Cubaan hack untuk memasuki laman sesawang akhirnya berkurangan. Mungkin langkah menghalang atau ‘ban’ ip merupakan langkah terakhir yang tidak digalakkan kerana berkemungkinan pelawat yang tidak bersalah secara kebetulan mempunyai ip yang sama akan turut sama dihalang datang ke laman sesawang JebengOtai. Sedikit pengorbanan harus dibuat. Tidak mengapalah menghalang beberapa ratus orang dari lingkungan ip Eropah dan Russia memasuki laman ini. Daripada laman sesawang terus digodam dan ditanam ‘malware’ yang lebih membawa kerosakkan. Agak bingung juga kepala memikirkan apakah yang mereka dapat dengan mengodam laman sesawang picisan seperti blog ini. Tetapi mengikut blog Cloudflare, mereka menanam ‘botnet‘ di setiap komputer pengguna yang telah terkena ‘malware’. Komputer zombie atau yang telah dijangkiti ‘botnet’ ini akan digunakan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas fasiliti server kerajaan ataupun mana-mana sahaja pihak yang dikehendaki. Ia dikatakan zombie kerana tuan komputer itu sendiri tidak tahu menahu komputer mereka telah dijangkiti ‘malware’ yang dipasang pada laman sesawang yang diceroboh.

Pengodam hanya perlu menghantar isyarat pada ‘botnet‘ untuk menghantar trafik kepada sasaran atau lebih tepat lagi serangan DDOS. Cloudflare pernah mengalami serangan ini dengan saiz DDOS 65Gbps keatas servernya di Eropah. Terlalu banyak trafik data dihantar dan boleh diumpamakan menonton beribu-ribu filem HD diatas talian secara serentak. Namun serangan itu berlanjutan hanya beberapa jam sahaja kerana akhirnya pengodam tersebut berputus asa kerana sistem Cloudflare direka khas untuk menghadapi ancaman seperti itu. Apa yang menariknya, pengguna langsung tidak sedar akan serangan tersebut kerana ia beroperasi seperti biasa.
tp sy dh x pki cloudflare ni..mmg ptt la byk cubaan yg bukan2..
blog ciktom xpernh pakai cloudfare..sbb asyik terlupa je nk btnye..
mcmane leh terlupa tu..hehe
takut kalau kena kat website opis ni
sebab tu la kan web site opis kalau kos tinggi utk setup pun kira berbaloi la kan..siap ngn security ada..
upah jer staff cloudflare..murah skit rasanya..hehe
Boleh dapatkan khidmat eizil untuk setupkan cloudfare.
dulu blog den pernah kene virus malware tuh…tapi alhamdulillah sekarang dah pulih…:)
yela..takut juga jdik komputer zombie ni..
Kalau blog biasa ni kena penangan DDOS 65Gbps tu, memang sekejap jer server mesti kejung punya kalau takder langkah-langkah perlindungan yang sepatutnya, tapi perlindungan untuk serangan DDOS berskala besar ni memerlukan kos yang agak tinggi.
pergh..xdpt bygkan kalo kene 30 saat DDOS 65GBps tu..mau2 meletup server agknya..hehe
emm kesian la kat blog yang dah terkena malware kan?botnet tu sejenis virus ke mcm mana?
boleh dikatakan mcm tu la..cuma die aktif bila dpt arahan dari tuan punya bot..huhu
bro…seorang pengodam yang hebat…saya pun tak faham…huhu
uih x derla..ni pon nasib2 ade bantuan plugin..kalo x karam gak..ehehe
memang payah berurusan dengan zombie ni
tambah pula bila kita tiada ilmu secukupnya
banyak yang perlu kita belajar ni
terlalu pantas internet berevolusi..
guna cloudflare ni pun ada risiko…sesetengah hacker memang akan target website yg guna cloudflare…
serangan ddos yang sama pernah dibuat ke server amazon dan ebay…tapi gagal sebab kedua2 website tu memang direka untuk terima trafik yang sangat besar…huhuhu..
yela..yg serang cloudflare tu hacker otai..kesimpulannya kita pon jadik sasaran diorg agknya..pergh
memang jahatlah diorng ni….
setuju tu bro…
kena lebih berhati-hati. kalau tak, memang kena malware selalu.
btul tu bro..mmg x lena tidur dibuatnya..hehe
pernah kena DDOS kecik2 , tp nasib selamat lagi blog tu .. hasil bantuan seorang blogger
DDOS kecik2?..nk test power agknya..
mohon dijauh kan serangan2 seperti ini
pengguna blogspot mmg leh tarik nafas lega.. 🙂
antara salah satu sbb yg buat den seleso ngan blogspot…:D
blog saya langsung tak pakai apa-apa ..nak try pakai ..tapi lupa selalu nak tanya mana lagi okay ..adess…
Cloudflare memang banyak membantu. Saya pernah blok ip yang banyak kali buat percubaan hack. Kesannya kat opis takleh bukak blog. Rupanya ada virus yg ditanam dalam PC kat opis utk menghack blog2 sasaran.
Scan komputer dengan kerap supaya dapat membuang segala virus. Kat cloudflare pun boleh seting, kalau PC ada virus blog akan bagi warning.
daku tak tau aapa2 pasal ni. harap blog daku bebas dr ‘bakteria’ bahaya nih
susah juga kalau ada orang tak bersalah kena ban kan, tp pengorbanan mmg perlu dilakukan juga
hai bro,
saya juga menggunakan cloudflare, harap-harap blog saya dijauhi dengan pengodam2 ni..
Kalau masalah mengenai komputer dan sejenisnya saya hanya yahu dasarnya saja
Semoga saja hal ini tidak terjadi lagi kepada blog sahabat aamiin
betul betul betul
Hebat betul staf cloudflare ni… Slumber je layan DDOS 64Gbps. Dapat setup macam tu mesti best.
Pengalaman bro. Masa awal2 kena tempohari, teruk jugak diorang nak repair,.. lepas satu,.. satu server diorang down..
Saya ada pasang CloudFlare ini pada blog.
memang hebat cloudfare ni..haraplah dijauhkan dari serangan.
knowledge aku masih belum tahap nak kaji cloudflare ni. Walaupun mmg bagus, tapi aku perlu masa untuk fahaminya. Aku sungguh ketinggalan. 🙂