Enjin Freevalve : Enjin Masa Depan

Mungkin sebelum ini ramai berpendapat dunia automotif sudah memasuki fasa ‘tepu’, dimana tiada inovasi terbaru untuk menaiktaraf enjin konvensional biasa. Seperti yang ramai tahu, enjin konvensional menggunakan injap yang digerakkan melalui aci sesondol. Udara, bahan api dan asap pembakaran akan dikeluarkan melalui injap terbuka. Pada ketika itu, mungkin ciptaan ini adalah sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan lama kelamaan pelbagai masalah akan timbul jika salah satu injap ini rosak ianya akan sentiasa terbuka atau pun tidak berfungis langsung.

Enjin FreeValve : Enjin Masa Depan

Saya tidak pasti kenapa ianya dipanggil enjin ‘freevalve’ atau ‘bebas injap’. Walaupun ulasan atau penerangan berkenaan enjin ini tidak menggunakan aci sesondol, tetapi ia masih menggunakan injap. Cuma ianya dikawal oleh aktuator magnetik untuk mengawal injap tersebut. Pendapat saya sahaja ya :). Konsep baru ini pada saya amat berpotensi tinggi samada menjimatkan penggunaan bahan api ataupun mengurangkan pencemaran.

Enjin FreeValve : Analog vs Digital

Kekangan sistem analog bagi pengurusan bahan bakar memang menjadi masalah dalam rekaan enjin konvensional. Ianya menyumbang kepada nilai ‘parasitik’ atau bahasa mudahnya, beban untuk menggerakkan aci sesondol termasuk didalam pergerakkan enjin. Ini menyumbang penurunan kuasa output bersih sesuatu enjin. Enjin ‘freevalve’ ini dikatakan meningkatkan 30% prestasi kuasa dan tork enjin, serta 50% penjimatan ekonomi. Baguskan?.

freevalve
freevalve
freevalve

Enjin FreeValve : Potensi

Potensi enjin ini sangat luas. Ini kerana setelah sistem analog tidak digunakan, setiap injap pada setiap silinder boleh beroperasi berasingan. Jika enjin dalam keadaan melahu, 1 atau 2 silinder boleh dimatikan. Saiz enjin pula menjadi kecil setelah sistem aci sesondol tidak digunakan. Enjin juga boleh beroperasi melalui mod berasingan samada mode 2 lejang ketika revolusi enjin yang rendah, atau ‘Miller Cycle’ yang digunakan Mazda atau mod pengunaan dwi bahan bakar seperti petrol dan diesel melalui tangki berbeza. Konsep yang menarik yang mungkin para siswa siswi kita perlu ambil berat.

sumber : Jalopnik.com

Jebeng Otai™
proton kene kaji enjin freevalve ni..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 8 Comments

  1. titan

    idea bagus gak benda nih.

    kita tunggu dalam 5 tahun lagi.

    jadi ke tidak.

  2. Wan Zawawi

    Setuju sangat-sangat,proton kena banyak buat kajian tentang enjin freevalve ni 🙂

  3. Hafizul

    Huhu.. Mantop habis ni.. Tak kena cara boleh laku keras model proton.. Tambahan pula, zaman sekarang nak jimat.. minyak jimat, itu jimat ini jimat..hehe

  4. mrhanafi

    hebat juga inovasi enjin freevalve dan sejujurnya baru tahu juga tentang perkara nie

    1. jebengotai

      sy pon bru tau..mcm upgrade sistem enjin pi elektronik la..hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.