Beberapa hari ini ‘terkantoi’ juga untuk menziarah blog rakan-rakan. Apatah lagi untuk update entri terbaru di laman sesawang ini. Projek ButikM7 ini terpaksa saya utamakan. Melihat rancangan Saffiya di TV9, ramai juga usahawan muda berniaga melalui internet. Lebih-lebih lagi bagi golongan hawa. Pada saya itu sesuatu yang membanggakan. Mungkin orang-orang dulu berkata perempuan belajar tinggi-tinggi pun duduk di dapur juga. Jika ilmu penuh didada, duduk dimana-mana pun boleh dijadikan kesempatan untuk menjana pendapatan dengan menggunakan internet. Sambil memasak, sambil menjual barangan di talian itu kelebihan yang tidak ramai miliki kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

523881_420414351365761_2076996825_n

Saya baru sahaja pulang dari cawangan Tekun Nasional di kawasan saya. Saya baru sahaja tahu Tekun menyediakan pinjaman kecil dibawah RM3000 untuk perniagaan sambilan. Ia tidak memerlukan pendaftaran syarikat di SSM. Pada saya itu satu kemudahan yang diberikan yang boleh saya gunakan untuk memajukan perniagaan online. Syarat-syarat permohonan agak mudah tetapi memerlukan kita mengisi borang dengan selengkapnya. Manakan tidak sejak Zizan memakai baju M7 Dragon dan M7 Claw permintaan semakin meningkat. Pada perkiraan saya adalah lebih baik saya mencuba pinjaman ini sementara produk M7 ini masih ‘panas’. Untuk mengharapkan majikan menaikkan gaji bagaikan jauh panggang dari api. Apa boleh buat, dari mengeluh baik saya menggunakan kemahiran yang ada untuk menambah pendapatan. Bro Framestone dan Anarm sudah mendirikan rumahtangga, saya dan Bro Titan tidak tahu bila lagi.

Perniagaan internet ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula masa dapat dirancang dengan baik. Kos-kos sampingan jika di atur boleh dikurangkan sehingga ketahap minima. Bak kata pepatah hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Walaupun perniagaan ButikM7 ini ada sedikit liku-liku yang harus ditempuhi, mungkin itu lumrah perniagaan.

Jebeng Otaiβ„’

47 Replies to “Cari Pendapatan Tambahan

  1. Perniagaan internet ni memang bagus cari pendapatan tambahan. Pengguna internet semakin ramai, kalau digunakan sebaiknya, in shaa Allah pendapatan tambahan tu akan jadi sumber pendapatan kedua.

    1. sy msih belajar lagik bro..takut dan tiada keyakinan sbnarnya..untuk jual tiada mslh..mslh kat supplier pula..rajin main harga..itu yg tidak yakin boleh pi jauh..tp ni mungkin dugaan..mmg plan nk register ssm..skang ni semua di hujung jari.. πŸ™‚

  2. Tahniah bro JO. Moga makin maju dan terus mengambil kesempatan yg ada utk memajukan bisnes.

    Dengar kata, MARA juga ada sediakan pinjaman utk peniaga kecil2 kecilan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge