Bitcoin Lebih Berharga Daripada Emas

Buat pertama kalinya, harga 1 unit Bitcoin mencecah USD 1251.32 pada Khamis lalu melebihi harga 1 ounce emas. Siapa sangka, harga ‘cryptocurrency’ boleh naik mendadak berbanding USD 200 pada pertengahan April 2015. Namun mengikut pakar, perkembangan ini tidab beberapa signifikan atas sebab beberapa faktor yang lain. Bagi mereka yang masih tidak tahu bagaimana Bitcoin berfungsi boleh rujuk di dalam entri ini.

Bitcoin Lebih Berharga Daripada Emas : Kelembapan Pasaran Emas Dan Peningkatan Pasaran Bitcoin

Pasaran harga emas turun 2% pada minggu lepas akibat kekuatan USD dan juga ura-ura kadar faedah akan dinaikkan lagi pada bulan ini. Sementara itu, pasaran Bitcoin pula meningkat 7% akibat larangan penggunaan Bitcoin oleh People’s Bank Of China. Pada masa yang sama, ura-ura U.S Security And Exchange Comission samada membenarkan atau tidak ETF berdasarkan Bitcoin memberi tekanan kepada permintaan Bitcoin.

Bitcoin Lebih Berharga Daripada Emas : Komoditi

Berbeza dengan emas mempunyai pasaran yang luas berbanding Bitcoin. Dengan nilai USD 7 trillion emas yang berada di atas tanah berbanding USD 20 Billion pasaran Bitcoin yang agak terhad sehinggalah ianya habis dilombong. Lagipun ianya bukanlah komoditi seperti emas yang telah didagangkan sejak ratusan tahun yang lalu. Tapi ianya petunjuk bahawa keinginan para pelabur untuk melabur didalam aset pelaburan alternatif seperti ‘cryptocurrency’ ini.

However, while bitcoin prices are climbing, the digital currency has a much lower market cap compared to gold, highlights Fran Strajnar, co-founder & CEO of data and research company Brave New Coin.

“The gold supply is 180,000 tonnes of ‘above ground’ gold, valued at $7 trillion. The bitcoin market value is $20 billion, so gold vs bitcoin is psychological more than anything,” he told CNBC via email.

“The comparison is perhaps a positive signal that bitcoin is being commoditized. But bitcoin is not a commodity, while gold has been a commodity for thousands of years.”CNBC

Bitcoin Lebih Berharga Daripada Emas : Pendapat

Melalui beberapa artikel di laman sesawang, pelaburan Bitcoin mempunyai kebaikkan dan keburukkannya. Malangnya, pelaburan ini lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan. Semua sedia maklum peranan wang fiat sebenarnya tidak berapa bagus tetapi jika dibandingkan dengan Bitcoin, ianya lebih teruk lagi. Salah satu antara sebabnya ialah deflasi. Persoalan utama jika kita tahu Bitcoin akan meningkat harga, adakah kita akan membelanjakan ‘cryptocurrency’ tersebut? Dan beberapa pendapat mengatakan ianya ‘scam’ kerana bagi ‘miners’ terawal akan menikmati kenaikkan harga tersebut.

Sumber :
http://www.cnbc.com/2017/03/03/bitcoin-price-rises-higher-than-gold-but-dont-read-too-much-into-it.html
http://www.cnbc.com/2017/02/17/bitcoin-traders-look-to-other-digital-currencies-for-returns.html
http://www.marketwatch.com/story/bitcoin-is-now-worth-more-than-an-ounce-of-gold-for-the-first-time-ever-2017-03-02
https://www.engadget.com/2017/03/03/for-the-first-time-bitcoin-is-more-valuable-than-gold/
https://www.quora.com/Is-the-cryptocurrency-Bitcoin-a-good-idea

Jebeng Otaiā„¢
too good to be true..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.