Kemasukkan cerita dan rancangan dari negara asing memang tidak dapat dielakkan lagi. Lebih-lebih lagi ketika era IPTV atau perkembangan dunia internet pada masa ini yang begitu menggalakkan. Jika sebelum ini Telenovela atau kisah Sinetron di layar televisyen, kita juga dapat menyaksikan rancangan dari negara Korea disiarkan. Walaupun tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Indonesia, Latin mauhu pun Korea, rancangan-rancangan ini seronok untuk di tonton. Saya tidak pasti kenapa dan mengapa ianya diminati di negara lain sedangkan bahasa pertuturan utama berlainan dengan apa yang dituturkan didalam rancangan tersebut.

Gila Runningman : Faham ke?

Saya tidaklah berapa suka menonton rancangan Korea seperti drama atau filem kecuali siri Runningman. Siri ini memang agak berlainan dengan siri televisyen yang pernah saya tonton. Jujurnya memang langsung saya tidak faham apa yang diperkatakan. Mujurlah ada sari kata yang boleh di muat turun untuk mengetahui apa topik yang menjadi perbualan mereka. Jika tiada sari kata sekalipun, kita pasti akan ketawa dengan gelagat Kwangsoo, Jae Sok, Suk Jin dan ahli-ahli yang lain. Pelik bukan. Mungkin sebab itulah rancangan mereka agak istimewa dan diterima di kebanyakkan negara.

Gila Runningman : Lain dari yang lain

Rancangan ini kebanyakkanya menampilkan tempat-tempat menarik di Korea. Selain itu makanan-makanan tradisi mereka juga menjadi antara misi untuk setiap episod. Permainan yang dimainkan juga mencabar minda dan kecergasan setiap peserta. Mungkin itu juga faktor menarik mengapa rancangan ini diminati. Personaliti dan konflik yang dimainkan oleh ahli kumpulan Runningman seperti Kwangsoo membuatkan orang ramai geram dengan sikap suka membelot rakannya sendiri.

Gila Runningman : Contoh

Produksi atau penerbit rancangan televisyen mungkin boleh meniru rancangan ini. Yalah, aktivti luar yang lasak sambil menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia untuk pengisian rancangan yang akan diterbitkan. Saya tidak pasti ianya berjaya atau tidak, tetapi sedikit sebanyak keluar dari ‘stereotaip’ menghasil drama-drama cinta sahaja. Ini hanya pendapat saya sahaja. 🙂

Jebeng Otai™

7 Replies to “Gila Runningman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge