Dirt 3 : Latihan Gymkhana

Selepas selesai misi Battlefield 4, saya terus mencuba permainan baru Dirt 3. Pada mulanya saya fikir ianya permainan bertemakan ‘rally’ yang biasa dan ternyata tanggapan awal meleset. Terdapat beberapa tema perlumbaan yang boleh kita mainkan didalam game ini. Antaranya ‘rally’, litar dan pertama kali saya cuba ialah cabaran Gymkhana. Gymkhana ini bahasa mudahnya ialah litar yang dibina dengan cabaran tersendiri yang agak bahaya dilakukan pada dunia nyata.

Dirt 3 Gymkhana: Alat kawalan

Agak sukar untuk membuat latihan Gymkhana dengan menggunakan papan kekunci semata-mata. Paparan Youtube dibawah menunjukkan ‘setup’ atau tetapan konfigurasi alat kawalan dan paparan untuk permainan ini. Sekaligus ianya memberi gambaran realistik, dan mungkin jauh lebih murah berbanding melabur pada kereta untuk melakukan latihan Gymkahana. Dari video ini juga, ianya amat mengkagumkan.

Dirt 3: Terpengaruh

Sekali pandang seperti hendak membeli perkakasan untuk tetapan didalam video itu. Sayangnya, harganya hampir mencecah ribuan ringgit untuk membeli stereng, pemijak minyak, gear dan beberapa lagi alatan. Sedikit kecewa dan agak tidak berbaloi. Mungkin wang tersebut boleh dilaburkan di tempat yang lebih berfaedah. Tapi siapa sangka, rezeki terpijak boleh juga sambar satu. 🙂

Bagi yang serious menceburi bidang E-Sport, mungkin pembelian ini berbaloi. Kita boleh melatih dan mengasah kemahiran yang ada untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.
dirt 3

Jebeng Otaiâ„¢
mmg pergh..hehe

Sumber : Youtube

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. apdm

    harga ribu2 satu, lepas tu perlukan ruang yang besar nak letak benda tu..kalau bilik kecik, memang tak dapatlah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.