Intel 48 Core : Untuk Gadget Mudah Alih

Teknologi memang bergerak pantas. Baru sahaja beberapa hari yang lepas saya mencari ‘motherboard’ yang sesuai untuk menggantikan yang telah rosak. Kini, ura-ura Intel berhasrat ingin mengeluarkan unit pemprosesan 6 core terbarunya, i9 selepas kejayaan i3,i5 dan i7. Processor ini dikatakan memiliki keupayaan 50% dan penjimatan tenaga berbanding i7. Memang memeningkan kepala apabila ianya akan dipasarkan pada suku tahun pertama tahun hadapan. Serba salah rasanya jika membeli motherboard sekarang, mungkin akan jauh tertinggal selepas beberapa bulan kehadapan. Pada masa yang sama, Intel juga mengumumkan akan mengeluarkan Intel 48 core Single Chip Cloud Computer atau juga dikenali sebagai SCC. 1.3 billion transistor didalam fabrikasi 45nm dengan hanya menggunakan 125 watt tenaga jauh lebih rendah daripada i9. Kejayaan ini sebenarnya bukanlah berita gembira buat Intel kerana mereka gagal mencapai sasaran 80 core unit pemprosesan pada tahun 2011.

intel 48 cores

Walaupun begitu, SCC ini dikhususkan kepada platform mudah alih seperti smartphone ataupun tablet. Ianya pasti meningkatkan produktiviti dengan memudahkan ‘multitasking’ pada gadget mudah alih. Intel telah mengeluarkan beberapa cip pemprosesan ini dan diberikan kepada universiti atau pusat penyelidikan untuk mendirikan aplikasi dan perisian yang boleh menggunakan keseluruhan potensi unit pemprosesan ini. Mengikut hukum Moore, unit pemprosesan akan mencapai had memuatkan transistor didalam satu unit dalam masa beberapa tahun lagi. Untuk rekabentuk mungkin tiada masalah, cuma masalah dari segi fabrikasi dan produksi unit pemprosesan itu telah mencapai tahap terlalu sukar kerana saiz transistornya sangat kecil.

intel core 48

Jebeng Otaiβ„’
beli time teknologi dah tepu.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 30 Comments

  1. zuan

    intel, sentiasa the best! amd masih tak mampu nak saing dari segi penjimatan tenaga. panas je pakai lappy yg pakai processor amd

    1. jebengotai

      btul juga..walaupun dh overclock..amd msih x dpt nk beat intel..

      mungkin amd perlu reka priority core dgn supplementary core..baru leh beat πŸ™‚

  2. anif

    Kadang-kadang terpaksa selangkah ke belakang untuk menjimatkan kos membeli perkakasan komputer πŸ˜€

        1. jebengotai

          brg2 yg lama jdik murah sbb lambakkan barangan moden ni..hehe

          1. cik tom

            aah mmg betul tue..

  3. wazy

    alah membeli,menang memakai,erkk betul ke peribahasa ni,hehe

    1. jebengotai

      btul2…tp pulus nya yg x menang2..hehe

  4. hatiputera

    membeli ikut kemampuan jer tetapi jangan terlalu jauh kebelakang.

    1. jebengotai

      rasanya asal boleh guna pon dh ok kot..hehe

  5. akubiomed

    Hardware semakin pantas pembangunan. Ia menjadikan manusia menjadi lebih sibuk.

    Saya melihat dari perspektif perubatan kalau dahulu mesin CT Scan mengambil masa untuk scan whole body tetapi sekarang didalam beberapa minit sahaja. Kerja-kerja diagnosis didalam perubatan semakin cepat malangnya proses seterusnya masih perlahan contoh pesakit yang perlu pembedahan perlu dilakukan secara manual. Sedikit sebanyak memberi beban kepada pakar bedah dengan senarai pesakit menunggu pembedahaan bertambah.

    1. jebengotai

      erk..yg tu mungkin kene skill dan pengalaman..walaupun dibantu alatan canggih..perlu operator seperti manusia untuk melakukannya..

  6. Dulu Lain Sekarang Lain

    Adehh.. kawe dah tak tahu lagi apa jenis chip yg Intel kuarkan skrg. Dah tak mampun ikuti perkembangan. Skrg ni yg penting ini laptop boleh jalan.. πŸ˜€

    1. iAwani

      kalau laptop, sekarang dah masuk ke Intel Core i3,i5,i7 generasi ketiga. Kalau smartphone dan tablet pula, banyak jenama bersaing. Antaranya Nvidia Tegra 3, Qualcomm Snapdragon S4, Samsung Exynos dan paling terbaru Apple A6. Intel start buat cip untuk tablet untk Microsoft Surface dan smartphone menggunakan Intel Atom.

      1. jebengotai

        kalo nk ikutkan architectur apple a6 guna dual core ARM15 tu dh lama..yg terbaru ARM57.. πŸ™‚

  7. titan

    ohh..baru gua fahamm..

    1. iAwani

      panjang ceritanya.

  8. rahman

    kalau berminat.. tunggu sekejap apa salahnya

    1. jebengotai

      erk..kalo tunggu mmg byk ag lak yg kuar..hehe

  9. Hazmin Hamudin

    Memang tak larat dah nak kejar teknologi sekarang ni. Kalau banyak duit memang tiada masalah untuk sentisa tukar.. Hehe

    1. iAwani

      saya pula, ikuti perkembangan teknologi semasa. Minat.

      1. jebengotai

        yela..kdg2 geram juga hendak membelinya..sy pon minat tech semasa..dari military hinggalah home appliances..hehe

  10. zool

    kenapa ada gambar chuck norris tu?

  11. chii

    hehehe…chii suka baca part last..teknologi akan tepu..rasanya mcm agak mustahil utk berlaku..teknologi terlalu pantas bergerak..mmg x terkejar dibuatnya..

  12. Adam

    Processor ni mesti laju gila baban! Phone yg pakai nanti mesti terbakar punye!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.