Crowdfunding Malaysia

Kekurangan modal, tiada dana untuk menjalankan perniagaan atau perusahaan merupakan masalah terbesar sebelum memulakan perniagaan. Masalah ini sangat besar sehingga menyebabkan ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan menjadi tawar hati. Terutama sekali golongan muda atau graduan yang berminat untuk terus berkecimpung didalam dunia perniagaan. Perkara ini menjadi dilema bukan sahaja dinegara kita, tetapi dimana-mana negara sekali pun pasti akan ada masalah ini jika ingin memulakan perniagaan.

Crowdfunding : Trend

Dewasa ini sudah menjadi trend negara luar untuk mendapatkan dana melalui ‘crowdfunding’. Istilah ini bermaksud secara ringkasnya adalah ‘dana orang ramai’. Dana yang terkumpul dari kutipan orang ramai yang berminat untuk melabur kedalam perniagaan, projek atau perusahaan kita. Mirip kepada belian saham, cuma ianya lebih mudah berbanding langganan saham yang perlu pelbagai dokumen diisi sebelum boleh mendapat sesuatu samaada dividen, harga produk yang murah, peluang menjadi stockist dan pelbagai lagi kelebihan menjadi ‘funder’ atau pemberi dana. Secara tidak langsung, konsep ini mengelakkan kita meminjam wang dari bank untuk mendapatkan modal.

crowdfunding

Crowfunding : Tanggapan Negatif

Yalah, sesuatu yang baru pasti sukar untuk kita terima bulat-bulat. Ada yang beranggapan ‘crowdfunding’ ini serupa seperti MLM. Walaupun ianya tidak benar, tapi boleh dikatakan MLM menggunakan ‘crowdfunding’ ini seperti menjadi agen untuk dapatkan harga yang rendah dan lain-lain lagi. Ianya hanya pendapat saya sahaja. Tidak semestinya ‘crowdfunding’ yang kita labur itu berhasil dan berjaya. Itu adalah risiko yang perlu kita sendiri analisa. Jika tersalah informasi, kita akan kerugian.

Crowdfunding : Alternatif

Idea dan pelaksanaan ‘crowdfunding’ ini adalah sesuatu yang bagus. Ianya sebagai galakkan untuk mana-mana peniagaan untuk berkembang maju dengan bantuan seperti ini. Walaupun begitu, ia masih kurang mendapat sambutan orang ramai mahupun pihak berkuasa untuk mengesahkan gerakan ‘crowdfunding’ di negara kita. Tapi mungkin untuk masa hadapan, idea ini dapat diterapkan kedalam situasi semasa di Malaysia. Apa yang penting ialah perniagaan itu perlulah sah dan tiada unsur penipuan berlaku. Tidak semua orang pandai berniaga dan ‘crowfunding’ ini setidaknya boleh mempelbagaikan pelaburan masyarakat umum.

Jebeng Otaiā„¢
ada sapa2 nk fund JebengOtai x..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

  1. titan

    walaupun aku tak berapa suka.

    tapi cara ni tetap ramai orang guna untuk cari fund.

    haha..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.