Chiropractic : Perubatan Alternatif Baru

Perubatan alternatif adalah sesuatu yang tidak asing di Malaysia. Mungkin ada yang mengatakan ianya cabang perubatan, tetapi ianya masih menjadi perdebatan samada perubatan alternatif ini mengikut kaedah sains yang mampu merawat atau menyembuh penyakit. Entri ini bukan untuk membincangkan keberkesanan rawatan perubatan alternatif, tetapi ianya perkongsian pengetahuan baru saya berkenaan perubatan alternatif seperti chiropractic yang mungkin kita dengar buat kali pertama. Pelbagai kes berkaitan perubatan alternatif, chiropractic ini dikongsi di Youtube. Mungkin ianya memberi pendedahan meluas kepada rawatan chiropractic ini.

Chiropractic : Apa itu?

Secara ringkasnya rawatan ini menggunakan konsep ‘spinal manipulation’. Pengamal atau ‘physician’ akan menggunakan sedikit tekanan keatas tulang belakang kita untuk melegakan tekanan di sekitar bawah tulang belakang (‘lumbar spine’) atau leher (‘cervical spine’) dimana kebanyakkan saraf-saraf penting terletak disekitar ini. Selain itu juga ‘physician’ menggunakan daya untuk memperbetulkan sendi-sendi supaya berada di kedudukan yang betul. Tiada pembedahan atau ubat-ubatan diberikan kepada para pesakit.

Chiropractic : Risiko

Terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada mereka yang memilih kaedah rawatan ini. Risiko seperti tulang retak boleh berlaku jika tenaga yang digunakan terlalu kuat. Selain itu tiada bukti saintifik membuktikan rawatan ini boleh menyembuh secara total. Risiko stroke juga berlaku ketika membuat rawatan disekitar leher. Dan kebanyakkan insurans tidak melindungi pesakit menggunakan kaedah rawatan ini.

Neck adjustments have the potential to cause strokes. Although the risk of stroke caused by chiropractic adjustment isn’t high, some physicians urge their patients to consider the danger before submitting to chiropractic care. A 2003 study connected stroke patients where the condition was caused by torn arteries to recently chiropractic care, indicating a causal effect. For unknown reasons, younger women display a higher risk of stroke from chiropractic adjustments.

Livestrong.com

Chiropractic : Alternatif

Di Amerika, hampir 250 juta pesakit memilih rawatan ini dan meningkat dari tahun ke tahun. Seperti yang saya katakan tadi, tiada pembedahan dan perubatan diberikan. Kos rawatan juga boleh dikatakan agak murah berbanding dengan kaedah konvensional. Walaupun kaedah ini perlu rawatan lanjutan sebelum penyakit yang dialami berkurangan tetapi ia masih lagi murah. Berkenaan dengan ‘stroke’ pula berikut merupakan petikan pendapat :-

Cassidy and his colleagues beg to differ. They write that patients seek and benefit from the pain relief spinal manipulation affords and that research supports including the procedure in the menu of treatment options. Cassidy also points out that strokes that occur after manipulations may result from underlying conditions that also cause the neck pain for which the patient sought treatment in the first place; that would suggest the spinal adjustment itself didn’t cause those strokes. He says the procedure should continue to be offered even as more research into its safety and efficacy is conducted.
Washintonpost.com

Chiropractic : Pendapat

Walau apa pun, kita perlulah mendapatkan nasihat doktor sebelum memilih apa sahaja rawatan alternatif. Para doktor lebih mengetahui kondisi badan, penyakit dan pelbagai parameter yang menjadi pertimbangan sebelum melakukan rawatan. Pada saya, rawatan alternatif ini seperti menyakitkan, tetapi ia melegakan. Seperti kebiasaan kita, ‘meletup-letupkan’ jari jemari kita untuk melegakan tekanan buat seketika. Mungkin yang pakar boleh memberi kelegaan terus masalah-masalah yang kita hadapi.

Rujukan : Washingtonpost, Livestrong, Golivzo

Jebeng Otai™
mmg best kalo ada buat kat belakang badan..adeeh

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. Mus

    memang nampak sakit masa ‘repair’ tulang tu..
    tapi hasilnya mengagumkan..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.