Kalkulus UPS : Tips Membeli UPS

Dari sekilas pandang, peranan dan fungsi UPS sebenarnya adalah penting. UPS atau bahasa kampungnya, ‘backup battery’ boleh menyelamatkan kita diwaktu tiada bekalan tenaga elektrik sementara kita dapat menyimpan atau ‘save’ maklumat dan fail kerja yang kita buat menggunakan laptop ataupun komputer. Meskipun kita tahu kepentingannya, rata-rata ramai yang tidak berminat untuk melabur sedikit wang kerana pada mereka atau penggunaan biasa ianya tidaklah begitu penting. Berbeza pula bagi pejabat-pejabat atau tempat kritikal yang memerlukan sedikit pelaburan membeli UPS bagi membantu dan meningkatkan produktiviti sebuah organisasi tersebut.

kalkulus ups
Credit : Phdpowerhouse

Kalkulus UPS : Fungsi-fungsi

Selain dapat memberi sedikit masa untuk menyimpan data dengan membekal tenaga yang disimpan pada bateri, terdapat juga fungsi-fungsi khusus terbina didalam UPS ini. Antaranya ialah memberi perlindungan litar pintas, lonjakan kuasa dan beberapa gangguan elektrik pada bekalan kuasa. Bekalan voltan yang stabil juga agak penting untuk komponen dari segi panjang hayatnya lebih-lebih lagi bagi organisasi kerja yang mempunyai server yang perlu untuk beroperasi walaupun dalam apa jua keadaan.

Kalkulus UPS : Pengiraan Awal

Faktor kos memberi kesan kepada pelaburan ini. Jika kita memilih bateri boleh beroperasi lama untuk komputer yang tiada fungsi kritikal ianya adalah pembaziran. Begitu juga komputer yang mempunyai fungsi kritikal, tetapi untuk menjimatkan kos dengan membeli UPS yang tidak sesuai juga adalah pembaziran kerana tidak dapat beroperasi pada tempoh waktu yang dikehendaki. Bayangkan jika beban kuasa yang diperlukan melebihi kapasiti menyimpan bateri, mungkin ianya bertahan hanya beberapa minit sahaja.

Sebelum ingin membeli UPS, kita perlulah mengetahui berapakah tenaga yang diperlukan sesebuah komputer tersebut. Secara teorinya 1 Watt adalah bersamaan dengan 1 VA untuk litar ringkas tanpa kapasitor dan induktor. Bagi komputer yang banyak kedua-dua komponen tersebut bolehlah menggunakan formula dibawah :-

1.6 x Beban Kuasa ( Watt ) = Minimum Volt-Amperes ( VA )

Formula diatas digunakan untuk mengetahui jumlah minimum VA ketika memilih kapasiti tenaga yang disimpan pada UPS.

Kalkulus UPS : Pengiraan Akhir

Setelah mengetahui kadar minimum VA yang diperlukan, gunakan formula dibawah untuk mengetahui tempoh masa operasi mana-mana produk UPS dipasaran. Dalam formula ini kita perlu mengetahui voltan bateri, unit bateri dan kadar efisien sesuatu UPS itu.

[ Voltage bateri x AH ( ‘rating bateri’ ) x kadar efisien ] / VA ( pengiraan awal ) = y
y x 60 = tempoh operasi dalam minit
Contoh :-

Komputer dan monitor = 200 Watt
Bateri UPS = 1 x 7.0 AH x 12V

Minimum VA
= 1.6 x 200 Watt
= 320 VA

[ Voltage bateri x AH ( ‘rating bateri’ ) x kadar efisien ] / VA ( pengiraan awal ) = y
[ 12V x 7.0AH x 90% ] / 320 VA = 0.236
0.236 x 60 = 14 minit

Kalkulus UPS : Tips

Apa yang saya boleh sarankan untuk mencari yang penggunaan UPS optimum ialah berdasarkan saiz kapasiti baterinya, kerana kadang-kala harga produk UPS hampir sama tetapi saiz kapasiti baterinya pula berbeza. Jika saiz kapasitinya kecil pastilah tempoh operasinya lebih singkat. Dengan kalkulus UPS ini sedikit sebanyak boleh membantu kita menilai dan membuat keputusan memilih bateri yang sesuai.

Jebeng Otai™
pengiraan asas..kalo salah btau ya 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.