Batman Vs Superman

Sebuah karya fiksyen yang boleh dikatakan mendapat sambutan ‘box office’ untuk 3 hari minggu pertama tayangan yang menjadi rekod tertinggi antara filem-filem yang ditayangkan sebelum ini. Apa yang menarik ialah walaupun filem ini mendapat berbagai kritikan negatif tetapi para peminat ‘DC Comic’ berduyun-duyun datang ke panggung untuk melihat sendiri pertarungan antara hero lagenda Batman dan Superman. Dengan kos penghasilan sehinga USD 250 juta, filem ini perlu melepasi sasaran USD 400 juta untuk membolehkan filem ini disambung dibawah payung ‘DC Universe’.

Spoiler Batman Vs Superman
Bagi yang masih belum menonton filem ini, sedikit ‘spoiler’ yang mungkin sedikit menggangu didalam entri kali ini. Cerita berkisar beberapa selepas pertarungan antara Jeneral Zod dan Superman. Pertarungan ini telah mengorbankan ramai orang awam termasuklah para pekerja Bruce Wayne dimana pejabatnya telah runtuh ketika pertarungan itu. Pada ketika ini, Bruce Wayne tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan kekuatan luar biasa Superman dan Jeneral Zod. Dari tahun ke tahun rasa tidak puas hati dan dendam bertambah terhadap Superman.

Clark Kent ketika ini bertugas sebagai wartawan dan kerap mengendahkan ‘boss’nya untuk membuat tugasan liputan yang telah diberikan. Clark Kent lebih gemar menyiasat Batman dari Gotham yang menjenamakan semula keadilan kerana bagi dia ialah sesuatu yang menimbulkan ketakutan kepada warga Gotham. Tindakan ‘sadis’ Batman mengenakan besi panas pada kulit penjenayah adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Watak antagonis yang dikenali ramai, Lex luthor merupakan seorang saintis yang kaya raya. Tindakannya yang licik memfitnah kedua-dua superhero ini untuk bertelagah antara satu sama lain. Berlakulah pertarungan hebat yang selalu dibincangkan sejak beberapa puluhan tahun yang lalu oleh penggemar siri komik ini, siapakah yang akan menang jika Batman bertemu dengan Superman? Diakhirnya Lex Luthor tahu semua perancangannya akan gagal dan dia berjaya menggunakan komputer dan teknologi kapal angkasa Jeneral Zod untuk menghasilkan mahkluk yang lebih kuat dari Superman.

Komen Batman Vs Superman
Dari segi jalan cerita, ia tidaklah terlalu berat dan mudah difahami. Beberapa mimpi yang dialami Batman dan Superman sedikit mengelirukan, walaupun sebenarnya terdapat klu-klu menarik didalam mimpi tersebut seperti ‘Batman termimpi Flash memberitahu Lois Lane ialah kuncinya dan Batman / Bruce Wayne memang benar selama ini’. Berbanding dengan siri Avenger atau Marvel Universe, klu-klu ini biasanya diberikan di akhir setiap filem mereka dan bukan dari mimpi atau bayangan.

Pada awalnya filem ini agak perlahan dan klimaks penceritaan semakin meningkat ketika bermulanya pertarungan antara Batman dan Superman sehinggalah kemunculan Wonder Woman ketika menentang Doomsday. Aksi menarik pertarungan berturut-turut disertakan konflik menyelamatkan ibu kepada Clark Kent, Marta yang kebetulan sama nama dengan mendiang ibu Bruce Wayne. Secara keseluruhannya, filem ini adalah intro kepada ‘sequel’ akan datang untuk Justice League dan layak menerima 4 dari 5 bintang.

Jebeng Otai™
mcm nk bg 5 bintang la Batman Vs Superman ni..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

  1. jebengotai

    pembetulan : sbnarnya bkn lex luthor tp anak die..alexander luthor 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.