Press "Enter" to skip to content

Geran RM1000 SKMM Untuk Perniagaan Online

Perniagaan online semakin mendapat pendedahan yang meluas. Ramai yang ingin mencuba menceburkan diri dan ramai juga yang berjaya. Seperti yang kita maklum, kerajaan telah memberikan rebat RM200 untuk semua telefon pintar untuk telefon tertentu sahaja. Ramai juga yang berpendapat dan tidak setuju pemberian rebat ini memberi kesan negatif. Banyak juga kebaikkan yang kita perolehi jika digunakan dengan sebaiknya. Tujuan pemberian rebat ini untuk meningkatkan kadar penembusan internet dikalangan masyarakat Malaysia. Bayangkan jika 100% rakyat Malaysia boleh melayari internet, perniagaan online ini yang akan mendapat manfaatnya. Apa sahaja produk boleh dijual samada baju M7, crepe nutella, hasil tenunan dan lain-lain lagi.

perniagaan online

Kerajaan juga telah mengumumkan geran RM1000 untuk menjalankan perniagaan online bermula pada 1hb Januari 2013. Suri rumah yang mempunyai laman sesawang .COM.MY atau .MY, lesen perniagaan diberi keutamaan untuk menerima geran ini. Saya melihat usaha membawa perniagaan ke online adalah usaha yang bernas kerana kita tidak menggunakan potensi internet sepenuhnya pada masa ini. Pendapatan perkapita rakyat Malaysia boleh ditingkatkan dengan suri rumah menjalankan perniagaan secara online hanya didalam rumah sahaja. Kita semua seharusnya memanfaatkan peluang ini sebaiknya kerana perniagaan online ini tidak memerlukan sewa kedai dan lain-lain kos untuk menjalankan perniagaan cara biasa.

Bagi mereka yang berfikiran negatif selalu mempersoalkan apa yang kerajaan buat sehinggakan diri tidak berdaya saing, tertinggal kebelakang tetapi masih menyalahkan orang lain. Kita akui usaha-usaha kerajaan yang dijalankan tidaklah begitu sempurna tetapi sedikit sebanyak boleh membantu dan mengubah kehidupan golongan usahawan kecil online ini.

Jebeng Otai™

16 Comments

  1. Shack Shack

    Terbaik ni bro..

  2. Mmg geran yg mungkij ditunggu oleh ramai suri rumah dan mereja yg berniaga online…moga ada kebaikan drp usaha murn kerajaan ni…ameen

    soal rebet smartphone tu, ramai tk setuju sbb hadkan harga, it saje…
    hafizmd recently posted..Pembelian Online:Kedekut atau Takut?My Profile

  3. sape nakk.leh cepat sambar.

  4. bagus, perniagaan internet akan berkembang, dan menguntungkan penjual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge