JDT VS PKNS FC, Tidak Baca Spesifikasi dan Battlefield 3

JDT VS PKNS – Perlawanan akhir Superbest Power Piala FA dijadualkan pada hari ini. Pasukan JDT akan menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam. Diharap JDT dapat memberikan persembahan terbaik dan sekaligus menjuarai Piala FA. Perlawanan ini dinanti-nantikan dan bagi penyokong tegar diharap dapat berhati-hati ketika memandu menonton perlawanan ini. Perlawanan hari ini adalah dua kelab dari liga yang berbeza.

Tidak Baca Spesifikasi – Minggu ini merupakan minggu yang sukar buat saya. Gara-gara tidak memahami dan membaca spesifikasi dengan teliti, barang yang di beli di AliExpress tidak dapat digunakan. Saya membeli ‘inwall AP’ untuk dibuat ujian tentang kekuatan dan kawasan liputan isyarat WIFI. Ianya adalah salah satu projek kecil untuk meningkatkan liputan WIFI di dalam bangunan. ‘Inwall AP’ ini menggunakan POE dengan spesifikasi 24V 1A. Malangnya ‘POE Switch’ hanya membekalkan maksima 15 Watt sahaja. Dan ujian ini terpaksa ditangguhkan untuk membeli pula ‘POE Injector’. Rugi masa dan wang ringgit.

PW300S24-300Mbps-inwall-ap-access-point-wi-fi-wireless-router-repeater

Battlefield 3 – Sejak kebelakangan ini saya ‘terleka’ bermain permainan video antaranya Call of Duty dan Battlefield. Terdapat perbezaan antara kedua-dua permainan ini tetapi kedua-duanya ber’genre’ FPS atau ‘first person shooting’. Ianya berkisar tentang peperangan dan kita perlu melengkapkan setiap misi. Misi-misi ini diselangi dengan cerita pendek konflik yang berlaku sebelum misi ini dijalankan. Sebab itulah blog ini tidak dikemaskini setiap hari. 🙂

March 15th, 2011 @ 22:10:27

Jebeng Otaiâ„¢
penangan Battlefield 3..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.