Berkesankah AES?

Desas desus ramai memperkatakan tentang pengenalan AES untuk membantu menguatkuasakan undang-undang di jalanraya yang saban hari kerap berlakunya kemalangan. Ada juga dikalangan masyarakat tidak setuju dengan sistem ini. Lebih teruk lagi ada yang mendakwa kerajaan mendapat sumber pendapatan melalui saman yang dikeluarkan kepada pesalah laku lalu lintas. Secara teorinya memanglah kalkulus sebegitu logik tetapi jika sudah kena saman, seboleh-bolehnya kita mengelakkan disaman untuk kali kedua dan seterusnya. Aneh juga jika kita sengaja melanggar undang-undang walaupun berkali-kali disaman. Kalkulus yang diberikan itu tidak sesuai digunakan kerana ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira. Kamera yang digunakan untuk merakam gambar adalah kamera yang canggih dan berteknologi HD. Alasan untuk mengelak membayar saman kerana rakan meminjam dan memandu kenderaan tidak berlaku seperti yang dibimbangkan salah seorang Ahli Parlimen. Jika alasan itu digunakan maka banyaklah kesalahan lalu lintas berlaku gara-gara menuding jari bukan kesilapan diri sendiri.

Setelah membaca entri DLSL, saya rasa sistem AES ini wajar digunakan untuk mengawal sikap pemandu di Malaysia. Sebenarnya, dimana-mana sahaja tidak kira negara mana pun pastinya mempunyai masalah pemandu yang degil. Salah satu kesalahan jalan raya yang paling menakutkan saya ialah melanggar lampu isyarat merah. Kadang-kadang saya juga tidak mematuhi lampu isyarat, tetapi video klip ini sedikit sebanyak memberi kesedaran betapa bahayanya sifat tidak sabar ini. Lambat laun ia pasti mengundang kecelakaan. Ingatlah orang tersayang.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=ZHOD6qIi2c4&NR” width=”600″ height=”400″]

Jebeng Otaiâ„¢
pergh…ngeri lak tgk..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 89 Comments

    1. hafizmd

      fuh! mula2 seram dan ngeri…lepas tu terfikir, apa yg pemandu2 ni fikir?ok..silap…mereka tak berfikir sebenarnya

  1. lewisdotmy

    memang bahaya, perlu ubah sikap

    1. jebengotai

      mungkin cara penguatkuasaan ni bleh mendidik..

  2. Leeza dayasari

    setiap pemandu perlu ada prinsip.
    last week leeza dh kena saman tau… amek.. melayang rm70.. nasib cepat.

  3. Sop

    bg sop AES hanya mendidik.. semua bergantung kpd diri sendiri 🙂
    kerajaan buat apa yg patut utk atasi kemalangan…
    biasa kemalangan berpunca dr speeding.. 🙂

    1. jebengotai

      yup..mungkin AES leh jdik guru yg terbaik utk mendidik pemandu di malaysia.. 🙂

  4. mek

    Ada satu yg best dalam pelaksanaan AES ni. Iaitu kereta yang bawak slow sangat pun kena saman gak hehehehe

  5. puteri kasih

    langgar lampu merah sebab nak cepat akhirnya eksiden dan terus tak dapat bergerak..seram seram

    1. jebengotai

      mmg x gerak dah bila dh termasuk bwh lori tu..pergh..

  6. titan

    ok. ini memang ngeri wehh..

  7. SDC

    Todia mmg ada flash² la,ritu atas hiway plus pn aku naik bus pttla dok terkelip² lampu upenye AES.

    p/s: papago utk android da siap update map utk POI AES, tgk di site aku 🙂

  8. Eizil

    AES ni secara asasnya aku setuju ada, cuma mungkin perlaksaan yang mendadak dan tiada amaran awal menyebabkan kempen ini tampak negatif di kalangan pemandu…

    semoga kita menjadi pemandu yang lebih berhemah…

    1. jebengotai

      ade btulnya juga..tp pemberatnya lebih kepada mencegah kemalangan @ kehilangan nyawa..time tu menyesal pon dh x guna..

  9. Sobri Mansor

    Pada aku amat berkesan sebab aku jenis orang yang mematuhi undang-undang. benda ni akan jadi tak berkesan pada mereka yang anggap jalanraya tu mak bapak diorang yang punyer. Geram pulak aku pepagi nih… grrrr

    1. hafizmd

      Ramai yg tak setuju sbb dah tak boleh nak tekan minyak sesuka hati…betul tak?

      1. jebengotai

        aah..tp bgus jugak leh kawal pemandu dri seberang selatan memecut mcm nk gila kat highway..

