EMP Jammer

EMP Jammer merupakan satu alat yang tidaklah merbahayakan nyawa tetapi boleh menyebabkan kerugian yang amat dasyat jika digunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. EMP Jammer atau ‘electromagnetic pulse jammer’ mempunyai fungsinya tersendiri. Bebeza dengan signal jammer yang menyekat beberapa gelombang telefon daripada sampai kepada pengguna. Ianya agak praktikal pada situasi ketika menonton wayang, perpustakaan dan lain-lain kawasan yang memerlukan tiada gangguan daripada telefon bimbit. Signal jammer bersifat mencegah, tetapi emp jammer bersifat merosakkan sesuatu peralatan elektronik.

EMP Jammer : Teori Ringkas

Litar EMP Jammer sangat ringkas. Beberapa punca kuasa, transformer voltan tinggi dan wayar tembaga. Pelaras boleh ditambah untuk meningkatkan julat jangkaun EMP Jammer ini. Apabila voltan tinggi di alirkan kepada litar ia akan menghasilkan gelombang magnet. Ibarat eksperimen mengangkat paku menggunakan medan magnet dari gelungan wayar, beza litar EMP Jammer ini ianya menggunakan voltan yang sangat tinggi. Medan magnet ini akan menggangu alatan elektronik dari berfungsi dengan betul. Sama seperti radio, arus didalamnya berubah setelah menerima isyarat gelombang radio dan seterusnya menghasilkan bunyi. Manakala, EMP Jammer pula merosakkan perkakasan dalaman.

EMP Jammer : Sistem Pertahan

Jika digunakan dengan betul, EMP Jammer ini jika dikaji boleh dijadikan sistem pertahanan untuk ketenteraan dan sebagainya. Ia dapat melumpuhkan sistem peluru berpandu jika julat jangkauan sangat jauh. Tetapi jika disalah gunakan juga amatlah berbahaya. Boleh dikatakan keseluruhan peralatan elektronik yang tiada penebat ‘EMP’ akan rosak secara total dan akan menyebabkan kerugian yang amat besar.


EMP Jammer : Pesanan

Entri ini hanyalah berkongsi maklumat sahaja. Tiada cara pembinaan atau perkongsian maklumat dilakukan. Apa yang ingin saya sampaikan, kita boleh mencipta berbagai-bagai projek yang berguna dan boleh membantu masyarakat. Bagi pelajar-pelajar yang ingin mencuba eksperimen ini bolehlah merujuk kepada guru atau pensyarah terlebih dahulu dan dilakukan dikawasan tertutup atau berskala kecil.

Jebeng Otaiā„¢
sesiapa yang tgh wat kertas kerja tu sila la submit kat syarikat persenjataan..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.