JebengOtai.com : Impian Dan Perlaksanaan

Setiap orang pasti ada impian yang hendak dicapai. Tidak kisahlah samada impian menjadi kaya, perdana menteri atau sebagainya tidak harus dipandang rendah atau diperlekehkan walaupun secara logik akalnya ia sukar untuk dicapai. Dari kecil lagi kita mempunyai pelbagai impian yang bila difikirkan kita sendiri akan ketawa dengan apa yang pernah kita impikan. Tanpa impian tersebut kita mungkin tidak mampu untuk mencorak perjalanan kehidupan kita masa kini. Didalam blogging juga kita perlukan impian untuk membentuk corak dan hala tuju kita. Ia mendorong seluruh tenaga dan daya untuk mencapai impian tersebut. Saya mempunyai beberapa impian didalam blogging ini. Ada impian yang boleh dicapai dan ada juga impian yang saya sendiri rasa mustahil. Ada orang kata jangan terlalu menanam impian yang tinggi, kelak hanya tinggal angan-angan sahaja. Kadang-kala pada saya kita perlu berimpian tinggi didalam blogging ini kerana blogging bukanlah sesuatu yang sudah ‘tepu’ atau sudah tidak boleh dikembangkan lagi. Ianya sentiasa berubah pada skala yang sangat pantas dari masa ke masa.

JebengOtai.com : Impian dan Pelaksanaan

Impian pertama saya sudah tentu menjana pendapatan. Jika saya boleh ‘maintain’ USD100 melalui Google Adsense setiap bulan, ia banyak membantu menampung perbelanjaan bulanan saya. Paling tidak pun duit itu boleh digunakan untuk membayar lebih hutang-hutang seperti PTPTN, membuat pelaburan emas dan sebagainya. Impian ini tidak mustahil tetapi memerlukan strategi yang bagus untuk menjana pendapatan melalui online. Yang pasti ianya tidak mudah tetapi tidak mustahil. Untuk melaksanakan impian ini, mungkin saya perlu mendirikan beberapa blog yang lain. Blog JebengOtai.com belum mampu lagi memberi sumbangan untuk menjana pendapatan. Ia mengambil masa dan tenaga untuk menjayakan rancangan ini. Apa saya rancangkan pada 3 tahun akan datang ialah mendirikan 4 laman sesawang yang boleh menjana pendapatan pasif melalui Google Adsense.

Blog sebagai syarikat. Itulah impian kedua saya. Impian yang telah saya tulis didalam salah satu entri saya. Impian untuk bekerjasama dengan rakan-rakan blogger yang lain menghasilkan sebuah blog dan juga sebuah syarikat. Masing-masing mempunyai peranan demi untuk menjayakan syarikat ini. Kepakaran, suka duka dapat dikongsi bersama. Mungkin ianya agak sukar untuk dilaksana disebabkan masing-masing mempunyai hala tuju sendiri. Tetapi jika ianya dapat dilaksanakan, untuk menjadi blogger ternama di Malaysia adalah tidak mustahil. Konsep ini berbeza dengan penulis berbayar kerana semua ahli didalam syarikat perlu bekerjasama untuk menulis entri, blogwalking, dan lain-lain isu teknikal berkaitan blog. Impian ini agak sukar disebabkan ia memerlukan persefahaman yang tinggi serta toleransi yang tiada sempadan.
jebengotai
Impian ketiga pula ialah membuka kedai konsep produk talian. Rata-rata ramai usahawan internet tidak mempunyai fasiliti seperti kedai yang boleh dilawat disebabkan perlu membelanja wang untuk membiayai kos sewa. Mereka juga bermasalah untuk menghantar produk kerana melakukan aktiviti ini sekadar ‘part-time’ atau sibuk dengan tugas ditempat kerja. Melalui kedai konsep ini, produk para penjual akan diletakkan di kedai fizikal ini untuk dilihat oleh para pembeli. Ia menguntungkan penjual setempat kerana mereka boleh meletakkan barang dikedai ini. Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut ruang. Mereka tidak perlu membayar mahal untuk ruangan simpanan. Satu idea yang lain ialah, apabila mereka menerima pembelian, kedai konsep ini akan melakukan penghantaran. Bil perkhidmatan akan dimasukkan kedalam akaun. Ia menjimatkan masa kerana kita boleh menelefon pos laju atau khidmat kurier yang lain datang ke kedai konsep ini untuk mengambil parcel yang perlu dihantar. Saya masih lagi mengkaji risiko yang perlu ditanggung. Salah satunya ialah masalah stok dan bekalan. Saya tidak mahu kes Puteri Kasih dengan penjual terjadi pada sesiapa sahaja. Selain itu juga saya perlu mengubah persepsi negatif masyarakat tentang perniagaan online ini. Kebanyakkannya masih takut ditipu dan sebagainya gara-gara peniaga yang tidak bertanggungjawab. Ianya lebih sukar jika dibandingkan dengan blog sebagai syarikat, tetapi ianya tidak mustahil.

JebengOtaiâ„¢
x dpt bygkan kalo mudah @ lelong bkk kedai..mesti besar gile..hehe..tp kalo pekan rabu bukak kedai online..pasti lebih menarik 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 75 Comments

    1. hatiputera

      angan-angan lama-lama boleh jadi kenyataan bro jika ada usaha. kata orang dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

      1. rahman

        bermula dengan impian lama lama ianya akan menjadi kenyataan… insyaAllah

        1. jebengotai

          btul..kalo usaha yg tepat dan x putus asa..boleh jadik kenyataan.. 🙂

          1. shraqs

            Segala2 nya bermula dari angan2 bro. Takde yang mustahil kalau diusahakan.

  1. eszairy

    Angan2 boleh jadi kenyataan..terus berusaha..

  2. hatiputera

    memang terbaik tu impian menjana pendapatan dari google adsense tetapi aku dah empat kali dengan ban dengan GA nie. Last sekali minggu lepas GA mesej mengatakan iklan GA aku boleh merugikan adword advertiser diaorang kalau tak di disable. Merajuk dah dengan GA nie.

    1. yas

      Aku pun dh 2 kali kena ban ngan adsense nih…btw aku akan cuba lagi nanti….nk repair entri lama2 tu….

      1. rahman

        tak minat adsense huhuhu…

  3. Leeza dayasari

    moga tercapai impiannya…. hiiiii…
    good luck.

  4. Hafizul

    emm memang best la ada impian cmm ni..baru nmpk kesungguhan utk mengejar impian tu kan..harap bro berjaya mendapat kesemua impian tu..hehe..aminnn

    1. jebengotai

      xdpt semua dpt satu pun dh kira ok bro.. 🙂

  5. wazy

    Semoga impian tersebut tercapai,amin

    1. jebengotai

      amin..mudah2an tercapai bro.. 🙂

  6. Shack

    berkat doa,usaha dan kesungguhan..insyaAllah berjaya bro..good luck

    1. jebengotai

      terima kasih..semoga rakan2 pon berjaya dgn apa yg diimpikan.. 🙂

  7. sollehahn

    USD100 sebulan…terbaek…tp leceh btol la adsense nih..
    ak pun ada impian (angan-angan kot) nak jadikn blog sbg syarikat..huhu

    1. jebengotai

      bleh bro..kalo leh maintain income adsense tu.. leh bg upah kat pekerja nnt..hehe

  8. anif

    Semoga impian ini menjadi kenyataan.. Amin.

    Err.. tentunya untuk mencapainya perlukan pelaburan & strategi yang betul 😀

    1. jebengotai

      duit mmg kosong bro..tp strategi tu ade la skit2..hehe

  9. Mak lagenda

    dari angan2 la baru boleh jd kenyataan. At least ada perancangan awal. Moga sukses beng dgn apa yg dirancang!

    1. jebengotai

      rancang jer..yg pling berat pelaksanaan tu..hehe

  10. Panas Giler (djchef)

    Angan2 yang disusun dgn begitu cantik dan terperinci. tak mustahil dicapai, dapat capai salah satu pun dah ok..

    Pekan rabu? pekan rabu aloq staq ka? kdg2 pkena bihun sup kt situ ja.

    1. jebengotai

      kene capai satu persatu..hehe..

      pekan rabu aloq staq tu mmg byk brg2 yg leh komersilkan..kuah rojak pon leh gak jual online..hehe

  11. akubiomed

    Setiap orang mempunyai impian. Saya percaya bro mampu melakukan. Selamat berjaya kepada bro.

    1. jebengotai

      terima kasih bro..selain doa dan tawakal..sokongan rakan2 pon penting gak ni..hehe

  12. Naziman

    Boleh tu bro. Kena usaha lebih lagi. Blog bro ni pun dulu saya sempat tengok perubahan domain. Sekarang lepas aktif balik, tengok2, tak sangka banyak dah berubah. Saya percaya bro boleh buat.

    1. jebengotai

      terima kasih..yakin boleh.. 🙂

  13. lewisdotmy

    di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya, yg penting jgn putus asa kan bro 🙂

    1. jebengotai

      aah bro..kene buang putus asa tu jauh2.. 🙂

  14. donnyien

    semoga impian dan kejayaan terus tercapai bro..

