Dari tahun ke tahun harga rokok semakin meningkat mahal. Kesedaran bahaya rokok pula seperti jatuh merudum. Buktinya dengan peningkatan perokok di Malaysia hampir 10,000 penduduk Malaysia mati disebabkan penyakit yang datang dari tabiat merokok. Hampir 30% penduduk berumur 30 tahun ke atas menghidap 40 jenis penyakit termasuk sakit jantung dan 57 jenis kanser yang semuanya disebabkan oleh rokok. Mengikut statistik World Health Organization, hampir 100,000 remaja mula menghisap rokok setiap hari diserata dunia. Ia seperti tiada kesudahan. Walaupun kempen-kempen kesedaran dilancarkan, ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada kesan langsung terhadap mereka yang masih tegar merokok. Berikan sahaja statistik, gambar penyakit yang mengerikan atau apa sahaja media sekalipun untuk menyedarkan mereka, pastinya tidak memberi kesan. Kadang kala terbayang juga rokok yang diletakkan di mulut itu seperti membakar gulungan wang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian seperti makanan, keperluan lain dan sebagainya. Penat lelah untuk mendapatkan wang akhirnya habis dibakar begitu sahaja. Apa pun pelbagai kaedah dan kempen dibuat, tetapi ekploitasi kanak-kanak dalam iklan cegah merokok seperti boleh memberi kesan kepada perokok tegar.

Jebeng Otaiβ„’

59 Replies to “Exploitasi Kanak-Kanak Dalam Iklan Cegah Merokok

    1. yela..kdg2 leh kaji psikologi manusia..budak kecil ni nmpk mcm harmless..so die akan buang ego die..akhirnya bile bdak tu bg brochure…bru la terkesan dihati..

  1. aku pernah gak try nak merokok, tapi tak boleh pulak nak melekat..tak rasa apa2 nikmat..tu yang peli gak macam mana orang boleh gian merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge