DVB-T2 vs DVB-S2

Selain IPTV, ada cara lain untuk menamatkan langganan siaran berbayar iaitu DVB-T2 dan DVB-S2. Kedua-duanya bukanlah perisian tetapi lebih kepada peralatan yang kosnya pada saya mampu untuk dimilik. DVB ialah ‘digital video broadcasting’ manakala ‘T’ dan ‘S’ adalah untuk ‘terrestrial’ dan satelit. Nombor dua pula ialah generasi kedua untuk kedua-dua perkakasan ini. Secara mudahnya DVB-T2 dan DVB-S2 adalah ‘tuner’ untuk menangkap isyarat siaran televisyen sama ada melalui pemancar dan satelit. Namun begitu DVB-T2 terima dari pemancar dan DVB-S2 boleh terima dari satelit.

DVB-T2 vs DVB-S2 : Fungsi

kebanyakkan televisyen pada hari ini dilengkapi dengan DVB-T2 kerana ianya lebih mudah dan hanya perlu menyambungkannya kepada antena sahaja. Bagi DVB-S2 pula, ianya sedikit kompleks kerana mengikut laman sesawang Satbeam, terdapat hampir 107 buah satelit beredar mengelilingi bumi. Dan tidak semua melalui kawasan ruang angkasa negara kita. Namun begitu, terdapat alat yang berfungsi untuk memilih satelit yang dikehendaki dengan melaras piring satelit kearah yang tepat.

DVB-T2 vs DVB-S2 : Dilema

Kita tidak pasti mana satu akan menjadi pilihan kerana setiapnya mempunyai kebaikkan dan keburukan tersendiri. Jika membeli kedua-duanya pasti akan berlaku pembaziran jika kita tidak dapat melaras piring satelit dengan betul. Terdapat beberapa alat yang saya ‘survey’, mempunyai kedua-dua fungsi. Ianya sesuatu yang menggembirakan kerana dua fungsi dalam satu perkakasan. Perkakasan seperti KI-Plus ini mempunyai fungsi ini dengan sistem operasi Android sebagai nilai tambah.

DVB-T2 vs DVB-S2
Dapatkan tambahan diskaun 20% untuk pelanggan baru serta penghantaran percuma.
20161271617330
KI-Plus dengan fungsi Android, DVB-T2 & S2

DVB-T2 vs DVB-S2 : Projek akan datang

Saya berhasrat untuk mencuba produk ini dan melihat hasilnya. Mungkin satu hari nanti kita tidak perlu terikat dengan sistem langganan yang kadang-kala tidak munasabah dan tidak masuk akal. Lebih-lebih lagi kita sibuk bekerja dan tiada siapa dirumah menonton langganan kita itu. Dengan dioperasikan dengan Android mungkin ianya akan menjadi lebih menarik lagi.

Jebeng Otaiā„¢
kompem la beli..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. titan

    okeh.

    tak sabar tunggu hasil kerja ko tu nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.