Idea Untuk Menambah Baik Eizil.com

Tarikh tutup contest yang dianjurkan bro Eizil hampir tiba. Ada beberapa sebab mengapa saya lambat membuat tugasan akhir yang dikehendaki oleh bro Eizil. Sebab yang pertama ketika ini ButikM7 menerima produk rekaan terbaru daripada pembekal dan sambutannya agak menggalakkan. Saya tidak risaukan keuntungan, tetapi saya lebih risau kepercayaan yang diberikan oleh para pembeli. Bukan mudah untuk berjaya didalam dunia maya ini tanpa kepercayaan. Mendapatkan kepercayaan tidak semudah membeli helaian baju atau seringkas mengeluarkan kata-kata. Ianya lebih kompleks dan perlukan pembawakan diri yang menyakinkan. Walaupun tidak bersua muka tetapi kita masih boleh sampaikan ‘keikhlasan’ untuk berurus-niaga dengan jujur melalui teknik yang betul. Panjang lebar pula ceritanya. Berbalik tentang cadangan dan kritikan blog Eizil, boleh tahan juga kritikan dan idea yang diberi rakan-rakan untuk membantu blog Eizil untuk lebih maju. Sesiapa pun tidak mahu hanya kritik sahaja tetapi tiada idea yang diberikan.

Kritikan : Navigasi
Bro Eizil menggunakan ‘full-width’ template pada laman utama untuk memaparkan entri-entri terbarunya. Ia kelihatan kemas dan agak menarik. Tetapi saya dapati ianya ada sedikit kekurangan. Kadang kala tiada ‘sidebar’ di laman utama boleh menyebabkan saya sesat. Ini kerana jika ada ‘sidebar’, link pantas untuk entri kritikal seperti pengumuman tugasan yang ingin diberikan boleh diletakkan didalam ruangan tersebut. Pada saya agak sukar juga jika tidak bookmark entri berkaitan. Kritikan ini pun ditujukan untuk diri saya juga kerana tidak memanfaatkan ruangan ‘sidebar’ sebaiknya. Saya pasti beliau ada sebab untuk tidak meletakkan ‘sidebar’ pada laman utama. Walaupun hanya dipisahkan beberapa saat sahaja, ianya memberi gambaran jelas betapa lajunya blog Eizil.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=rZkP1skp40Y” width=”600″ height=”400″]

Kritikan : Ruangan Komen
Agak lama juga saya mempunyai masalah meletakkan komen pada blog Eizil. Apabila saya menghantar komen, satu notifikasi mengatakan komen saya tidak melepasi filter spam. Anehnya apabila saya cuba untuk membatalkan komen saya sebagai spam, ianya tidak boleh dilakukan. Mungkin bro Eizil akan mengesahkan komen tersebut, tetapi saya khuatir yang komen itu tidak dapat di’post’kan.

Cadangan : Landing Page + Blog ?
Dari segi kelajuaan, ‘Google Authorship’ dan lain-lain lagi bro Eizil sudah mantap. Mungkin idea yang saya berikan ini sudah dipraktikkan, atau pun saya yang ketinggalan zaman. Kombinasi ‘landing page’ bersama dengan blog adalah sesuatu yang sukar pada saya. Kebanyakkannya lebih suka memilih ‘popup’ dan lain-lain notifikasi. Jujurnya saya tidak suka ‘popup’ yang menggangu pembacaan atau melambatkan ‘loading’ website. ‘Landing page’ bagus untuk mempromosikan produk, skil, perkhidmatan dan lain-lain yang ditawarkan pada satu ‘page’ sahaja. Untuk menggabungkan kedua-dua seperti agak sukar tetapi jika digunakan teknik yang betul pastinya ia boleh menarik perhatian dan menjana pendapatan dengan memanfaatkan masalah bounce rate sepenuhnya.

Banyak juga entri bro Eizil hasilkan dan saya amat tertarik dengan salah satu entri iaitu ‘Belajar bacaan solat dengan video kreatif‘. Pada saya ianya sangat membantu kita, umat Islam untuk memahami bacaan didalam solat. Sekian lama kita praktikkan, kita seharusnya faham dan tahu apa makna bacaan tersebut. Satu usaha perlu dibuat tidak kira agensi kerajaan atau mana-mana badan yang berminat untuk mendirikan aplikasi lengkap cara dan bacaan solat ataupun paling ringkas himpunan doa yang boleh kita amalkan untuk platform android atau iphone. Walaupun ‘content’ aplikasi itu hanyalah gambar, pada saya ianya sudah memadai. Tidak perlulah terlalu kompleks menggunakan accelerometer, internet dan sebagainya. Ideanya memang ringkas tetapi sukar pula untuk dilaksanakan.

Jebeng Otaiβ„’
kritik skit2 jer.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 23 Comments

  1. yas

    Semoga berjaya bro….ramai jg yg dh kritik blog eizil….adakah dia akan cuba menambahbaik blog dia spt yg di perkata blogger2 lain….kita tgu nti…:D

  2. titan

    hoho..bab komen tu aku setuju.

  3. Mama I.A

    setakatni saya tak pernah pula ada masalah untuk komen di blog eizil…tapi yang bahagian sidebar tak ada di hompepage memang agak sukar sikit..kena klik mana2 entri dulu baru ada bahagian sidebar..

  4. Puan Bardboo

    erk mana komen saya tadi? masuk spam ke? huhu..

  5. Eizil

    Terima kasih bro, insyaALLAH sidebar tu akan dikembalikan dalam theme baru nanti, sedang cuba menggunakan semua kritikan untuk memperbaiki eizil.com ke tahap yang lebih baik.

    Berkenaan ruangan komen tu, memang ada beberapa yang mengalami masalah, akan cuba guna kaedah lain, ada beberapa option sedang dalam proses ujian.

    terima kasih kerana sudi menyertai aktiviti ini, semoga akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada eizil.com tetapi kepada semua peserta.

    1. jebengotai

      hehe..selalu terlupa nk letak badge tu la bro..haha

  6. akubiomed

    Mantap ulasan untuk penambah baikan blog Eizil.

    1. jebengotai

      dan memperbaiki diri sendiri juga.. πŸ™‚

  7. azura

    saya mudah komen dekat blog eizil…

  8. hatiputera

    semoga berjaya bro.semoga komen-komen yang diberikan dapat menambahbaik blog eizil.

  9. puteri kasih

    good luck JO..kritikan dan cadangan yang berguna πŸ™‚

  10. cik tom

    kritikan yg bagus utk penambahbaikan blog eizil..

  11. donnyien

    satu ulasan yang bermanfaat bukan sahaja kepada blog eizil tetapi kepada semua pembaca.. terima kasih bro.

  12. Blog Keperawatan

    Kritikan yang membangun akan bisa membuat blog kita semakin bagus sahabat

    1. Blog Keperawatan

      Dengan memperbaiki yang kurang maka kelebihan akan bisa kita dapatkan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.