Buta Photoshop

Selain teknik mengambil gambar, penggunaan perisian Photoshop membantu menyerlahkan lagi ‘penceritaan’ didalam sesebuah gambar. Untuk menjadi jurugambar yang berjaya, kita perlulah mahir menggunakan perisian seperti ini bagi menyunting ‘shot’ menarik yang diambil menggunakan kamera kompak mahupun DSLR. Ramai di kalangan kita lebih gemar menggunakan aplikasi android seperti Instagram, CameraFX dan lain-lain lagi aplikasi kerana ‘filter’ atau ‘preset’ terbina didalam aplikasi tersebut membuatkan gambar tersebut lebih menarik dan cantik. Saya juga salah seorang penggemar ‘mobile photography’ dan sering kali menggunakan aplikasi Camera360 untuk mengambil gambar. Saya tidak mahir menghasilkan ‘filter’ atau efek yang sama menggunakan Photoshop. Mungkin saya merupakan salah seorang yang buta Photoshop. Melihat menu-menu yang ada didalam perisian tersebut menyebabkan saya rasa trauma. Ini kerana perisian CAD yang saya selalu gunakan tidaklah kompleks seperti Photoshop. Tetapi saya kagum dengan mereka yang mahir menggunakannya.

photoshop
Photoshop Action Beraksi – Download Filter

Buta Photoshop : Filter Instagram

Saya baru sahaja mengetahui cara untuk menjadikan gambar yang kita ambil mempunyai efek seperti didalam Instagaram. Malah, ‘filter’ ini boleh dimuat turun secara percuma di mana-mana laman tutorial Photoshop. Saya pasti selepas ini mungkin rakan-rakan lebih berminat menggunakan perisian Photoshop ini kerana untuk menghasilkan ‘filter’ seperti Lomo, HDR dan lain-lain sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Rakan-rakan boleh memuat turun fail ‘action’ Photoshop untuk menghasilkan efek yang dikehendaki.

Buta Photoshop : Apa itu Fail Action?

Secara mudahnya, fail action ialah fail yang ‘diprogram’ oleh pereka efek didalam perisian ini di komputer mereka. Fail ini kemudiannya boleh dipindahkan kemana-mana perisian versi Photoshop dan perlu melakukan sedikit tetapan mudah. Setelah selesai, ‘filter’ tersebut boleh digunakan selepas fail action mengedit secara automatik gambar yang hendak disunting. Mungkin dengan cara ini bagi mereka yang bakal mendirikan gerbang perkahwinan, ianya dapat menjimatkan sedikit wang kerana kita tidak perlu mengupah jurugambar menghasilkan ‘photobook’ atau album yang termasuk didalam pakej yang disediakan. Terdapat beribu-ribu fail action untuk dimuat turun dan boleh digunakan serta merta.

photoshop

Jebeng Otaiâ„¢
Salah satu cabang bisnes gak ni..hehe 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 85 Comments

  1. onlajer

    Haha aku bukan sahaja buta photoshop memang tak reti pun, tapi kalau adobe ilustrator sikit2 boleh le heh

  2. zool

    saya pun agak lemah bab bidang2 photoshop ni..

    1. zool

      memang kena fokus dan rajin nak mahir photoshop ni

      1. rahman

        sekarang dah banyak tutorial… kalau kita rajin mencari dan mencuba lama lama mesti ok.

        1. zool

          tu le masalahnya. tak rajin plak nak cari.. huhuhu

          1. puteri kasih

            puteri pun pada awalnya memang buta photoshop..huhu

          2. jebengotai

            aha..sama2 la puteri..hehe

  3. titan

    rugi woo kalau tak tahu. macma-macam leh wat.

    1. hatiputera

      nanti bolehlah cikgu titan ajar sikit tentang photoshop nie.hehe

    2. Naziman

      boleh la ajar ni. Saya pun buta photoshop juga.

  4. SDC

    Terbaik ni bro 🙂
    Boleh belajar macam² dengan bro.

  5. Eizil

    Bila sebut pasal action ni, tetiba sedih sebab koleksi action yang pernah dikumpul (versi percuma dan berbayar) hilang akibat masalah ruangan simpanan yang corrupt dan tiada backup extra waktu tu… Memang memudahkan banyak benda, terutama apabila nak buat cover set dan sebagainya.