  15. onlajer

    Kawan itu semua boleh tercapai dengan doa dah usaha yang berterusan

    1. jebengotai

      doa dan usaha berterusan utk capai impian tu.. 🙂

  16. zool

    insyalalh impian boleh terlaksana.. samada cepat atau lambat .. tapi bergantung kepada usaha juga.. saya pun sedang mengejar impian dlm blogging ni..

    1. jebengotai

      sama2 mengejar impian gak bro.. 🙂

  17. zuan

    hehe da rezeki, mesti dapatnye.. usaha kena gandakan 😉

  18. shraqs

    Aku pun setuju kalau kita letak sasaran tinggi2, bunyi mustahil pun takpelah, sebab banyak ide yg ada d sekeliling kita sekarang pun macam mustahil jugak dulu2. BTW, jangan cepat putus asa n teruskan usaha.

    1. jebengotai

      btul..mmg x slh berimpian tinggi..yg penting cra nk jdikkan impian itu kenyataan lak..huhu

  19. Denaihati

    bermula dgn angan-angan tak menjadi masalah. yg penting usahanya hebat beserta doa nanti, insyaAllah bro boleh.

    1. jebengotai

      mudah2an bro..impian dah ade..tinggl perlaksaan dan perancangan rapi shaja.. 🙂

  20. tehr

    mak aku ada kedai runcit
    arwah ayah juga ada kedai basikal
    tapi aku ni, memang tak reti nak buat bisnes
    tak tahu nak jual barang apa
    haha

    1. jebengotai

      hehe..xper cikgu..dari petua yg sy dpt meniaga brg yg kita minat.. 🙂

  21. poruman

    impian saya ialah untuk mendapatkan iklan innity tp x dpt2 samp skrg..

    1. jebengotai

      owh..yg tu sy pon rasa mcm mustahil jer..hehe

    2. yas

      Innity dgn GA better GA lagi bro….serius….

  22. Hairul Hissam

    satu idea yg bagus tu mewujudkan JV antara blogger dan mewujudkan syarikat… kira mcm koperasi la.. semoga berjaya bro… dimana ada kemahuan, disitu ada jalan…

    1. jebengotai

      mungkin juga koperasi..ttp lebih mirip kepada syarikat mcm karangkraf.. 🙂

  23. budak felda

    mksd ayat mantain tu mcm dah dpat kot bro..:)
    huh hebat..semoga berjaya rakan blogger spt aku harap dapat tempias di sini 🙂

    bila la aku nk ada google adsence

  24. irsah

    Adehhh paling malas bila las singgah.. huhu konfrim kat bawahhhhh… apa2 pun memang tidak dinafikan. pentingnya ada sesuatu matlamat yang sebenarnya sebahagian datang dari angan2. Apabila wujudnya symbiosis tersebut, maka, akan lebih fokus dalam melakanakan serta menentukan hala tuju. Oleh itu, kita tidak mudah lari dari apa yang kita inginkann kan itu…

    1. jebengotai

      aah bro…jika terlalu tinggi angan2 kita akn rasa ssh pula..better yg boleh kita capai la.. 🙂

  25. Man

    Man doakan atas segala apa yang bro rancang, berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Amin.

    1. jebengotai

      terima kasih bro..usaha gigih dijalankan..

  26. puteri kasih

    semoga angan-angan menjadi kenyataan…good luck 🙂

  27. Blog Keperawatan

    Konsep dan rencana yang baik dalam hal perniagaan online akan membantu dalam meningkatkan penjualan di kemudian hari nantinya

  28. Bro Zulkbo

    Salam Bro..
    harapan, impian anda menjadi
    kenyataan..setidaknya saya
    boleh tumpang bangga bila
    anda berjaya nanti 🙂

    1. jebengotai

      terima kasih kerana memberikan sokongan.. 🙂

  29. Ramzi

    Semoga semua rencana mas bro untuk menggapai mimpi dalam dunia blogging dan online ini terwujut
    selalulah optimis dalam melangkah..

  30. azura

    bagus tu…moga dipermudahkan

  31. iAwani

    impian saya pula mahu menulis di blog sampai ke umur lanjut, bukan sekadar umur yang sekarang ini. Penulisan di blog satu aktiviti yang saya sukai.

  32. Akmaomar

    Saya juga sangat meminati bidang perniagaan terutama retail. kedai konsep produk talian mmg sesuatu langkah yg bagus tapi perlukan modal yg agak besar. Usaha dan pelan perniagaan yg baik mmg perlu ada.. Semoga berjaya ya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.