Setelah kerugian melebihi USD 10 Billion, desas desus Samsung akan mengeluarkan semula Galaxy Note 7 yang sebelum ini mengalami masalah rekaan baterinya sehingga boleh menyebabkan letupan. Saham syarikat Samsung jatuh 8% nilai pasaran dengan kerugian USD 17 bilion akibat masalah ini. Kerugian yang tinggi ini Samsung beharap dengan penjualan ‘refurbished set’ ini boleh mengurangkan kerugian syarikat tersebut. Galaxy Note 7 ini akan menggunakan bateri berkapasiti 3000 – 3200 mAh berbanding 3500 mAh sebelum ini.
Galaxy Note 7 : Tarik Balik
Hampir 98% telefon pintar Galaxy Note 7 ditarik semula dari pasaran setelah beberapa laporan berkenaan telepon pintar ini meletup. Dan 200,000 unit pula dilaporkan digunakan didalam eksperimen oleh pihak Samsung sendiri untuk mengetahui punca masalah sebenar. Sehingga kini, hampir 2.5 juta unit didalam inventori Samsung dan berhasrat untuk memperbaiki, modifikasi dan menjual sebanyak yang boleh.
Galaxy Note 7 : Penafian
Ura-ura penjualan ‘refurbished set’ ini ditumpukan pada ’emerging market’ terutamanya India dan Vietnam. Namun, ianya dinafikan penjualannya di India beberapa hari kemudian. Begitu juga dengan kawasan Amerika Utara dan Eropah, tiada penjualan semula Galaxy Note 7 ini. Hanya tinggal beberapa kawasan sahaja yang boleh dijual bergantung kepada polisi semasa sesuatu negara.
Galaxy Note 7 : Pendapat
Pendapat saya bercampur baur berkenaan dengan berita terbaru ini. Bergantung kepada harga, saya fikir ianya pembelian yang berbaloi. Tiada perubahan spesifikasi kecuali bateri sahaja. Dari sudut alam sekitar, ianya adalah proses kitar semula produk terpakai dan mengelakkan dari pembaziran sumber. Namun bagi mereka yang menunggu Samsung Galaxy 8 dan Galaxy 8 Plus yang akan dilancarkan pada Mac, pembelian ‘refurbished set’ ini seperti pembaziran pula kerana ianya akan dilancarkan lewat iaitu pada Julai atau Ogos. Bergantung kepada diri masing-masing.
Sumber :
http://money.cnn.com/2016/10/11/technology/samsung-galaxy-note-7-what-next/