    1. jebengotai

      alamak..bru nk pow fail action..hehe..setuju dgn coverset utk buku ker..@ gmbr dinding ker..mmg efek die tambah cntikkan lagi gmbr.. 🙂

  6. irsah

    Jarang kami menggunakan action. Banyak kepada layering dan sampling.. maklumlah hasil kerja tangan semuanya jenis kasar2 dan tidak memerlukan detailing heeee.. apa pun jika keperluan, dah tahu mana nak bukmark.. tks share bro..

    p/s: sejak beralih kasih kepada Corel, 3 tahun nih.. jarang2 pakai Ps huhu.

      1. irsah

        Corel Ok.. sama jer concept dengan Adobe Systems, cuma kelebihn pada PC jer sebab full software setup tak besar sangat amik ruang HD.. Lagi2 bila gunakan Laptop… Lepas tuh perasan accelerator kurang memanas berbanding Ps dll.. so selamat ler sikit Lppy jika guna softwares dia selalu.. heee

        1. hatiputera

          dulu pernah jugak guna corel tetapi sekarang guna PS jer manjang

  7. muazfaris

    nice try bro.. masyuk gak kalo reti wat design ni sebenarnye.

    1. puteri kasih

      boleh ambil macam-macam tempahan berkaitan photography kan

      1. jebengotai

        aah btul tu..lagik2 kalo biz phtography wedding..hehe

  8. auc

    sekadar boleh main2 buat banner bola sepak je dgn photoshop ni…

    1. jebengotai

      try la edit gmbr pula..rasa seronok bila jdik.. 🙂

      1. hatiputera

        nanti boleh buat tutorial edit gambar guna PS lak

  9. rahman

    gambar kahwin kalau boleh biarlah original tak payah edit.. takut nanti bila dah bercucu kita terlupa tang mana yang dah kena edit huhu…

    1. jebengotai

      xper la..yg penting dlm ingatan x diedit ag..hehe

  10. anif

    Untuk suka-suka boleh la guna filter ni. Kalau mahu business kena cari pro version punya filter 😀

    1. jebengotai

      aah bro..tp yg free ni pon nmpk cun gak.. 🙂

  11. Leeza dayasari

    honestly leeza sendiri tak tahu guna photoshop….
    serius fail. dr dulu belajar. tak pandai2.

  12. akubiomed

    Kalau ada customize filter sesuai untuk yang mendapat projek besar. Letih kalau hendak edit satu-satu.

    Buat masa ini saya edit secara manual lagi. 🙂

    1. jebengotai

      aah..kalo wat photography wedding..mmg fail ni penting.. 🙂

  13. Dulu Lain Sekarang Lain

    Main shortcut ehh kalau pakai Photoshop action.. Tapi kawe suka guna kalu bab adjust text utk kasi gempak. Other than that lebih suka manual slow-slow.

    1. jebengotai

      lebih kurg mcm tu la..psl ext tu setuju gak..byk font free yg leh download..

  14. hatiputera

    aku pun buta photoshop jugak nie. cuma boleh la untuk edit sikit-sikit…

    1. jebengotai

      tau gak tu bro..ok gak dripada kosong..hehe

  15. tehr

    aku tahu sikit2 je
    belum cukup makan pun
    hehe

    1. hatiputera

      Kasi ajar pada aku yang sikit-sikit tu tehr.

  16. Blog Keperawatan

    Benar-benar kurang mengetahui dan kurang berpengalaman mengenai photoshop ini

  17. iAwani

    saya juga minat ambil gambar guna telefon pintar. Kekadang ketagih. Perlu stop!

    1. jebengotai

      yela..semua benda nk diambil gmbr.. 🙂

  18. lewisdotmy

    aku buta sebelah photoshop ni, jarang guna dan krg berminat antara faktor aku x pandai photoshop ni, basic2 tu ok la

    1. Naziman

      hahaha. ada juga buta sebelah ya. Kalau saya biasa guna photoscape ja, simple kan. Ada yang percuma GIMP tapi tu pun macam complicated sangat, tak pandai nak guna.

  19. Anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info.. Nampaknya saya yang Buta Photoshop.. Sebab saya langsung tak tahu pasal teknik-teknik ini.. hehehe.. 😉

    1. jebengotai

      fail ni ibarat plugin..kalo kite nk efek lomo..kita leh pilih fail action ni..die akan auto edit..mmg best la.. 🙂

  20. shraqs

    AKu memang surrender ngan PS. Banyak guna GIMP je.

    1. jebengotai

      erk..gimp tu pon mcm kompleks gak la..huhu

    2. Naziman

      GIMP pun susah tau. Pening tengok. Senang guna photoscape lagi.

