Cara Lajukan Blog : Modul Pagespeed Untuk Server Nginx

Kerana ingin mengkaji cara lajukan blog, pada awalnya saya keliru berkenaan dengan Pagespeed Insight dan modul Pagespeed yang dibina oleh Google untuk server NGINX dan Apache. Agak takut juga untuk ‘recompile’ server NGINX untuk memasukkan fungsi tambahan ini. Rata-rata memberi komen mengatakan ianya dapat meningkatkan kepantasan loading laman sesawang dengan drastik sekali. Pagespeed Insight adalah salah satu alat untuk mengukur kelajuan laman sesawang manakala modul pagespeed pula untuk menambah fungsi tambahan seperti ‘compress image’, ‘inline css’, ‘defer javascript’ dan beberapa ‘filter’ tambahan yang berfungsi dari server secara automatik.

cara lajukan blog

Cara Lajukan Blog : Konsep Ringkas

Modul Pagespeed ngx_pagespeed ( NGINX ) atau modpagespeed ( Apache ) direka oleh Google. Kesemua kriteria pada Pagespeed Insight boleh dioptimakan menggunakan modul ini. Bagi mereka yang menggunakan WordPress atau pelbagai jenis CMS sekalipun boleh menikmati prestasi kelajuan dengan menggunakan modul ini. Mungkin sebelum ini kita menggunakan plugin W3TC untuk WordPress untuk meningkatkan kelajuan blog kita. Tetapi kini, proses ini dibuat oleh server kita secara automatik tanpa campur tangan pengguna. Ianya sangat mudah dan dilakukan secara berterusan. Secara tidak langsung, kita boleh mengurangkan plugin yang digunakan oleh CMS kita.

Cara Lajukan Blog : Install Pagespeed

Saya tidak pasti ‘hosting’ yang mempunyai fungsi ini. Bagi mereka yang menggunakan ‘shared hosting’ bolehlah bertanya kepada mereka samada mereka sudah menggunakan modul pagespeed ini. Secara tidak langsung, kita dapat menggunakan teknologi server yang terkini untuk melajukan blog kita. Bagi mereka yang ingin mencuba bagaimana pantasnya modul ini boleh melanggan ‘plan hosting termurah’. Apa yang perlu dibuat ialah backup kesemua fail dan database dan upload ke server ini. Tidak perlu terminate hosting lama dahulu. Hanya perlu redirect IP pada domain sahaja. Jika tidak berpuas hati, bolehlah redirect semula :).

[rpt name=”private-hosting”]

Cara Lajukan Blog : Fungsi TMPFS

Saya masih belum mencuba fungsi pagespeed TMPFS. Kebiasaannya ‘cache’ akan disimpan pada ruangan storan SSD atau HDD untuk memendekkan masa permintaan fail para pengunjung laman sesawang. Namun, ianya tidak sepantas berbanding jika disimpan didalam RAM. Fungsi ini pada saya sangat mengujakan. Dengan VPS yang sedia ada, saya rasakan ianya tidak mencukupi untuk menggunakan fungsi ini. Mungkin jika ada permintaan atau dana, saya akan uji menggunakan VPS yang mempunyai kapasiti RAM yang tinggi.

Pada ketika ini terdapat beberapa masalah antaranya integrasi CDN dengan Pagespeed ini. Tapi, bila difikirkan kenapa perlu CDN sedangkan pengunjung kebanyakkannya dari dalam negara sahaja.

Jebeng Otai™
seperti biasa, byk lagi yang perlu belajar..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 3 Comments

  1. Hero Borneo

    blog yang laju senang untuk diakses dan mudah berada di halaman utama..

    1. dedauncomel.com

      Setuju. Blog ringan dan laju lebih user-friendly dan reduce bounce rate 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.