Berbagai-bagai laporan dan komen-komen negatif negatif berkenaan dengan tahap kelajuan ‘internet laju’ di Malaysia. Ada yang mengatakan ianya tidak berbaloi untuk harga yang sedemikian, sambungan tidak stabil dan lain-lain lagi. Saya separuh setuju dengan komen-komen negatif tersebut kerana sepatutnya pembekal lebih mengutamakan pelanggannya. Mungkin pada awal penubuhan atau penggunaan internet kita faham dengan segala kos serta peluang pekerjaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia terutamanya, tetapi sehingga ke hari ini alasan itu mungkin tidak boleh digunakan lagi. Walaupun begitu selepas entri Internet Laju, merujuk laporan Akamai Suku Ke-4 2015 saya boleh simpulan kita semakin hari semakin bergerak kearah pengunaan internet laju dan diharap akan menjadi murah pada masa hadapan.
Internet Laju Murah : Laporan Akamai
Akamai telah menjalankan beberapa kajian trafik internet, mula beroperasi sekitar tahun 1998 dan mempunyai pelbagai cabang perniagaan berkait dengan internet. Melalui perbandingan apendiks dibawah kita dapati peningkatan ketara sambungan berkelajuan 4Mbps di Malaysia jika dibandingkan suku ke-3 2015. Begitu juga peningkatan penggunaan ‘internet laju’ 10Mbps dan 15Mbps. Kadar purata kelajuan ‘internet laju’ di Malaysia meningkat dari 4.9Mbps ke 5.2Mbps.
Internet Laju Murah : Kadar Internet Seluruh Dunia
Peningkatan purata kelajuan mengikut laporan Akamai adalah sesuatu yang positif. Bagaimana pula dengan kos penggunaannya? Mungkin perbandingan kadar terus pertukaran wang tidak tepat, berikut beberapa contoh ‘internet laju’ melalui perbandingan di bawah :-
Perbandingan Muat Turun / USD
Time : 100 Mbps / RM 149 ~ USD 39 = 2.60 Mbps / 1 USD
Unifi : 30 Mbps / RM 199 ~ USD 52 = 0.58 Mbps / 1 USD * kedudukan berada diatas Lafayette
Hong Kong : 300 Mbps / USD 50 = 6 Mbps / 1 USD
Seoul : 280 Mbps / USD 50 = 5.6 Mbps / 1 USD
Perbandingan diatas adalah untuk kadar terus pertukaran wang, tetapi jika dibandingkan secara kuasa pengguna ( RM 1 = USD 1 ), mengikut data diatas :-
Malaysia ( RM 199 / 30Mbps ) adalah lebih mahal bagi mereka di Bristol ( USD 60.05 / 25 Mbps ) dan purata pendapatan pula jauh berbeza Malaysia ( USD 961 ) dan UK ( USD 3065 ) walaupun dikenakan cukai pendapatan 20% untuk tangga gaji purata tersebut.
Internet Laju Murah : Masa Depan
Melalui entri ‘Why Does South Korea Have Fast Internet‘, kemudahan ‘internet laju’ ini boleh tidak mustahil untuk dilaksanakan.Sebagai contoh Korea Selatan, pendekatan dan kerjasama erat adalah perlu diantara perancangan kerajaan, persaingan sihat, kepadatan penduduk, peranan swasta dan akhirnya budaya masyarakat setempat itu sendiri yang boleh menggunapakai ‘internet laju’ kearah sesuatu yang positif atau dengan kata ringkasnya semua pihak memainkan peranan masing-masing.
Terima kasih atas informasi yang ramai orang taknak tahu ni dan asyik nak merungut salahkan itu ini. Saya juga separuh setuju dengan mereka.
yela, kadang2 pon geram jugak..hehe
asik kali kalau beli ini 🙂
Saya sudah beberapa kali tukar internet provider akhirnya kembali kepada TM sebab kuota. Yang lain tak sampai seminggu dah habis kuota walaupun tidak menonton Youtube.
plik kan..kadang2 walaupon cpat dan murah, tp masalah quota tu mmg spoil..huhu