  21. LadyBird

    smlm br je nmpk bena yang ditampal di tiang api kat tepi jalan kursus belajar asas photoshop.. tp bg lady kan, tuk asas je baik cr kat youtube.. huhuhuhu.. tanye blogger yg pandai photoshop ke.. hehehe..

    1. jebengotai

      aah..xpon crik tutorial kat blog2..mmg banyak la..cuma kene praktis la..

  22. Mummy Akmar

    Aduh photoshop. Dah lama tak guna. Dah tak reti! Huwaaaa! Guna dulu di universiti sahaja. Tu pon sebab assignment. Kikikikik….Memang skarang dah lupa. Belajar technic Gaussian Blur yang diminati muka nampak berseri! Hahahahah

    1. jebengotai

      aah..ade mcm2 efek..tp kene godek2 sendiri.. ade fail action ni sng..sbb dh preset dri org yg expert… 🙂

  23. daddydee

    Saya pun buta Photoshop….Main redah je….

  24. yas

    Seriously….aku mmg buta amat ngan photoshop bro….hehehe

    1. jebengotai

      sama aa bro..mmg buta habis.. 🙂

  25. Hazmin Hamudin

    Dulu pernah jugak nak belajar photoshop ni. Tapi tak pandai-pandai jugak. Memang kagum la siapa yang pandai guna photoshop.

    1. jebengotai

      berbanding CAD..photoshop pling kompleks..haha

      1. irsah

        Yup setuju… Ps sebenarnya lagi kompleks, bukan sebab butang2 dier.. tetapi hasil dia yang sehalus2 yg amat… boleh nampak bila on-screen dan print kalu terkantoi sikit.. adehhh itu yg serender tuh…

  26. Nadot

    dulu2 zaman mude2, suke gak testing2 edit2 gambar gune photoshop…boleh la wat sket2 mase tu… skarang langsung tatau ape dah…nak edit gune instag pun malas… hehehe

    1. jebengotai

      bila tgk hasil kreativiti pro tu rasa nk cuba gak..tp smngt tu hangat2 jer..hehe

  27. Sobri Mansor

    Sifu photoshop aku mula-mula, youtibe le. Banyak benda yang aku cari kat sana pasal photoshop. Alhamdulillah skang ni dah tak buta photoshop lagi. Hehehe

    1. jebengotai

      aah..byk perkongsian teknik photoshop kat youtube..

  28. sollehahn

    aku guna photoshop tak pernah ada orang ajar…belajar sendiri je…pastu donlod ebook pasal photoshop…tu pon tak abis baca…still, skang ni photoshop antara sumber utama pendapatan aku..huhuh

    1. jebengotai

      alamak aih..leh jana pendpatan..kalo dah pro leh makan gaji trus.. 🙂

      1. sollehahn

        klu pro watpe makan gaji…bukak syarikat sendiri ar..hahah

        aku takde laa pro…atas sikit je drp noob =P

  29. papa mifz

    den kalau bab2 photoshop nih mmg ke laut…setakat instagram tuh boleh la…senang sgt…hehe

    1. jebengotai

      aah..pejam mata pon bleh..tp hasilnya x tahu la..hehe

  30. azura

    tak perlu kagum dengan saya sebab tak pandai

    1. jebengotai

      kalo pki fail action ni sng jer sis..hehe

  31. puteri kasih

    dulu selalu guna photoscape je untuk edit pictures…sekarang baru nak belajar sikit-sikit guna photoshop

  32. bardboo

    saya hanya guna software photo editor untuk letak bookmark pada gambar…hehe…so kira buat jugak la ni kan..huhu..

  33. Hafizul

    Hahaha..terima kasih bro atas perkongsian ilmu mcm ni..makin bertambah ilmu berkenaan dengan photoshop..wow…menarik..hehe

  34. Mak lagenda

    dont worry..mak pun buta photoshop jugeks..Ekeke

  35. Cikgu Hairul

    Hati-hati nak berbisnes dengan photoshop. Pastikan yang ori.. hehe

  36. Wanayu

    Sy pun msih xtau lg penggunaan photoshop ni..nk belajar jugak Banda ni.. Bgus jugak Banda ni..

  37. Amirez

    saya pun merangkak2 lagi pakai photoshop. sekarang ni tengah belajar illustrator pelan2. tapi pakai action script ni memang bagus, jimat masa

  38. hairulafiz

    photoshop memang x pandailah tp kalu picasa okay lah kot…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.