Cara Kira Nombor Ekor : Kombinasi
Entri Cara Untuk Menang mendapat tempat tertinggi dalam carian SEO (LOL), saya telah melakukan kesilapan kalkulus pengiraan nombor ekor. Terdapat beberapa kesilapan yang besar telah dilakukan kerana pada awalnya saya hanya menghitung jumlah nombor dari 0 hingga 9 pada setiap bahagian ( ada 4 bahagian ). Ini merupakan kesilapan dan cuai kalkulus kerana apa yang perlu kita ambil berat ialah jumlah kombinasi yang terhasil dari angka 0 – 9 sahaja iaitu sebanyak 715 kombinasi. Kombinasi ini dihadkan dengan syarat tiada susun atur dan nombor boleh berulang-ulang seperti yang kita tahu dari setiap keputusan yang keluar. Berikut adalah formula mengira kombinasi 4 angka menggunakan 10 nombor dari 0 hingga 9.
Cara Kira Nombor Ekor : Teori Huru Hara
Bunyi kelakar kan? Tetapi dalam bahasa Inggerisnya ianya disebut Chaos Theory. Saya bukan ahli Matematik, jauh skali ahli yang berkait rapat dengan teori ini. Penggunaannya mungkin tidak tepat. Tetapi apa yang hendak disampaikan ialah, walaupun nombor ekor disusun secara rawak kita boleh mengenalpasti corak berapa kali setiap nombor itu akan keluar.
Angka | Kekerapan |
0 | 51 |
1 | 22 |
2 | 49 |
3 | 50 |
4 | 35 |
5 | 46 |
6 | 37 |
7 | 40 |
8 | 39 |
9 | 31 |
Dari Jadual di atas, kita boleh simpulkan bahawa nombor 2,0,3,5 lebih kerap keluar pada keputusan nombor ekor. Dan menggunakan formula kombinasi seperti diatas, hanya tinggal 35 gabungan nombor sahaja atau bersamaan dengan 2.85% peluang. Memang tipis.
Cara Kira Nombor Ekor : Mitos
Mungkin dari dapatan ini, kita boleh membuktikan bahawa walaupun nombor 8 dikatakan nombor ‘ong’ manakala nombor 4 dikatakan malang, tetapi sebenarnya ianya tidak seperti yang dikhabarkan. Mungkin gabungan yang tidak disangka-sangka pula yang akan menang. Tiada siapa yang tahu.
Kalkulator : Math Is Fun
3,8,2,7 – Susun sendiri
aik cara kira nombor ekor pun ada ka. ? HAHA
ini hnyalah tahyul shja…haha