HP telah mengumumkan laptop ternipisnya yang terbaru, iaitu HP Spectre yang hanya mempunyai ketebalan 10.4mm hampir sama dengan bateri standard AAA. Walaupun saiznya yang agak nipis, HP Spectre tetap dapat menjalankan operasi biasa sebuah laptop untuk kegunaan harian. Dilengkapi dengan cip mikropemprosesan Intel i5/i7, papan kekunci penuh, storan PCIe SSD serta sistem bunyi termaju yang dibangunkan Bang & Olufsen. Untuk menghasilkan laptop yang ternipis ini, HP terpaksa mengorbankan ciri-ciri naik taraf dan servis dengan harga yang boleh dikatakan agak kompetetif mengikut kelasnya.

HP Spectre : Spesifikasi

Dengan ketebalan 10.4mm dan berat 1.10 kg, secara keseluruhan bahan yang digunakan untuk menghasilkan laptop ini adalah dari aluminium yang melalui proses CNC dan seterusnya proses ‘anodized’ dan digabungkan pula dengan gentian karbon untuk kemasan luaran. Paparan menggunakan teknologi Gorilla Glass 4 dan skrin turun menggunakan ‘hinge’ (engsel) yang direka khas dengan kawalan piston. Mengikut spesifikasi, jangka hayat operasi ialah selama 9 jam 30 minit dengan menggunakan 2 bateri yang berlainan saiz.

hp spectre
Credit : Anandtech

hp spectre

HP Spectre : Hyperbaric Cooling

Teknologi ini digunakan untuk mengeluarkan haba yang terhasil didalam laptop. 2 kipas ultra nipis di muatkan didalam HP Spectre dan juga menggunakan tembaga khas sebagai radiator. Kipas akan menarik udara sejuk diluar dan menghasilkan tekanan angin didalam laptop dan akan menarik keluar udara panas melalui radiator ini. Tiada maklumat lanjut mengenai bunyi bising yang dihasilkan tetapi dinyatakan adalah sesuai untuk keselesaan.

hp spectre

HP Spectre : Prestasi

Dilengkapi dengan 8GB memori dan dipasang terus di papan induk bermaksud ianya tidak boleh dinaik taraf begitu juga dengan storan kerasnya. Pendek kata kebanyakkan komponennya dipasang terus, dan bagi mereka yang suka menaik taraf laptop mereka mungkin HP Spectre tidak sesuai kerana HP hanya fokus membuat laptop ternipis. Paparan IPS bersaiz 13.3″ HD penuh (1920 x1080).3 port USB jenis C, dimana satu daripadanya boleh digunakan untuk mengecas bateri laptop. Port ini juga turut dilengkapi teknologi ‘Thunderbolt’, boleh disambungkan ke paparan lain serta perkakakasan ‘Thunderbolt’.

Jebeng Otai™

One Reply to “HP Spectre : Laptop Ternipis Dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge