Empat Tahun Sembilan Bulan

Siapa sangka, usia blog ini sudah mencapai empat tahun sembilan bulan. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri sehingga bertahan ke tahap ini. Bagi bloggers lain, pasti memahami ianya bukan sesuatu perkara yang mudah walaupun pada awalnya hanyalah sekadar hobi atau mengisi ruang waktu senggang dengan penulisan dan perkongsian.Tabik juga diberikan kepada blogger-blogger senior yang blognya menjangkau lebih dari 10 tahun. Memang agak sukar.

Kebanyakkan rakan-rakan di Link Exchange saya sudah tidak dapat dilayari. Sama ada masalah server, berpindah ke domain lain atau masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Untuk menguruskan blog perlu belanja yang agak besar. Lebih-lebih lagi blog yang sudah berusia yang mungkin trafiknya stabil atau hosting yang dinaiktaraf menggunakan perkakasan baru yang menyebabkan kosnya semakin tinggi.

Pelbagai pengalaman saya perolehi dan pelajari. Dari selok belok membina atau memasang WordPress sehinggalah menguruskan server sendiri. Dengan tujuan untuk mengurangkan kos supaya lebih efisien dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Bukannya apa, pada pendapat saya kita tidak menggunakan 100% fungsi yang dilengkapi didalam hosting yang kita langgan. Kadang-kala sebab ianya ‘shared-hosting’, ‘resource’ akan dikongsi bersama-sama dan mungkin akan memberi masalah kepada kita apabila trafik tinggi pada satu-satu masa.

Jebeng Otaiā„¢
bertahan selagi boleh

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.