Sebelum ini didalam salah satu entri hantu drift saya ada menyiarkan sedikit info tentang sukan drift dan tokoh-tokoh sukannya. Saya pasti ramai yang sudah kenal siapa itu Ken Block dan Tengku Djan Ley didalam sukan tersebut. Kali ini kisah hantu drift agak berlainan sedikit daripada drifter konvensional iaitu menggunakan kereta. Saya sendiri tidak menyangka selain kereta, motorsikal juga boleh digunakan untuk melakukan aksi drift ini. Mungkin secara logiknya aksi drift dapat dilakukan adalah disebabkan berat kereta, kawalan gear, break untuk mengawal kelajuan supaya dapat menyusuri selekoh untuk melakukan aksi drift ini. Bagi kenderaan seperti motorsikal, cara yang digunakan adalah amat berbeza. Saya sendiri tidak pasti adakah aksi-aksi yang ditayangkan didalam video klip ini juga dikategorikan sebagai drift. Walaupun begitu ianya memang menarik apabila motorsikal berentap dengan kereta untuk melakukan drift.
hantu drift

Hantu Drift : Jorian Ponomareft
Tidak dapat dinafikan kehebatan Jorian ini mengawal motorsikalnya seperti basikal. Wheelie, ‘wikang’ apatah lagi drift dan lain-lain aksi tiada masalah baginya. Rasanya dia antara yang terhebat dikalangan mat rempit kerana tiada seorang pun mat rempit di negara kita yang boleh melakukan gymkhana versi motorsikal. Apa yang lebih hebatnya ialah, beliau melakukannya dikawasan yang sepatutnya jauh dari lalulintas mahupun orang ramai. Cara beliau yang profesional dan tidak menyusahkan orang inilah yang perlu dicontohi dan bukannya wheelie tidak tentu pasal untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Jebeng Otaiβ„’

83 Replies to “Hantu Drift : Drift Motorsikal

  1. Wah drift motor? tak pernah dengar pula. Pastinya lagi susah ni. Kalau orang dah jarang dengar ni, memang pastinya jorian ni terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge