Democracy 3

Dari kecil hinggalah ke usia tua saya memang gemar bermain permainan video. Pelbagai genre atau jenis permainan yang akan diselesaikan apabila ada masa terluang. Ramai yang kata sudah usia tua pun masih bermain permainan video. Sekali sekala tidak mengapalah, asalkan tidak menganggu tugas yang lain. Kali ini saya menulis berkenaan dengan permainan ini, Democracy 3. Permainan ini sangat unik dan sedikit lain berbanding permainan yang ber’genre’ shooting, racing, RTS dan sebagainya.

Democracy 3 : Game Politik

Ya, ianya berkisarkan permainan politik. Secara asasnya permainan ini menjadikkan kita seorang atau presiden bagi beberapa negara didalam pilihan permainan tersebut. Tiada pergerakan, visual agak ringkas dan beberapa data yang perlu dianalisa sebaik mungkin untuk menyelasaikan masalah masyarakat di negara yang dipimpin itu. Mungkin permainan ini dapat mendidik bahawa setiap kemudahan, subsidi atau pemberian akan memberikan implikasi atau kesan domino yang lain seperti peluang pekerjaan, pelabur lari dan lain-lain lagi.

1993793e1ce3e29a3e7efeb68b9e8ca9-650-80

Democracy 3 : Dilema

Apa yang saya dapat pelajari ialah sesuatu yang percuma itu sangat mahal harganya. Jika kita banyak memberikan bantuan kesihatan, pendidikan, kebajikan, pencen, harga rumah yang rendah dan lain-lain lagi akan menyebabkan perbelanjaan negara kita defisit. Untuk menampung defisit itu pula kita terpaksa naikkan cukai pendapatan, cukai korporat dan pelbagai cukai yang lain. Hasilnya produktiviti berkurang, ‘homeless’ dan penganguran meningkat menjurus kepada peningkatan jenayah.

Democracy 3 : Beri dan terima

Melalui permainan Democracy 3 ini, kita haruslah memberi dan menerima. Contoh seperti memberi kemudahan pendidikan percuma, makanan percuma dan geran pendidikan untuk melanjutkan pelajaran meningkatkan produktiviti masyarakat. Selain itu dasar atau polisi negara untuk membantu negara asing juga menggalakkan pelaburan luar masuk kerana impresi positif yang ditonjolkan. Setiap perkara ada kesan-kesan sampingannya. Apa yang penting konsep memberi dan menerima boleh membantu kita untuk bermain permainan ini yang memerlukan pemikiran kritikal. Sesuai untuk mereka yang gemarkan cabaran.

Jebeng Otai™
negara Malaysia x dak lagi..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.