Cara Menghapuskan Lipas

Lewat tengah malam semalam, saya sangat dahaga dan kedapur ingin meneguk air. Terkejut apabila melihat beberapa ekor lipas seperti ‘bermesyuarat’ tanpa bergerak sedikit pon di tengah-tengah lantai dapur. Kelam kabut saya mencari ‘aerosol’ untuk membunuh serangga-serangga itu tanpa belas kasihan. Bukannya tiada perikemanusiaan, tetapi serangga ini membawa penyakit dan agak merbahaya kepada manusia. Malangnya, ‘aerosol’ jenama Fumakilla tidak begitu berkesan walaupun sudah disembur agak lama, jauh berbeza jika dibandingkan jenama Bygone. Racun serangga ini kadang-kadang turut merbahayakan manusia juga terutamanya jika ia terkena pada makanan, mata dan sebagainya terutama anak-anak kecil.

Saya pernah terbaca ‘electronic pest repeller’ atau penghalau serangga elektronik. Alat ini menggunakan gelombang bunyi ultrasonik dan ada yang menggunakan gelombang magnetik. Adakah ianya berkesan? Ya, ianya berkesan jika haiwan peliharaan anda seperti kucing kerap berbunyi tanda tidak selesa kerana ia menggangu haiwan tersebut. Adakah serangga-serangga lari? Tidak sama sekali. Kajian saintifik dapati tiada satu pun kaedah secara ultrasonik, atau elektromagnetik berkesan untuk menghalau serangga tersebut. Boleh dikatakan ianya hampir kepada gimik pemasaran sahaja sama seperti alat penjimat minyak yang 99% tidak berkesan langsung. Tidak mungkin Volkswagen mencipta teknologi Blue Motion untuk enjin TSi mereka dikalahkan dengan elektrolisis dari air ‘wiper’ sahaja.

Cara Menghapuskan Lipas : Soda Bikarbonat + Gula, Sedikit Air
Lipas akan memakan apa sahaja termasuk bangkai lipas yang lain. Kaedah ini agak mudah dan selamat kerana ianya tidak merbahayakan kanak-kanak dan haiwan peliharan. Campurkan 1 bahagian gula dan 1 bahagian soda bikarbonat. Sediakan air dikawasan berdekatan. Secara kimianya, apabila lipas itu makan gula bersama soda bikarbonat dan minum sedikit air akan berlaku tindak balas didalam perut lipas itu. Perutnya akan kembung dan akhirnya meletup. (Muhahaha..memang evil). Tapi tidak digalakkan jika terdapat serangga semut pula.

Cara Menghapuskan Lipas : Diatomaceus Earth
Saya tidak pasti apakah nama panggilannya dalam bahasa melayu. Bahan ini menyerap lilin atau lipid pada badan lipas yang melalui atas bahan ini. Bahan ini ditaburkan tepi dinding dikawasan yang disyaki banyak lipas. Ia akan menyebabkan lipas itu terhidrasi dan mati kekeringan. Memang dasyat tetapi ianya selamat digunakan. Bahan ini juga dikatakan berkesan untuk masalah pepijat di katil dan berbagai jenis serangga.

Diatomaceous Earth
Diatomaceous Earth

Cara Menghapuskan Lipas : Asid Boric
Serbuk Borax atau asid borik ini boleh juga digunakan untuk menghapuskan lipas. Ia berfungsi menganggu metabolisma lipas dan akhirnya membunuhnya. Asid Borik banyak terdapat didalam sabun pencuci dan ianya selamat. Walaupun ianya berkesan dengan perlahan tetapi agak sukar untuk perolehi serbuk ini. Saya tidak pasti hendak beli dimana dan harganya.

JebengOtaiā„¢
Selamat bkn jenis yang takut lipas..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 13 Comments

  1. titan

    cara pertama tu..macam nak cuba plak. Meletup? haha..gilalah..

  2. onlajer

    yeah gua nak cuba juga lah , yang pasti gua tak takut lipas hanya geli sahaja ..

  3. Mus

    inilah masalah kat rumah saya sekarang.. tikus pun sama juga..

  4. Naziman Azlye

    Cara pertama tu terbaik. Suka meletup-meletup ni. hahaha.

    1. jebengotai

      pastikan soda bikarbonat, gula dan air secukupnya..hehe

  5. Bahrain

    saya spray nyamuk je kat lipas tu..hahha

  6. Hazmin Hamudin

    Cara pertama tu lebih dapat perhatian. Haha. menjadi ke ni?

  7. seri.selaseh

    Nampak senang. Bleh cuba. Dh bnyk sgt lipas kat rumah. Ridsect mmg berkesan, tapi stakat yg nampak depan mata je la.

  8. Nie

    Cara pertama tu hahaha..kelakar.Semua cara diatas saya nak cuba.Tp macam mana nak dptkan diatomaceous earth tu?

    1. jebengotai

      jika x silap, kedai2 @ pembekal bahan2 untuk pertanian spt baja dll..bgus utk tumbuhan juga..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.