  10. Cikgu Hairul

    Mendidik dengan cara mendera rasanya tak berkesan. AES orang marah bukan sebab dia dipasang di jalan tapi yang orang marah sebab pasang di tempat tak sepatutnya. Bayangkanlah di kawasan bukit berkecerunan 60 darjah dipasang AES dan kelajuan di situ cuma 40kmj. Kalau tekan brek sampai ke lantai pun belum tentu dapat capai kelajuan tu. Dan semestinya semua kenderan yang lalu kat situ akan kena.

    1. Hafizul

      haha..betul jugak kata cikgu hairul tu..haha mcam2 ada kan…adoiii

    2. hafizmd

      kalau benar ada yg pasang kat tmpat2 tak logik camni…mmg org akan marah…

    3. jebengotai

      tp kalo dh pijak brek sampai habis tp kenderaan x leh slow mmg bahaya gak tu..kene cek gak kalo2 ade yg rosak dan x berfungsi..

      slalunya turun bukit kene guna gear rendah utk manual..kalo brek shja mmg x membantu sgt..

  11. Hazmin Hamudin

    Bagus jugak sebenarnya AES ni. Kalau tak tegas macam ni sampai bila pun rakyat takkan sedar dan memandu ikut suka hati je. Dekat negara majupun dah memang lama guna AES ni cuma mungkin pendekatan yang berbeza la. Harap sikap rakyat akan berubahlah dengan adanya kamera AES ni.

    1. jebengotai

      kat negara maju pon mmg ada masalah sama mcm kita..silap2 lebih dsyt ag..

  12. shraqs

    Kalau langgar lampu isyarat tak melibatkan orang lain takpe. Yang tak bestnya bukan setakat lampu dilanggar, pengguna lain pun dilanggarnya sekali.

    1. Hafizul

      emm jenis tak sayang nyawa ler tu…

    2. rahman

      kes macam ni memang kesian sangat laaa..

      1. jebengotai

        kesian org yg x buat salah pon accident gak..

  13. shraqs

    Aku gelak bila tengok dlm berita tempohari ada yang tak setuju sebab flash terang sangat boleh sebabkan kemalangan. 🙂
    Kalau dia bawak keta tak laju takla keluar flash tu. 🙂
    BTW, aku sokong je asalkan tujuannya utk menjaga keselamatan di jalanraya. Bagi masa at least 1-2 tahun untuk lihat hasilnya nanti.

    1. wandisini

      memang kelakar kalau kata flash tu membahayakan. aku dah pernah kena, tapi tak ada lah sampai boleh terbabas bawak kereta.mengarut..

      1. shraqs

        Itula memang macam2 alasan org bagi bila tak sukakan sesuatu.

  14. berliku

    aku rasa tak berkesan mana sebab ia akan menimbulkan kemarahan saya sebab benda nie mendenda bukan nak mengajar..!!!

    1. jebengotai

      mendenda tu pon salah satu cara mengajar juga..org lebih sng ingt dan lebih takut hilang wang ringgit dri hilang nyawa..

  15. wandisini

    bagi aku AES tu perlu. contohnya macam dalam video tu lah. ramai yang suka langgar lampu isyarat.

    tapi bagi AES yang diletakkan untuk menangkap kesalahan melanggar had laju, itu yang perlu dipertimbangkan dulu.

    perkara yang perlu dipertimbangkan ialah had laju di sesetengah kawasan yang kadang tu macam tak logik.macam yang pengalaman aku kena dengan AES di putrajaya tu.

    1. Hafizul

      ha ah betul jugak tu kan…pasal perangkap had laju tu mungkin boleh diperlonggarkan sikit..kalau kat traffic light,sokong 100%..hehe

    2. hafizmd

      Kat putrajaya…ambe pun hampir2 nak kena…isk2

      1. jebengotai

        mungkin ade sbb kenapa ianya diletakkan disitu..huhu

  16. cikgu naman

    ada pro dan kons

    yang penting kita kena tahu kenapa ada peraturan jalan raya.

    1. jebengotai

      rasanya mereka tahu..tp ttp langgar peraturan..

  17. hairulafiz

    setuju kalau dia bubuh kat traffic light…..xdelah yang langgar lampu merah…

    1. jebengotai

      btul bro..selain selekoh tajam..traffic light ni mmg selalu berlaku kemalangan..

  18. tehr

    harapnya aes dipasang ditempat sepatutnya
    kawasan yang banyak berlaku kemalangan
    lagi pun tujuan asalnya untuk mendidik pemandu dan mengurangkan kemalangan

    1. Hafizul

      hehe..harapnya lepas ni ramai ler yang bersikap pemanduan secara berhemah…

    2. zool

      AES ni memang dipasang tempat kawasan kerap berlaku kemalangan mengikut kajian MIROS.

  19. Sharon

    Sikap pemanduan perlu diubah, kesabaran itu penting

    1. jebengotai

      nk ubah sikap tu yg paling memeningkan kepala..huhu

  20. Juan

    saya setuju ianya dilaksanakan

    1. jebengotai

      jika ditambahbaik..boleh mengurangkan kadar kemalangan..

  21. donnyien

    pergh.. yang last tu memang dasyat!

  22. Hafizul

    sy sokong teknologi ini…hahaha

    1. jebengotai

      sy pon sokong..mungkin boleh ditambahbaikkan lagi..

  23. akubiomed

    Kalau tidak salah saya di Australia dan Dubai kalau memandu melebihi had akan ada alarm trigger memberi tahu pemandu supaya memandu pada had limit kelajuan yang ditetapkan. Sekurang-kurang ia memberi tanda amaran kepada pemandu kalau masih lagi degil menekan pedal minyak akan dirakam oleh AES.

    1. jebengotai

      idea yg bek gak tu bro..amaran awal melebihi had laju..

  24. onlajer

    oh pagi ini aku dibawa oleh pemandu arab yang seperti di GT dubai hehe

    1. hafizmd

      hoooo..apa perasaan saudara? =)

  25. SDC

    Ce tengok lokasi secara live di SDC 🙂

  26. zool

    sebagai pemandu kita kenalah ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan..

    1. jebengotai

      setuju tu bro..utk keselamatan diri dan org tersyg..

  27. daddydee

    Malaysia memang ramai rule breaker…tu kena pasal AES…

  28. daddydee

    Tak lama lagi banyak la yang terima surat saman ke rumah….hehehehe

    1. jebengotai

      kalo memandu cermat..rasanya x dak mslh..hehe

  29. arelan

    selalu gak langgar lampu merah tapi tengok keadaan la.hehehe

    1. jebengotai

      sama la bro..tp kdg2 kene berhenti gak..huhu

  30. daddydee

    Selamba dia je langgar lampu merah…..hahahah

    Tgk yang digilis lori tu agak seram juga….

    1. jebengotai

      silap sendiri langgar lampu merah siapa suro..mmg seram tu bro..

  31. iAwani

    ngam juga, untuk beri tamparan hebat kepada pemandu kurang beretika. Kekadang pemandu sebegitu tidak hiraukan pemandu lain.

    1. jebengotai

      mmg bahayakan org lain yg guna jalanraya..

  32. rahman

    benda baik memang ramai yang tak suka..

  33. rahman

    kalau kita tak melanggar peraturan.. makanya kita tak perlu takut AES.. nyawa lebih berharga

    1. jebengotai

      yup..kalo x buat silap xkan die nak saman kan..huhu

      1. rahman

        AES sekarang ni dah jadi isu politik..

        1. rahman

          perkara yang melibatkan keselamatan nyawa seperti AES pun masyarakat kita asyik nak bertelagah. susah nampaknya nak mencari kata sepakat

  34. Dulu Lain Sekarang Lain

    Baru shj kawe nak buat entri tambahan psl AES ni tp cancel he he.. The reason sbb geram tgk ada satu lady or awek (tak tahu yg mana satu, cuma tahu dia pompuan sebab pakai tudung). Depan mata kawe dia langgar lampu merah dgn ketawa-ketawa. Tapi since jalan traffic jam tak ler jauh dia pegi. Sampai satu lagi junction dia keta dia cuma depan keta kawe jer. Kawe selalu lalu jalan tu, so kawe boleh rasa dia takkan lepas lampu kuning, apa lagi lampu hijau. Tapi kawe told my wife surely dia langgar merah lagi.
    Betul2 tepat tekaan kawe. Nasib baik tak accident sebab keta depan dia tu pon actually langgar merah jugak meaning ada possibility keta tu break mengejut depan dia. Nasib baik juga keta2 yg di depan di simpang satu lagi relax2 jer tak melompat bila time hijau. Still agak bahaya dan patut di saman awek/women tu. Dua kali bro berturut-turut!

  35. yas

    Aku pun sokong AES nih…membantu mendidik pengguna jalanraya mesia….la ni jantan ke tino ke, klau dpt bwk keta tu makin banyok lak yg macam sakai….

  36. Adam

    Pada saya, AES sangat tidak berkesan.. Sebab apa , kadang2 kita kat atas jalan raya ni nak cepat.. kadang2 ada emergenvcy.. sakit perut ke , nak balik cepat ke.. kan kan kan?

    1. jebengotai

      mungkin ade btulnya..tp kita boleh berhenti seketika di pam minyak dan kemudahan lain yg telah disediakan.. 🙂

      1. Adam

        Betul jugak ye tuan…
        =)
        Kena berfikir panjang sebenarnya .. AES ni mendidik juga.. Cuma, rakyat x berapa sedar kot..

  37. lan

    Setuju jika kamera AES diletakkan ditempat banyak berlaku kemalangan. Dan lagi satu kenapa urusan saman diswastakan. Kan kita ada JPJ.Sepatutnya saman harus dijalankan oleh kerajaan. Nampak sangat ada orang yang nak mengaut untung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.