Izara Aishah Lawat Blog JebengOtai

Seperti lamunan mimpi yang tidak sudah apabila Izara Aishah, salah seorang artis baru yang agak terkenal di Malaysia datang menjenguk blog JebengOtai. Lakonan mantapnya dalam drama Naziha, diumpan dengan muka yang comel membuat sesiapa sahaja tertarik. Berkat menggunakan keyword Izara Aishah nampaknya berhasil dengan peningkatan trafik yang agak luar biasa baru-baru ini. Strategi mengunakan Izara Aishah tidak menjadi dalam cabaran SEO ‘Lelaki Kacak’, tetapi adakah akan menjadi untuk Eyriqazz vs Denaihati dikala ketika carian Izara Aishah meningkat baru-baru? Mungkin juga.

izara aishah

Izara Aishah : Keyword Pilihan

Tidak seperti Titan yang terkenal dengan skandal-skandalnya. Izara Aishah hanyalah keyword yang saya gunakan untuk ikhtiar terakhir ketika ingin memenangi Lelaki Kacak. Jika ada skandal pon tidak mungkin berlaku. Bagaikan langit dan bumi atau hidung x mancung pipi tersorong-sorong. Izara Aishah ialah finalist Dewi Remaja, manakala saya pula hanyalah ‘remaja’ biasa sahaja. Tetapi apa pun saya memang suka makan cendol dan ABC tetapi lebih gemar Nasi Ayam Istimewa, Nasi Ayam Hainana Rasapariso dan Sup Gearbox di Simpang Tai Hong.

Izara Aishah : Rileks

Kadang-kadang bosan juga mengulas entri yang bersifat teknikal atau fakta. Rasanya seperti robot pula. Kesemuanya bersegi-segi tepat dan benar. Entri kali ini hanyalah terapi santai untuk melepaskan gian menulis dimalam hari. Saya masih pening lagi dengan masalah ‘duplicate content’ yang saya ulas baru-baru ini. Saya telah melakukan beberapa ujikaji keatas blog ini dan menantikan keputusan yang baik dari pihak Google. Ujian membuang link di Google merupakan sesuatu tindakan yang berani mati. Tidak cuba kita tidak tahu. Saya memberanikan diri membuang entri yang dirasakan duplikasi dengan entri asal. Ditambah pula dengan penggunaan Robots.txt yang boleh menyelesaikan masalah bot yang degil. Tetapi ada juga kebaikkan bot ini. Kerana bot inilah Izara Aishah melawat blog ini.

Izara Aishah : Mimpi Kosong

Entri ini bukanlah merujuk kepada Izara Aishah, tetapi trafik yang dihasilkan menggunakan keyword Izara Aishah. Jika Izara Aishah terbaca entri ini kecil hati, sila hubungi saya untuk diberi Tshirt M7 Dragon secara percuma. Hampir tiga bulan saya berblogging secara serius. Banyak ragam,kerenah,teknik yang saya dapat dalam dunia penulisan blogging ini. Pencapaian hari ini adalah disebabkan sokongan rakan-rakan blogger yang tidak jemu berkunjung ke blog JebengOtai yang entrinya kadang-kadang terlalu teknikal dan ‘straight forward’. Terima Kasih diucapkan.

Jebeng Otaiâ„¢
selamat berpuasa sunat 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 84 Comments

    1. hafizmd

      nanti aku telefon dia… =) hehehee

        1. MDHAFiZ.NET

          klu ko sudi.. aku boleh adjust utk ko. .. hehehe 🙂

          1. JebengOtai

            xleh aa bro..nnt awek sy adjust sy lak..haha

        2. hafizmd

          takde…hahahaha

          kalau ada, mau awek aku ‘adjust’ aku pulak cam ko jugak…hahahaha

          1. JebengOtai

            hehe..tu aa psl.. 🙂

    2. sjiehan

      AMBOI….izara tu comel kot!

  1. puteri kasih

    pastinya izara aishah akan tersenyum kalau dia terbaca entri ni …hehehe

  2. Kulanzsalleh

    Hari ni mungkin mimpi kosong.. tapi esok lusa mana tau akan jadi kenyataan..
    Aku pasti Izara Aishah tak kecik hati dengan entri ni bro.. silap2 hati dia berbunga-bunga lagi 😀

  3. zuan

    impressive! 🙂

  4. chii

    ehehe..ingtkan betul2 td.xpe la..harap2 satu hari nnt dia akan baca juga..pasti dia akan tersenyum lebar kan

    1. JebengOtai

      kdg2 kita x sangka siapa silent reader kite kan..hehe

      1. chii

        betul tu..lain la kalau kita leh detect sape yg keluar masuk blog kita 🙂

  5. faizul

    guna taktik izara untuk pancing viewers ke?. tapi bukankah kalau pembaca tu mmg suka blog tu dia tetap akan singgah walau apa pun entrinya.

    1. hafizmd

      setuju…kalau sudah hati berkenan..tulislah apa saje…pasti singgah lagi =)

      1. JebengOtai

        berkat sokongan rakan2..tp kalo dh jdik pembaca setia mmg slalu gak sy singgah blog rakan2 di link exchnge.. 🙂

  6. hafizmd

    Bro, pasal yg duplicate content tu…google mmg detect semua satu entri sbgai duplicate ke? ke camne?

    1. JebengOtai

      kategori duplicate content ade dua..

      1. coppy paste entri org..juga dikenali sbgai content scrapper..

