JR Pass, Kad IC Atau KTP Untuk Melancong Ke Jepun

Teringin juga satu hari nanti bercuti di Jepun. Latihan kerja disana beberapa tahun yang lepas memang tidak dapat dilupakan. Cuma rasa rugi apabila banyak tempat-tempat menarik tidak dapat dilawati, dan ketika itu tidak membawa kamera untuk mengambil gambar sepuas-puasnya. Lantas, saya membuat beberapa ‘survey’ berkenaan kos, tempat tinggal dan beberapa tempat yang patut dikunjungi ketika disana. Disamping berhasrat ingin membawa isteri ke sana.

JR Pass, Kad IC atau KTP : Mana lebih jimat ?

Bagi mereka yang sudah biasa dengan sistem pengangkutan disana, mungkin sudah biasa dengan terma-terma seperti JR Pass, Kad IC atau KTP. Sistem pengangkutan terutamanya keretapi di Jepun memang kompleks dan kadang-kala agak mengelirukan. Entri ini adalah hasil bacaan saya sahaja, bukan dari pengalaman sendiri membeli tiket untuk menaiki mana-mana keretapi di Jepun. Bagi mereka yang ingin melancong atau tenagh membuat kajian sendiri mungkin info ini sedikit membantu.

JR Pass – Japan Railway Pass atau JR Pass merupakan tiket atau pass untuk para pelancong yang datang ke Jepun. Ada yang mengatakan orang Jepun sendiri cemburu dengan pass yang disediakan ini kerana ianya lebih menjimatkan berbanding membeli tiket di mesin automatik mereka. JR Pass hanya sah dan boleh digunakan dimana-mana rangkaian keretapi milik JR sahaja di seluruh Jepun. Bagi mereka yang ingin melawat ketempat luar dari ‘perfecture’, membeli JR Pass adalah salah satu penjimatan yang ketara.

Kad IC – Kad IC atau sebenarnya seperti kad reload untuk menaiki kereta api. Mirip kepada Touch n Go, kad ini boleh dimasukkan nilai pada mesin tiket automatik. Cuma, bila kita menaiki keretapi, kita hanya perlu ‘scan’ dan tidak perlu untuk membeli tiket. Jika baki kita tidak mencukupo ketika keluar dari keretapi, jangan bimbang sebab terdapat mesin untuk menambah nilai jika kita turun di stesen yang salah atau baki tidak mencukupi. Kelemahan kad ini, ialah ianya hanya terdapat di beberapa daerah atau bandar besar sahaja dan tidak digunakan menyeluruh. Tiada penjimatan disini, cuma memudahkan proses membeli tiket sahaja.

KTP – Kansai Thru Pass, pada saya merupakan cara untuk melancong sambil berjimat. Hampir 50% penjimatan untuk membeli tiket keretapi, keretapi bawah tanah, bas dan beberapa perkhidmatan yang lain. Memang bagus, dan menjimatkan. Ianya terdapat sah laku untuk 2 dan 3 hari. Kos yang diperlukan adalah sekitar ¥ 5200 untuk 1 pas seorang dan hanya boleh digunakan kawasan Kansai iaitu di Osaka, Kobe, Kyoto dan lain-lain lagi. Pada saya, berjalan di sekitar Osaka dan Kyoto sudah cukup menggunakan pass ini.

jr pass, kad ic atau ktp


JR Pass, Kad IC atau KTP : Itinerari

Berikut merupakan budget atau kajian kasar untuk mengetahui kos ketika melawat kesana. Bergantung kepada musim, jika musim sejuk kita terpaksa keluar perbelanjaan untuk membeli pakaian yang sesuai. Banyak perkara boleh dijimatkan antaranya membawa makanan kering dari Malaysia atau menempah penginapan melalui Airbnb. Yalah, menginap hotel di tengah-tengah bandar di Osaka agak mahal harganya.

jr pass, kad ic atau ktp

Jebeng Otai™
korang jgn percaya..ini mimpi jer..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 6 Comments

  1. Hafizul

    Perghhh.. perkataan baru dalam kamus hidup saya ni..bila kah agaknya saya boleh jejak kaki ke Jepun ni..haha…

    1. jebengotai

      utk lebih budget…mmg kene tau yg ni..save byk..huhu

  2. Afif Rayyan

    Salah satu impian saya adalah mahu bercuti ke jepun.. bilalah dapat jejak ke sana.. huhu

    1. jebengotai

      insya allah..tunggu promo airasia jer..hehe

  3. Aretikz

    Saya pun dah pernah pergi sana sekali.. tp next time memang terniat nak pergi lagi.. harap2 tercapai.. sebab nak bawa isteri juga.. hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.