Boikot

Figura terkenal seperti Dr.M lantang mengatakan umat Islam lemah pada masa kini kerana terlalu bergantung kepada kepakaran asing. Kepentingan ilmu sains dan matematik tidak dapat dinafikan tetapi ada segelintir memandangnya sebagai ilmu sekular. Selain itu, kumpulan Boboi dalam Maharaja Lawak Mega 2012 membawa persembahan dengan menerapkan mesej untuk memboikot barangan atau produk yang menyokong Israel. Semua sedar betapa pentingnya kempen ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan Israel dan sekutunya.

480735_460849710619664_1030781930_n

Mengapa boikot?
Boikot dengan ringkas bermaksud memulaukan. Dengan memulaukan produk-produk tertentu ia mengurangkan pendapatan yang diterima syarikat yang menyokong negara kejam tersebut. Hasilnya ia boleh menganggu aliran tunai masuk syarikat-syarikat yang terbabit. Jika kesemua masyarakat kita bersatu hati, perkara ini memberi impak besar dan boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat tersebut kerana perlu membayar kos operasi, logistik tetapi keuntungan yang kurang. Mereka akan memilih samada perlu membuka cawangan dinegara lain atau pun menamatkan sokongan mereka kepada negara haram tersebut.

Sebelum boikot
Untuk kempen boikot yang lebih berkesan, senarai penuh barangan dan produk syarikat yang menyokong negara Israel perlu dikaji dengan teliti. Kita tidak mahu syarikat yang tidak berkaitan menerima pemulauan tersebut. Selain itu, barangan alternatif boleh disenaraikan untuk menggantikan barangan yang digunakan sebelum ini. Cara ini banyak dipraktikkan oleh NGO luar untuk memboikot minyak kelapa sawit kita. Mereka menyenaraikan barangan yang tidak mengandungi minyak kelapa sawit kerana mereka mendakwa kita melakukan pemusnahan hutan dan membunuh orang utan untuk menanam sawit. Ianya tidak benar tetapi cara dan ‘method’ yang digunakan itu amat bijak sekali. Pengguna boleh memilih produk alternatif tempatan sekaligus mampu meningkatkan jualan untuk syarikat tempatan.

Senarai tersebut boleh digunakan untuk ‘check list’ produk yang digunakan dirumah kita. Kempen boikot ini menjadi lebih mudah dan tersusun kerana kita tahu produk apa yang kita beli. Mungkin untuk skala besar, kerajaan boleh membantu menempatkan pekerja-pekerja yang berhijrah dari syarikat-syarikat yang mengalami kerugian tersebut.

Semasa dan Selepas Boikot
Konsistensi amat penting dalam mana-mana kempen. Apalah gunanya jika kita hanya mampu bertahan dari membeli barangan boikot dalam masa 2-3 hari. Kita juga boleh memboikot sedikit demi sedikit daripada produk yang kurang penting dengan menggantikan produk alternatif. Ada dikalangan produk yang perlu di boikot begitu penting didalam penggunaan seharian. Ianya perlu beransur-ansur sehingga kita berupaya menggantikan produk tersebut.

Kempen perlu diteruskan dan pendedahan kepada generasi muda amatlah penting mengapa perlu memboikot dan betapa pentingnya membeli produk tempatan. Kempen ini perlu diteruskan dari generasi ke generasi dan disiplin yang tinggi perlu untuk mengekalkan konsistensi. Pada pendapat saya banyak faedah boleh kita perolehi dengan memboikot produk-produk ini salah satunya membangunkan ekonomi setempat dan mengelakkan wang keluar dari negara kita.

Ada yang berpendapat dengan boikot ini menyebabkan ramai yang akan kehilangan pekerjaan, sub kontraktor hilang punca rezeki dan bermacam-macam masalah. Pada masa yang sama mereka juga menentang keganasan yang dilakukan pada rakyat Palestin. Mereka bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Bagaikan dilema. Jika kita lambat bertindak ramai rakyat Palestin akan sengsara tetapi jika kita buat ramai dikalangan kita yang bekerja di syarikat tersebut akan terganggu mata pencarian mereka. Sukar juga menyelesaikan masalah ini melainkan jika kita memberi terus jenama tersebut.

Jebeng Otaiβ„’
kene bngun dari mimpi..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 20 Comments

  1. titan

    em..bab boikot ni. susah aku nak cakap.

    1. jebengotai

      setuju bro..ibarat menarik rambut didalam tepung..rambut x putus..tepung x berselerak.. πŸ™‚

      1. akubiomed

        Pernah mendengar tazkirah di masjid jangan sampai boikot yang menyusahkan diri sendiri.

  2. azman

    Ada 2/3 produk yang sudah biasa digunakan…nak boikot semua agak susah tetapi perlua ada kesedaran.

    1. jebengotai

      perlahan2 x per..asalkan berterusan.. πŸ™‚

  3. anif

    Kalau tak mampu nak boikut semua, cubalah boikot mana yang boleh.

    Cuba sekurang-kurangnya cari pengganti sempurna bagi setiap barangan. Dari situ mungkin akan nampak jalan..

  4. nurmisnan

    Kalau tak dapat boikot semua termasuk McD + KFC
    lebih baik BOIKOT MINUM COKE + PEPSI.. Sekurang2nya
    dapat juga kita support utk menghancurkan ISRAEL

  5. Manan Qayyim

    Kadang2 masyarakat kita banyk beri alasan…. itu dan ini… memang lah ada produk sukar untuk diboikot (kegunaan terdesak), tp sebenarnyar bnyk je produk yg mudah nk diboikot….

    cth : Kedai makanan segera atau pun minuman berkabonat. Kalau tak makan dan minum daripada produk daripada syarikat israel ni… tak mati pun.. padahal, kalau makan lebih membawa mudarat pd kesihatan….

    Berhenti mencari alasan, cari alternatif…

  6. papa mifz

    ingatkan jenama Avon buatan Malaysia…buatan Israel ruponya…

  7. TehR

    memang perlu lakukan secara beransur-ansur
    aku fikir, kalau mahu berjaya, media perdana juga patut turut serta

  8. Leeza dayasari

    leeza sedang usaha boikot satu demi satu.

  9. gamep01nt

    masalah utama adalah boikot kita byknye hangat2 tahi ayam je. ahaha

  10. hairulafiz

    boikot tu boleh tapi hati kena kuatlah hihihi

  11. Blog Keperawatan

    Ternyata produk-produknya yang menyokong Israel banyak sekali dan itu hampir ada di sekeliling kita pula

  12. daddydee

    jangan boikot bermusim, itu yang susah. Biar semangat memboikot itu sentiasa di dada.

  13. syaifuddin alias

    boikot pun dah tak ada guna sebab semuanya dah sebati dgn msyrkt kita

  14. Dulu Lain Sekarang Lain

    Err.. Facebook tak mau boikot skali? Mark Zukerberg tu jew apa.. πŸ˜€ Walt Disney pun… Adehh.. banyak betul jew yg pandai2… Kalau lah ramai org Islam yg pandai2 tak payah nak boikot2.. gertak sikit, takut diaorg. πŸ˜€

  15. hafidz

    Saya dah boikot dan gantikan dengan jenama yang lain.
    Setakat ini telah 2 bulan saya berjaya memboikot produk israel.
    Harap selepas ini dapat boikot secara berterusan πŸ˜€

  16. Amanina

    salam singgah sini πŸ™‚
    Boikot tp tetap ramai org yg guna barang2 ni lg.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.