

    10. Anugerah Khas Bolasepak Kebangsaan 2012 – Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat

    11. Anugerah Khas Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan-Kementerian Pelajaran Malaysia

    12.Pemain Harapan Terbaik – Rozaimi Abdul Rahman (Selangor)

    13.Ketua Jurulatih Terbaik – B. Sathianathan (ATM)

    14. Pemain Paling Bernilai (MVP) – Norshahrul Idlan Talaha

  16. rahman

    banyak pemenang dari pasukan kelantan dan ATM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.