John Wick : Chapter 2 – Review Filem Genre Kongsi Gelap

Filem John Wick : Chapter 2 adalah mengisahkan sambungan daripada filem John Wick yang di tayangkan pada 2014. Berbanding filem yang pertama yang lebih banyak mengisahkan watak utama, John Wick yang telah bersara dari kegiatan ‘pembunuh upahan’ menuntut pembelaan atas kematian anjingnya dan kereta miliknya yang dicuri oleh anak seorang mafia Rusia. Pelbagai konflik timbul apabila, bos mafia tersebut menuntut bela atas kematian anaknya dan akhirnya mengakibatkan bos mafia tersebut kehilangan nyawa.

john wick : chapter 2

John Wick : Chapter 2 – Intro

Beberapa hari selepas peristiwa itu, John Wick didatangi oleh seseorang dari zaman silamnya. Seseorang itu pernah menyelamatkannya dengan membuat ‘marker’ atau nota janji yang tidak boleh dibatalkan. Jika John Wick tidak menunaikan permintaan dari pemunya nota janji tersebut dia akan mati, dan jika membunuh pemilik nota janji tersebut dia juga akan mati. Begitu juga dia melarikan diri, dia juga akan menerima nasib yang sama. Cerita yang digarapkan kali ini lebih kemas dan bagaimana organisasi ‘bawah tanah’ ini sebenarnya sangat kompleks.

John Wick : Chapter 2 – Klimaks

Dia akhirnya tiada pilihan dan mengikut Winston (salah seorang Pengurus Hotel Continental), John Wick perlu menunaikan janjinya. Dia tiada pilihan dan melaksanakan juga apa yang diminta pemunya nota janji tersebut. Pemunya nota janji, Santino D’Antonio ingin membunuh kakaknya sendiri Giana D’Antonio kerana kuasa di High Table, kedudukan tertinggi di dalam dunia ‘bawah tanah’ ini. Selepas selesai membunuh, John Wick diburu kerana Santino D’Antonio meletakkan harga tawaran USD 7 juta untuk menangkap John Wick. Secara tidak langsung, John Wick dijadikan kambing hitam untuk meletakkan segala kesalahan diatasnya.

John Wick : Chapter 2 – Ending

Ketika ini dia diburu oleh semua pembunuh upahan yang lain kerana tertarik dengan tawaran yang lumayan itu. Akhirnya dia meminta bantuan Bowery King, salah satu organisasi jenayah yang berselindung di sebalik imej ‘homeless’ di New York. Setelah berunding, Bowery King bersetuju kerana setelah mendapat tahu Santino ingin mengambil alih organisasi di New York. Pertempuran berterusan sehinggalah akhirnya tinggal Santino yang melarikan diri ke Hotel Continental. Seperti yang sedia maklum, didalam hotel ini tidak boleh ada urusan yang melibatkan pergaduhan malah pembunuhan boleh dilakukan. Ianya tidak diendahkan John Wick dan akhirnya dia di keluarkan senarai dari Hotel Continental dan organisasi tersebut. Ini bermakna, dia hanya bergantung kepada dirinya sendiri sahaja.

John Wick : Chapter 2 – Review

Genre cerita ini sangat unik. Jarang-jarang filem mengisahkan secara terperinci organisasi ‘bawah tanah’ ini. Permainan politik dan perebutan kuasa juga berlaku dikalangan mereka. Secara keseluruhan aksi yang dilakukan adalah ‘ultra’ ganas dan sangat rendah moralnya. Namun, ianya hanyalah sekadar cerita dan agak tidak sesuai untuk kanak-kanak. Diakhir filem ini, saya sendiri tertanya-tanya adakah John Wick akan selamat? Ini kerana tawaran keatas dirinya telah meningkat 2 kali ganda. Diharap juga ada sambungan John Wick : Chapter 3 kerana penamatnya menimbulkan pelbagai persoalan.

Jebeng Otaiā„¢
rating A..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. sabree hussin

    Filem yang nombor 1 aku tengok. Boleh tahan jugak bestnya. Tak sangka akan keluar chapter 2 pulak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.