Harimau Malaya : Persiapan Ke Piala Dunia

Harimau Malaya U22 telah berjaya mengalahkan Vietnam dan sekelip mata sahaja EURO 2012 akan ke pusingan akhir. Perlawanan terakhir bakal menyaksikan pasukan Italy bertemu Sepanyol. Walaupun kedua-duanya bermula hambar, tetapi mereka berjaya membuktikan bahawa mereka layak ke pusingan akhir. Pasukan pilihan saya, Jerman telah terkeluar setelah dikalahkan Italy di Separuh Akhir EURO 2012. Pada saya pasukan Italy mempunyai kelebihan untuk menjulang piala EURO 2012. Kita sibuk dengan EURO 2012, tetapi sedar atau tidak Harimau Malaya telah melakar kemenangan demi kemenangan didalam kelayakkan Piala Asia U22.

Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Vietnam  [4.45 petang ]
Malaysia vs Vietnam 3-0 (0-0)
Malaysia minit 53 (Rozaimi)
Malaysia minit 90 (Rozaimi)
Malaysia minit 93 (Rozaimi)

Sumber : LigaKampung

Idea : Harimau malaya Ke Piala Dunia

Ketika mencari-cari kasut bola yang teringan didunia, saya terserempak dengan sejarah terciptanya kasut bola ringan. Ianya fenomena baru dan berbeza sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kempen seperti Joga Bonito untuk bolasepak bebas telah bertukar kepada ‘Superfly’ iaitu bolasepak pantas. Bola sepak pantas ialah rentak permainan bolasepak terkini yang cuba dibawa oleh jenama terkenal seperti Nike, Adidas, Puma dan lain-lain. Walaupun rekod kasut bola teringan didunia dimiliki oleh Puma 1.10v SL Lightning dengan berat 150g, jika saya jurulatih saya akan memilih AdidasF50 Adizero.

Harimau Malaya

Idea : Kenapa Harimau Malaya Perlu Adidas F50 Adizero

Data. Saya sangat mementingkan data dan ketepatan kerana kesilapan yang kecil boleh merugikan. Kasut bola ini mempunyai ‘data logger’ untuk merekod segala aktiviti pemain seperti kelajuan larian, jarak dan data yang berguna untuk digunakan oleh jurulatih. Data logger ini dinamakan Micoach. Kita juga boleh menggunakan data Lionel Messi sebagai KPI untuk membentuk dan memberi latihan keras kepada Harimau Malaya. Setiap pemain akan mempunyai rekod prestasi yang boleh digunakan oleh jurulatih untuk membentuk pasukan emas kita ke Piala Dunia.

JebengOtai™
skil dan teknik boleh dibentuk..hanya kekuatan mental shja diperlukan para pemain.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 17 Comments

  1. alieza dayasari

    Moga terus maju Harimau Malaya.

  2. tehr

    aku rasa tak sabar pula tunggu hari lawan myanmar
    hehe
    harap2 kita dapat lepas

    1. JebengOtai

      rasanya mcm boleh jer..time smngt tgh tinggi ni..cuma jgn leka 🙂

  3. titan

    tunggu aku jurulatih malaysia. haha..

  4. zool

    terima kasih bagi backlink.
    er.. ni dapat tajaan Adidas ke ni??? Terbaek..

  5. akubiomed

    Saya percaya pasukan Jerman mengunakan teknologi untuk mengkaji pemain dan memperbaiki kemahiran. Kalau bergantung kepada teknologi semata-mata tidak akan nampak kemahiran individu. 🙂

    1. JebengOtai

      btul jugak kan..kalo x der ‘hati’ dh main mcm robot lak..huhu

  6. Hafizul

    Harap harimau malaya akan pergi ke persada dunia satu masa nanti..kembalikan kegemilangan bola kita suatu masa dulu..yeahhh…

  7. iAwani

    moga permainan harimau malaya semakin mantap hendaknya!

    1. JebengOtai

      itulah harapan semua rakyat malaysia.. 🙂

  8. hafidz

    memang itulah harapan dari peminat Harimau Malaya agar tuah ke Piala Dunia memihak kepada kita 😉

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.