Banyak permainan berasaskan platform mudah alih seperti Candy Crush, Angry Bird dan lain-lain lagi permainan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan disebabkan bilangan pengguna telefon pintar lebih ramai berbanding pengguna laptop atau konsol permainan seperti Playstation atau Xbox. Walaupun permainan ini ringkas, tetapi ianya sangat mengujakan. Dimainkan tidak mengira usia muda dan tua. Terbaru, saya telah mencuba permainan terbaru Clash of Clans. Bagi penggemar RTS atau ‘real time strategi’ permainan ini boleh dikatakan agak mencabar.

Screenshot_2014-04-05-10-09-18

Pengenalan
Seperti permainan RTS lain, pemain akan diberikan sebuah ‘kampung’ untuk dibangunkan menjadi sebuah ’empayar’ yang kuat dan digeruni. Pemain terpaksa mencari ’emas’ dan ‘elixir’ untuk tujuan naik taraf bangunan, tembok sebagai pertahanan atau membuat tentera untuk menyerang ‘kampung’ pemain lain. GUI permainan ini sangat ringkas dan ianya mudah untuk kita menyusun strategi pertahanan mahupun ketika ‘merampas’ hasil emas dan ‘elixir’ dari pemain yang lain.

Strategi
Pada pendapat saya, strategi pertahanan menjadi keutamaan. Ini kerana, kita juga akan memperolehi mata ‘experience’ jika kita berjaya mempertahankan serangan. Kita haruslah pandai menyusun tembok dan bangunan lain untuk memperlahankan serangan ‘kampung’ lain kerana setiap serangan diberi masa 2 minit sebelum di isytiharkan menang atau kalah. Pada masa yang sama, kita juga perlu menaik taraf bangunan yang lain untuk membantu kita dalam proses serangan pula.

Permainan ini sekadar mengisi masa lapang saya sahaja. Jika berkesempatan bolehlah melawat ‘kampung’ Jebengotai di dalam permainan Clash Of Clans. Permainan ini agak menarik dan berbanding Candy Crush, Clash of Clans hanya boleh dimainkan ketika mempunyai sambungan internet sahaja. Secara keseluruhan, saya boleh berikan permainan ini 4 dari 5 bintang.

Jebengotai™

14 Replies to “Clash of Clans Jebengotai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge