Cara Lajukan Website : Ukur Kelajuan Website

Sudah menjadi lumrah kita memerlukan bantuan untuk menilai sesuatu dari sudut perspektif dan kepakaran yang berbeza. Agak sukar untuk menilai dan menentukan kelajuan website dengan hanya melihat guna mata atau perasaan kita sahaja. Kadang-kala, penilaian kita agak bias kerana kita tidak mahu mengikut apa yang sepatutnya dilakukan untuk meningkatkan kelajuan website kita. Entri ini merupakan siri cara lajukan website, bertujuan untuk berkongsi tentang ‘tools’ yang percuma untuk mengukur kelajuan laman sesawang kita.

Cara Lajukan Website : GTMetrix

GTMetrix merupakan salah satu perkhidmatan untuk mengukur kelajuan loading laman sesawang. Kelajuan diberikan mengikut Pagespeed dan Yslow. Selain itu juga fungsi Waterfall sangat membantu untuk melihat berapa banyakkah skrip yang perlu di jalankan ketika membuka laman sesawang kita. Namun, hanya terdapat beberapa server sahaja yang boleh diuji dan yang paling dekat dengan negara kita hanyalah server di Sydney, Australia.

cara lajukan website

Cara Lajukan Website : Pingdom

Ianya percuma dan mirip kepada GTMetrix. Apa yang beza adalah parameter seperti ‘reduce redirect’ di Pingdom amat ketat. Pada pendapat saya, Pingdom mengesan sebarang redirect 301 daripada HTTP ke HTTPS adalah termasuk didalam parameter yang memberi kesan kepada kelajuan laman sesawang. Pada ketika ini, permintaan saya untuk menyenaraikan laman sesawang ini di dalam database HSTS, masih lagi dalam proses sebelum saya boleh membuang redirect 301 itu.

This form is used to submit domains for inclusion in Chrome’s HTTP Strict Transport Security (HSTS) preload list. This is a list of sites that are hardcoded into Chrome as being HTTPS only.
Most major browsers (Chrome, Firefox, Opera, Safari, IE 11 and Edge) also have HSTS preload lists based on the Chrome list. (See the HSTS compatibility matrix.)hstspreload

Cara Lajukan Website : WebpageTest dan Keycdn

Selain mengukur kelajuan dan senarai skrip yang dipaparkan kepada pengguna, perkhidmatan ini lebih memberi perhatian kepada TTFB atau ‘Time To First Byte’. Ianya adalah respons server kita untuk sebarang permintaan fail oleh pengguna. Ketika ini saya masih gagal untuk mendapatkan tetapan optimum dibawah 200ms seperti yang dikehendaki oleh Google. Ini mungkin juga disebabkan lokasi yang amat jauh, memberi kesan kepada ‘latency’ kepada permintaan pengunjung. Cara yang terbaik untuk mengurangkan TTFB ini ialah dengan menggunakan CDN. Walaupun begitu, saya memilih CDN di Singapura kerana pengunjung laman sesawang ini lebih banyak di kawasan dalam negara Malaysia sahaja.

speed test

Cara Lajukan Website : Pagespeed Insight

Setiap perkhidmatan menekan parameter mereka sendiri. Begitu juga dengan Pagespeed Insight. Agak sukar untuk melepasi warna hijau untuk laman sesawang saya. Kriteria ‘above the fold’ sangat memeningkan kepala. Tetapi apa yang saya faham, ianya lebih kepada susunan untuk ‘content’ website itu sendiri. Sebagai contoh, didalam ‘template’ kita akan meletakkan ‘header’ diatas, dan ‘content’ di tengah-tengah. Ini akan menyebabkan ‘content’ tidak dapat dipaparkan dahulu dan memberi kesan kepada rating Pagespeed Insight. Jika rekaan ‘template’ memaparkan ‘content’ dahulu, pastinya ‘rating’ laman sesawang kita akan bertambah baik.

Jebeng Otaiā„¢
pagespeed dgn ttfb x lepas2…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

  1. Pisyek.com

    Wow, berdesup website tuan. Kalah ZX10.

    Hehehe.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.