      2. duplicate entri disebabkan cms tu sendiri..cth
      jebengotai.com/izara-aishah/
      jebengotai.com/artis/izara-aishah/ (kategori)
      jebengotai.com/tag/cun/izara-aishah/ (tag)
      jebengotai.com/author/admin/izara-aishah/
      jebengotai.com/2012/07/05/izara-aishah/
      jebengotai.com/2012/07/izara-aishah/
      jebengotai.com/2012/izara-aishah/
      jebengotai.com/archive/izara-aishah/

      semua ni adalah entri yg sama, cuma link jer yg berlainan..ikut apa yg saya baca ianya duplicate entry..frontpage kita pon dikategorikan duplicate entri..huhu

      tp boss WP ckp google suka dengan stuktur yg tersusun mcm ni..die ckp jgn percya ckp pakar seo..WP,pakar SEo dan google bergaduh sama sendiri..huhu

      sy x pasti mana yg betulk @ salah..ttp jika PR kita efek mksdnya mmg betul la ade duplicate content..

      1. hafizmd

        oooo…camtu rupanya..

        tp takkan kita nak tunggu pr jatuh,kan bro? so, sekarang ni masih lagi buntu pasal ni ek?

        thanks bro kongsi…aku lebih jelas pasal ni..

        1. JebengOtai

          kalo pr jatuh kita tau apa kesilapan kita..tp kalo maintain ssh gak nk tau kite nyer silap..huhu

          tp sy x pasti psl kategori tu..psl yg kuarnya adalah excerp shja..tp kalo category dikatakan duplicate, homepage kita pon ade duplicate..mkin celaru gak tu..

  7. Hafizul

    Blog ni byk informasi..suka melawat blog jebeng otai..tapi disebabkan masa,kadang2 tak dan nk melawat..emm keyword izara memang tip top ekk..hehe

  8. ProfHariz

    Teringin juga nak main keywords izara aishah tapi kan. Macam susah kot. Hahaha

    1. JebengOtai

      kdg2 kesan die lambat..kalo selalu guna artis baru..ms diorg top bru entri kita naik..hehe..ibarat pelaburan.. 🙂

  9. hafidz

    suka tengok iklan Burger King yang terbaru nih heh 😉

  10. titan

    haha..sejak bila aku ada skandal haa???

  11. Hairul Hissam

    Izara aishah.. sedap nama tu…
    lepas nie.. mesti izara aishah melawat rumah bro plak.. 😀

  12. Ummi Hanie

    Macam2 penangan SEO ni ye.. Hehe

    Sy pun peminat Izara Aishah jugak 😉

  13. cikgu naman

    boleh lah bro belanja Izara Aisyah cendol..haha

    ajak titan dengan ain maisarah sekali

  14. rahman

    keyword artis memang berkesan bro… orang kita memang sukakan hiburan

  15. alieza dayasari

    waaaaaaaaaaaaaa…. gembiranya awk. hehehehe

  16. anif

    Haha.. Jeles la dengan tajuk entry ni 😀

  17. KY

    tajuk post memang power hehee

    1. JebengOtai

      mencuba bro..mana tau menjadik.. 🙂

  18. arelan

    perghhh…kalau la izara aishah lawat betul memang syok la

  19. yas

    Waahh….keyword panas tu izhara aishah….btw blog bro mmg antara blog yg sering aku kunjungi jg bila ada masa….

    1. JebengOtai

      terima kasih..hehe

      rasanya dia x byk kontroversi sgt berbanding artis baru yg len..huhu

  20. tehr

    makin popular ni, bro
    jangan buat skandal macam titan dah la
    hehe

  21. suri

    mencuba bermain kata2 mmg tak akan sekali menghampakan kita

    1. JebengOtai

      kene guna kata2 yg baik..siapa2 pon x kan hampa.. 🙂

  22. puanbee

    ini adalah salah satu skill ya .. ok ..note

  23. budak felda

    Izara Aishah huh memang idaman budak-budak felda sekarang…
    top list dia nie…:)

    1. JebengOtai

      mmg btul la idaman budak felda..sy pon bdak felda gak..haha

      1. budak felda

        laaa betul ker hehehe…:) sama la plak…mmg idaman ni

  24. Juadah

    Fenomena skrg ni dgn IA. Dulu si Lisa surihani. Tp sejak da kawin, xde sape nak kacau lagi

    1. JebengOtai

      malas dh nk kaco..nnt yusri marah lak..hehe

  25. irsah

    ishk3. skandal2. memang trik terbaik. sampai melekat keyword. pehhh

    1. JebengOtai

      cuba2..selagi x memburuk2 kan org..kira ok la.. 🙂

  26. anjangman

    Tq.. Jebeng, aku dpt idea dari entri kau ni.Tapi aku tak minta sangat nak cerita pasal artis. Aku nak test keyword lain utk blog aku…

  27. cik tom

    mana tau pasni izara mai betul2 melawat blog ni..tungguuu…

  28. azman

    Budak tu mmg comel,dah lama ku usha dia hehehhe..

  29. gamep01nt

    “izaram aisha hot” LOLOLOLO

  30. wazy

    Hihi best la kalau dia ajdi silent reader blog ni

  31. Ladfe Amir

    kita harap dia boleh cemerlang mcm Fasha Sandra. tapi biarlah tiada cerita yang kurang enak.
    biar glomour kerna lakonan yang hebat bukannya kerana skandal.

    1. JebengOtai

      btul..xperlu kontroversi…sbb die mmg ade bakat..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.