Giveaway BudakFelda.com : Eksperimentasi Diri

Rasanya tidak terlambat lagi saya menyertai giveaway pertama yang dianjurkan oleh BudakFelda.com. Gara-gara menyelesaikan hal-hal penting, saya terpaksa menangguhkan sedikit masa menulis entri penyertaan giveaway ini. Edisi siasat yang dibuat oleh BudakFelda untuk mengetahui bagaimanakah caranya untuk menurunkan ranking Alexa blognya dan diharap giveaway ini membantu beliau mencari jawapannya. Alexa merupakan salah satu kayu pengukur prestasi sesebuah laman sesawang atau blog untuk mengetahui setakat mana pencapaian yang telah kita dapat sepanjang berblogging. Sekali sekala kita perlu bereksperimen untuk melihat sejauh mana benarnya hipotesis awal yang telah kita buat. Penting atau tidak Alexa ini ia sebenarnya ditentukan oleh para blogger sendiri. Bagi saya, ianya penting untuk melihat perubahan ranking blog kita. Ia juga salah satu motivasi diri yang berkesan kepada kita. Apabila kita melihat ranking kita menurun daripada juta kepada ratus ribu hinggalah puluhan ribu, itu sudah memadai membuatkan kita tersenyum sepanjang masa. Pencapaian tersebut boleh dibanggakan dan memberi kepuasan diri yang mutlak. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya berada di ranking antara 50 laman web di Malaysia mengalahkan blog hiburan, politik dan berita. Ketika itu tidur pun kita akan tersenyum dengan pencapaian tersebut.

giveaway

Saya sendiri tidak pasti bagaimana cara yang boleh digunakan untuk menurunkan ranking Alexa. Tetapi sepanjang pengalaman saya, kita perlulah update setiap hari untuk menurunkan ranking Alexa kita secara drastik dan konsisten. Selepas itu kita perlulah rajin blogwalking paling kurang 100 laman blog rakan-rakan dan meninggalkan komen yang bermanfaat kepada mereka. Tips yang terakhir ialah konsisten dalam kedua-dua perkara diatas selama beberapa bulan dan ketika itu saya boleh katakan yang blog rakan-rakan akan berada di tangga 60,000 kebawah. Selepas daripada itu, agak sukar untuk meningkat lagi dan kita perlu memikirkan strategi lain untuk menurunkan lagi ranking Alexa kita sehingga boleh mengalahkan Denaihati dan blogger lain. Halangan yang paling ketara apabila kita tidak dapat meninggalkan komen di blog rakan-rakan kerana tidak mempunyai entri terbaru untuk dibaca. Jika kita konsisten dan berusaha keras pastinya akan membuahkan hasil.


β€œMari memeriahkan 1ST Giveaways BudakFelda.Com yang ditaja oleh cahayacinta.com , pondokkecil.com , awanpagi.com , ecadwinkyasha.com , elqashrinqaisara.blogspot.com , daddydee.net serta Fivio.com selaku penaja utama.”

Jebeng Otaiβ„’
nk naikkan alexa balik la..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 35 Comments

  1. hatiputera

    Semoga berjaya bro. Aku nak melepasi 150000 pun susah.huhu

    1. jebengotai

      terima kasih..nk lepas sng..nk maintain ssh..huhu

      1. puteri kasih

        memang susah nak maintain…macam yo yo je..jap naik jap turun..huhu

  2. Naziman

    Eh, sama la, saya pun baru ikut giveaway ni. Baru sedar kan. Hari last ni. Memang betul lepas dah dekat 100,000 makin susah nak turun, kena guna teknik sendiri sudah, memang kena lebihkan lagi usaha dari biasa. Paling rendah saya pernah dapat 150,000 tak silap. Tapi bagi saya, saya tak minat sangat dah ranking alexa ni, best lagi compete rank. Sebab alexa ni pasang pakai toolbar, pakai widget la, pun dah membantu. Jadi tu kurang accurate la bagi saya.

  3. kimmie

    good luck…lepas ni boleh join pulak contest yg ni

  4. muazfaris

    kalau boleh kalahkan denaihati , mmg terbaik la.. haha

  5. donnyien

    Blog donnyien.com pernah mencapai alexa rank hanya setakat 100k satu ketika dulu dan terus meningkat ke 100,000k. Namun bila saya mula aktif blogwalking dan update blog setiap hari, alexa saya mula menurun.. selain tu sekali-sekala main dengan SEO tak salah.

    Good luck bro~

  6. irsah

    Tula bro.. pasang surut dalam dunia blog nih… sekurangnya macam bro nyatakan, motivasikan diri untuk menjadi lebih baik. Selalunya bila ke sudah sampai kesesuatu tahap, kita beraa sayang untuk meninggalkannya dan disitu akan mencurah berbagai idea… (maklumlah, penat lelah bersekang mata dan kematu jari BW menaip komen heee)

    1. jebengotai

      mmg syg nk tinglkan begitu shja..itulah hasil penat lelah kita.. πŸ™‚

  7. tehr

    aku sedang turunkan alexa rank gak ni, bro
    hehe

  8. Yas

    La ni thg cuba nak main ngan alexia ni gak laa….banyak ngat lemon2 alexia kat blog aku tu…hehehe

  9. azman

    Saya dah rasa alexa bawah 100k dan Msia bawah 500,kena konsisten update dan buat blog walking.Sekarang alexa dah naik 150k,sebab dah kurang update blog dan buat blogwalking.Untuk capai semua tu kena kerja keras,blogging sampai lebam.

    1. jebengotai

      ye..x lebam mmg x leh nk capai bwk 100k..huhu

  10. zool

    tak berapa pandai tentang alexa ni.. tapi kalau nak kata rajin2kan blogwalking pun tak tentu juga…tak tau camne diorg kira

    1. jebengotai

      blogwalking dan tinglkan satu komen bro..jgn blogwalking shja..huhu

  11. onlajer

    Keputusan dah keluar tapi aku tak menang hehe, aku sebenar tak berapa faham dengan alexa cuma sedikit banyak dapat juga menyuka hati melihat kedudukan kita heh

  12. Ramzi

    Semoga sukses ni mas bro πŸ™‚

    1. jebengotai

      terima kasih..pemenang dh diumumkan.. πŸ™‚

  13. Hafizul

    Hehe..penyertaan last minute, tapi isinya sungguh menarik..haha

    1. jebengotai

      hehe..ingt nk tulis awal..tp ade kerja skit lak..slmt sempat..

  14. akubiomed

    Nampak saya telah terlepas peluang kerana tarik GA telah pun lepas. Selamat berjaya kepada bro. πŸ™‚

    1. jebengotai

      pemenang dh diumumkan..tahniah kepada yg menang..hehe

  15. Blog Keperawatan

    Alexa saya malahan masih berkisar 300.000 an, susah juga nak menurunkannya

  16. puteri kasih

    kalau nak lebih cepat turunkan alexa..satu hari kena lebih dari satu entri..puteri pernah try..dan memang laju jugak turunnya…tapi sekarang ni takde masa plak nak tulis lebih dari satu entri…hukkk

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.