Membeli PC terpakai, recond atau refurbished set pada masa ini pada pendapat saya adalah satu langkah yang bijak. Siapa tidak mahu untuk membeli PC yang menggunakan motherboard dan CPU generasi baru, akan tetapi kebanyakkan PC terpakai ini mampu dan berkeupayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas am seharian kita seperti melayari laman sesawang, menaip dokumen, mengedit gambar peribadi dan bermain game dengan tetapan yang sederhana. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika hendak membeli PC terpakai ini. Faktor seperti pemilihan CPU, kebolehupayaan untuk upgrade CPU pada masa akan datang, jenis motherboard dan beberapa perkara lain adalah perlu untuk menjadikan pembelian PC terpakai tadi berbaloi dan boleh menjimatkan ratusan ringgit jika kita mempunyai kekangan bajet pada ketika ini.
PC Terpakai : Rujukan skor
Sebelum membuat pilihan mana PC terpakai yang berkenaan dihati, saya akan membuat rujukan skor di CPU Benchmark. Rujukan skor ini lebih kepada skor CPU. Ini kerana terdapat perbezaan ketara diantara contoh i5 generasi satu dan generasi kedua. Barulah kita boleh membandingkan harga diantara 2 CPU tersebut yang manakah lebih berbaloi untuk dibeli
PC Terpakai : Jenis PC
Ada beberapa jenis atau kategori PC terpakai. Jenis OEM dan “pasang sendiri”. Kelebihan membeli PC OEM ni selalunya lebih murah, pelbagai form factor dari ‘tower’ sehinggalah ‘sff atau small form factor’ dan ada juga yang unik dimana saiznya lebih kecil dari SFF. Kelemahan membeli PC terpakai jenis ini ialah jika motherboard rosak, perlulah menggantikan motherboard yang sama jenis. Ini sedikit menyukarkan kerana PC terpakai jenis ini agak terhad dipasaran dan tidak mungkin pembekal PC terpakai hanya menjual motherboard sahaja. PC terpakai jenis “pasang sendiri” (istilah sendiri) ini sedikit mahal, namun alat ganti yang pelbagai dan kelebihan untuk menaiktaraf RAM, CPU, PCI dan kad grafik. Selain alat ganti, casing, power supply, cooling fan pun boleh menggunakan sebarang jenama yang terdapat dipasaran.
PC Terpakai : Open Bench
Bagi mereka yang sedikit cerewet, boleh guna ‘open bench’ untuk memasang PC sendiri. Selalunya ianya lebih murah dan pilihan lebih banyak sebab boleh memilih motherboard atau CPU terpakai di pasaran. Cara ini memerlukan sedikit usaha untuk membelek satu persatu CPU, motherboard dan perlu menyesuaikannya mengikut bajet. Apa yang lebih menarik, pasaran CPU terpakai di China sangat luas dan harganya memang murah dan risiko agak tinggi jika CPU yang dibeli tidak ‘compatible’ dengan motherboard.
PC Terpakai : Antara yang menarik
Berikut merupakan PC terpakai yang mana pada saya agak menarik dengan harga yang ditawarkan.
HP Compaq Pro 6305 SFF AMD A10-5800B AMD Radeon HD 7660 -> RM 399.00 (24/09/09) |
Dell Optiplex SFF i5-3470 AMD Radeon HD 6450 -> RM 610.00 (24/09/09) |
Lenovo M92P i5-3470 -> RM 359.00 (24/09/09) |